KOLEKSI SOALAN UNDANG-UNDANG KONTRAK
1 .Pak Amat ingin memberi sebidang tanah kepada anaknya Minah padahari lahirnya yang ke-18. Minah tidak akan membuat sebarang bayaran kepada bapanya, menyebabkan Pak Amat berasa bimbang kerana tiada balasan apabila beliau memindahkan tanah tersebut kepada Minah. Nasihatkan Pak Amat. (25 markah)
2. (a) “Sesuatu kontrak tidak akan terjadi sehinggalah penerimaan dikomunikasikan kepada orang yang membuat tawaran.”
Adakah anda bersetuju dengan kenyataan di atas? Sokong jawapan anda dengan merujuk kepada peruntukan Akta Kontrak 1950 dan kes sokongan. (12.5 markah)
(b) Jenny telah membayar cengkeram sebanyak RM3,000 kepada Dona untuk membeli sebuah kereta yang berharga RM30,000. Menurut Dona, Jenny perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM5,000 kerana ada orang lain yang sanggup membeli kereta tersebut pada harga RM35,000. Jika Jenny enggan membayarnya, Dona mengancam untuk membatalkan tempahan Jenny, merampas dan menjual kereta tersebut kepada pembeli yang menawarkan harga yang lebih mahal. Jenny terus membayar wang sebanyak RM5,000 kepada Dona. Nasihatkan Jenny. (12.5 markah)
3 .Pada tahun 2009, Makcik Melur yang berusia 68 tahun telah didapati mengidap penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Beliau kemudiannya telah dimasukkan ke hospital selama 6 bulan. Sepanjang berada di hospital, beliau telah menerima rawatan dan layanan yang sangat istimewa daripada Dr Suria. Kerana ingin membalas budi doktor tersebut, Makcik Melur telah menawar untuk menjual rumahnya kepada Dr Suria dengan harga yang sangat rendah berbanding nilai sebenar rumahnya. Tanpa membuang masa, Dr Suria terus menerima tawaran tersebut. Makcik Melur kemudiannya menyesali perbuatannya dan ingin memulakan prosiding undang-undang untuk membatalkan transaksi tersebut. Nasihatkan Makcik Melur. (25 markah)
4. Damia berusia 17 tahun tahun merupakan seorang pelukis muda yang amat berbakat dan semakin dikenali di kalangan peminat seni tempatan. Damia telah ditawarkan oleh Dalea Galeri untuk membuat pameran solonya yang pertama di galeri tersebut. Satu perjanjian telah dibuat dengan Dalea Galeri antaranya Damia akan dikenakan bayaran sebanyak 40% daripada hasil keuntungan jualan lukisannya nanti. Pameran tersebut telah mendapat sambutan dan semua karya lukisannya berjaya dijual. Damia kemudiannya enggan menjelaskan bayaran sebagaimana yang dipersetujui. Nasihatkan Damia. (25 markah)
5. Hanis telah mengunjungi Pasaraya Murni di Pengkalan Chepa. Semasa sedang memilih barang untuk dibeli, dia telah terpikat dengan sebuah buku motivasi bertajuk “Kejayaan Yang Diidam Pasti Dalam Genggaman”. Tanpa membuang masa, Hanis telah mengambil buku tersebut yang bertanda harga RM250 dan terus menghulurkan wang kepada juruwang iaitu Yusuf. Malangnya Yusuf enggan menerima bayaran kerana terdapat kesilapan mengenai harga sebenar buku tersebut.
Hanis tidak berpuas hati dengan tindakan Yusuf dan mendakwa kontrak telah wujud dan dia berhak membeli buku tersebut dengan harga yang telah ditandakan. Nasihatkan Hanis. (25 markah)
6. (a) Terangkan TIGA (3) pengecualian kaedah am yang menyatakan bahawa kontrak yang dimasuki oleh kanak-kanak bawah umur adalah batal. (9 markah)
(b) Pak Man ingin menghadiahkan sebidang tanah kepada anaknya Amira, sempena hari lahirnya yang ke 21 tahun. Memandangkan Amira tidak membuat sebarang pembayaran kepada ayahnya, Pak Man berasa bimbang jika pindahmilik tanah tersebut menjadi batal kerana tiada balasan seperti yang termaktub di bawah Akta Kontrak 1950. Nasihatkan Pak Man. (16 markah)
7. (a) Berikan secara ringkas LIMA (5) elemen dalam membentuk kontrak. (5 markah)
(b)Pada 1.1.2009 Aminah telah membuat satu iklan di dalam Metro Malaysia untuk menjual meja antiknya. Kepada mereka yang berminat boleh menyatakan persetujuan melalui panggilan telefon dan surat. Pada 3.1.2009 jam 9.00 pagi, Rina telah menelefon Aminah untuk menyatakan persetujuannya. Pada 2.1.2009 Roy telah menghantar sepucuk surat kepada Aminah untuk memberitahu dia bersetuju untuk membeli meja tersebut. Surat itu hanya sampai kepada Aminah pada 3.1.2009.
Rina dan Roy masing-masing berpendapat telah wujud kontrak antara mereka dengan Aminah. Siapakah yang berhak membeli meja Aminah? Nasihatkan Aminah. (20 markah)
8. Syafiq mempunyai dua ekor kambing. Seekor berwarna putih dan seekor lagi berwarna hitam. Syafiq mahu menjual kambing hitamnya. Pada suatu hari, sahabatnya Syahid datang kepadanya lalu berkata, “Saya dengar anda ingin menjual kambing anda. Saya sudi membelinya.” Syafiq bersetuju menjual kambingnya dengan harga RM550.00. Tanpa diketahui oleh Syafiq, Syahid sebenarnya berniat untuk membeli kambing berwarna putih manakala Syafiq pula ingin menjual kambing berwarna hitam. Nasihatkan Syafiq dan Syahid.
(25 markah)
9. Dalia telah menghadiri jamuan sambutan hari jadi rakan baiknya Damia dan dalam perjalanan pulang, Dalia telah kehilangan beg yang mengandungi dokumen pengenalan diri dan wang berjumlah RM15,000. Secara kebetulan, Daud telah terjumpa beg tersebut dan telah memulangkannya kepada Dalia. Dalia kemudiannya berjanji akan memberi saguhati sebanyak RM500 kepadanya.
Malangnya Dalia tidak menunaikan janji tersebut. Nasihatkan Daud akan kedudukannya di sisi undang-undang kontrak sekiranya ada.
(25 markah)
10. Hani menawarkan untuk menjual mesin jahitnya kepada Noni. Noni menyatakan yang dia akan menerima tawaran Hani hanya jika Hani berjanji menanggung kos membaiki sebarang kerosakan mesin jahit itu untuk enam bulan pertama. Hani membantah.
Noni kemudiannya berkata bahawa dia sanggup menerima tawaran Hani tanpa syarat tersebut. Hani menjawab yang dia sekarang tidak mahu menjual mesin jahitnya. Perihalkan prinsip undang-undang yang terlibat.
(25 markah)
11. Kasim mempunyai sebuah kedai yang menjual barangan kraftangan di Tumpat, Kelantan. Ayahnya iaitu Pakcik Selamat, mempunyai kepakaran membuat wau dan amat terkenal di daerah Tumpat. Kasim telah berjanji untuk menjual wau-wau yang dihasilkan oleh ayahnya dan terus mengiklankan penjualan wau-wau tersebut dikedainya dengan nama ‘Wau Selamat’. Pakcik Selamat telah merekabentuk wau yang pelbagai jenis dan membekalkan wau-wau untuk kedai anaknya. Selama empat bulan pertama, semua wau yang dibekalkan oleh Pakcik Selamat habis dijual. Pada bulan kelima, Kasim telah menerima tempahan sebanyak 50 wau daripada Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Kelantan untuk digunakan dalam Pameran Seni Warisan Wau Kelantan. Pakcik Selamat mengetahui perkara ini tetapi beliau sudah tidak berminat untuk menghasilkan wau kerana kesihatan yang tidak mengizinkannya. Nasihatkan Pakcik Selamat sama ada telah wujud kontrak atau tidak di antara beliau dengan Kasim.
(25 markah)
12. Sepasang suami isteri iaitu Farid Amirul dan Suhana telah berkahwin selama sepuluh tahun. Sepanjang tempoh perkahwinan itu, mereka telah berkongsi membeli sebuah kereta jenis Proton Iswara secara sewa beli. Satu pertelingkahan besar telah berlaku antara pasangan ini dan menyebabkan Farid Amirul mengambil keputusan untuk menceraikan isterinya.
Selepas perceraian itu, Farid Amirul berjanji akan menyerahkan segala haknya ke atas kereta itu jika Suhana melangsaikan segala baki ansuran kereta tersebut. Suhana telah berjaya membuat segala pembayaran ke atas kereta tersebut dan menuntut Farid Amirul membuat pindahan milikan. Namun begitu, Farid Amirul enggan berbuat demikian. Nasihatkan Suhana.
(25 markah)
13. (a) Takrifkan ‘pelepasan kontrak’ serta nyatakan EMPAT (4) keadaan bagaimana suatu kontrak boleh dilepaskan oleh pihak-pihak yang berkontrak.
(7 markah)
(b) ‘Elemen-elemen dalam kontrak perlu dipatuhi bagi mewujudkan suatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.’ Berdasarkan kenyataan di atas, bincangkan elemen-elemen berkenaan beserta seksyen-seksyen dan contoh yang bersesuaian.
(13 markah)
14. Saliha telah mengunjungi Pasaraya Indah Sangat di Bandar Baru Darulaman. Semasa sedang memilih barang untuk dibeli, dia telah ternampak sebuah gerai yang mempamerkan lukisan asli. Lukisan asli tersebut sangat unik dan dia tertarik hati. Tanpa membuang masa, Saliha telah mengambil lukisan tersebut yang bertanda harga RM140 dan menghulurkan wang kepada penjualnya. Malangnya penjual tersebut enggan menerima wang daripada Saliha kerana lukisan tersebut sebenarnya berharga RM160 dan tanda harga tersebut telah tersalah letak oleh pekerjanya. Saliha berasa tidak puas hati dengan kenyataan penjual tersebut dan bercadang hendak melaporkan kepada tribunal pengguna. Nasihatkan Saliha.
(25 markah)
15. Nora mempunyai bukti yang kukuh terhadap rakan karibnya Khairul yang telah menyalahgunakan wang berjumlah RM15,000 yang telah diamanahkan oleh Firma ERS Bhd. Nora yang kecewa dengan perbuatan Khairul telah mengancam untuk mendakwa Khairul, kecuali bapa Khairul, En. Ramlee berjanji secara bertulis untuk membayar balik wang tersebut iaitu sebanyak RM15,000 dan dimasukkan ke dalam akaun Firma ERS. Untuk menyelamatkan maruah anaknya, En. Ramlee berjanji secara bertulis untuk membayar RM15,000 kepada Firma ERS. Dua bulan berlalu, En. Ramlee masih tidak menunaikan janjinya. Nora mendakwa kontrak telahpun wujud. Nasihatkan En. Ramlee berdasarkan undang-undang kontrak.
(25 markah)
16. (a) Farida telah membuat tawaran kepada Sakina untuk menjual pasu bunga antiknya dengan harga RM200 pada 1/11/2005. Cadangan itu akan terbuka sehingga 10/11/2005. Tiga hari kemudian, Farida membatalkan cadangan tersebut dengan mengirim surat pembatalan pada 4/11/2005. Surat pembatalan itu sampai pada Sakina pada 7/11/2005. Sakina tidak membuat apa-apa penerimaan terhadap cadangan Farida. Berdasarkan situasi tersebut, nasihatkan Farida.
(17 markah)
(b) Bilakah pembatalan cadangan boleh dilakukan? Jelaskan dengan ringkas keadaan-keadaan yang menyebabkan berlakunya pembatalan terhadap sesuatu cadangan.
(8 markah)
17. Sherry telah membuat cadangan untuk menjual keretanya kepada Merry. Merry memberitahu yang dia bersetuju menerima tawaran Sherry hanya jika Sherry berjanji untuk menanggung kos memperbaiki sebarang kerosakan kereta itu untuk tahun pertama tetapi Sherry tidak bersetuju. Merry kemudiannya berkata bahawa dia sanggup menerima tawaran Sherry tanpa syarat tersebut. Malangnya Sherry menjawab yang dia sekarang telah bertukar fikiran dan tidak mahu menjual keretanya. Nasihatkan Sherry. (25 markah)
18. Tok Wan mempunyai dua ekor kerbau yang sangat sihat dan gemuk. Seekor kerbaunya digelar Mek Long manakala seekor lagi digelar Mek Tam. Beliau bercadang untuk menjual salah seekor daripada kerbaunya iaitu Mek Long. Pada suatu hari, Mansur yang merupakan penternak kerbau yang berjaya, telah singgah di rumah Tok Wan lalu terlihat kerbau-kerbau itu. Hasil rundingan di antara Mansur dan Tok Wan, Mansur telah bersetuju untuk membeli salah seekor daripada kerbau Tok Wan dengan harga RM3,600. Tanpa diketahui oleh Tok Wan, Mansur sebenarnya berminat untuk membeli Mek Tam, sedangkan Tok Wan pula bercadang untuk menjual Mek Long. Nasihatkan mereka.
(25 markah)
19. (a) Nyatakan LIMA (5) elemen yang boleh membatalkan sesuatu kontrak.
(5 markah)
(b)Syuhada bercadang untuk membeli sebuah alat senaman bagi mengurangkan berat badannya. Oleh itu, beliau telah pergi ke Pusat Kesihatan Irshad untuk tujuan tersebut. Di sana, Irshad telah mencadangkan kepada Syuhada sebuah alat senaman jenama ‘Life Fitness’ bagi membantu Syuhada mengurangkan berat badannya. Syuhada bersetuju membeli alat senaman tersebut. Irshad menyatakan bahawa beliau boleh mengurangkan berat badan dalam tempoh tiga bulan sahaja. Tetapi selepas tiga bulan berlalu, Syuhada berjumpa Irshad dan ingin membatalkan kontrak di atas ketidakberkesanan alat tersebut . Nasihatkan Syuhada.
(20 markah)
20. (a) Melepaskan kontrak melalui perjanjian merupakan salah satu cara bagaimana obligasi kontrak boleh dilepaskan oleh pihak-pihak yang terlibat. Jelaskan EMPAT (4) cara untuk melepaskan kontrak melalui perjanjian.
(12 markah)
(b) Pilih DUA (2) sahaja dan huraikan kes tersebut berdasarkan fakta kes, keputusan mahkamah dan prinsip yang berkaitan:
i. Tham Cheow Toh lwn Associated Metal Smelters Ltd [1972] 1 MLJ 717
ii. Felthouse lwn Bindley (1862) 11 CB (NS) 869
iii. Chin Nam Bee Development Sdn Bhd lwn Tai Kim Choo & 4 Ors [1988] 2 MLJ 117
(13 markah)
21. Encik Zaki mempunyai tiga buah rumah kedai di Ketereh, Kelantan. Beliau sedang mengalami masalah kewangan kerana anaknya Suraya yang berusia 2 tahun memerlukan RM122,000 bagi membiayai pemindahan hati akibat menghidap penyakit hepatitis yang kronik. Encik Zaki mendapat tahu seorang usahawan terkenal iaitu Encik Zuka amat berminat untuk membeli rumah tersebut dengan harga yang mana amat murah jika dibandingkan dengan harga pasaran sekarang. Encik Zuka menjelaskan kesemua harga rumah tersebut secara tunai. Setelah Suraya selamat menjalani pembedahan, Encik Zaki ingin membatalkan pindahmilik rumah tersebut atas alasan jualan dibuat secara tergesa-gesa dan terlalu murah harganya. Nasihatkan Encik Zaki.
(25 markah)
22. Pada tahun 2002, Membunga Leha, seorang wanita tua, diserang penyakit SLE dan berada di hospital selama 3 minggu. Di sana, beliau telah menerima rawatan dan layanan yang sangat baik daripada Dr Hanis yang manis menawan dan baik budi pekertinya.
Kerana ingin membalas budi doktor tersebut, Membunga Leha telah menawar untuk menjual rumahnya kepada Dr Hanis dengan harga RM150,000 sedangkan nilai sebenar rumahnya melebihi RM200,000. Dr Hanis bersetuju dengan tawaran tersebuT. Membunga Leha kemudiannya menyesali perbuatannya dan ingin memulakan prosiding undang-undang untuk membatalkan transaksi tersebut. Nasihatkan Membunga Leha.
(25 markah)
23. Seksyen 2(h) Akta Kontrak menyatakan bahawa kontrak adalah satu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Huraikan keadaan-keadaan di mana sesuatu perjanjian undang-undang itu dikatakan menyalahi undang-undang.
(25 markah)
24. Ah Loh telah menghadapi masalah kewangan dalam mengendalikan perniagaan kopi secara turun temurun dalam keluarganya. Beliau gagal mendapat pinjaman daripada pihak bank disebabkan beberapa dokumen yang diperlukan disediakan oleh beliau. Walaubagaimanapun Ah Loh adalah seorang yang buta huruf dan beliau hanya inginkan wang secepat mungkin. Selepas tiga hari urusan peminjaman, akhirnya Ah Loh telah berjaya mendapatkan pinjaman sebanyak RM30,000. Pihak Senang & Mudah Enterprise itu telah mengenakan kadar faedah 35% setahun ke atas pinjaman tersebut. Ah Loh tidak faham berkenaan faedah tersebut dan terus saja menyerahkan geran tanah sebagai cagaran pinjaman. Setelah masuk tahun kedua, Ah Loh mendapati bayaran bulanan yang dibayar kepada syarikat tersebut agak tinggi dan beliau mengambil keputusan untuk tidak meneruskan bayaran tersebut. Nasihatkan Ah Loh.
(25 markah)
25. Ibu bapa Ali telah meninggal dunia ketika Ali berada di Tingkatan Tiga. Terkejut dengan kejadian tersebut, Ali telah bertindak menjual kereta ayahnya kepada Ahmad. Seminggu selepas itu, setelah dinasihat oleh bapa saudaranya, Ali telah berubah fikiran dan ingin membatalkan penjualan tersebut. Ali ingin memulangkan semula wang yang telah diterima daripada Ahmad tetapi Ahmad enggan memulangkan semula kereta tersebut. Nasihatkan Ali.
(25 markah)
26. Pak Zahid telah bersetuju menjual selori buah tembikai kepada Pak Adam. Lori tersebut dijangka akan bertolak dari Bachok pada pukul 7 pagi dan dijangka tiba di Pasar Selayang, tempat di mana Pak Adam menjalankan perniagaannya pada jam 5 petang. Tanpa disedari oleh kedua-dua pihak, semasa mereka berkontrak, lori berkenaan telah mengalami kemalangan yang memusnahkan kesemua buah-buahan tadi dan pemandunya mengalami kemalangan maut. Berdasarkan undang-undang kontrak, nasihatkan kedua-dua pihak sama ada mereka masih terikat dengan kontrak tersebut.
(25 markah)
27. Pak Dali merupakan seorang nelayan yang buta huruf dan sudah lanjut usianya. Dia telah berhutang dengan ceti Samy sebanyak RM700 kerana kesesakan hidup di musim tengkujuh. Ceti Samy telah mengenakan kadar faedah 45% setahun ke atas hutang tersebut dan meminta Pak Dali menyerahkan geran motosikalnya kepada ceti Samy. Nasihatkan Pak Dali sama ada beliau terikat dengan kontrak di atas.
(25 markah)
28. Ahmad menawarkan 10 ekor lembunya kepada Abu. Ahmad mengetahui bahawa lembunya telah dijangkiti penyakit lembu gila tetapi tidak mendedahkan kepada Abu. Abu pula tidak bertanya mengenai hal tersebut dan bersetuju menerima tawaran daripada Ahmad. Berdasarkan fakta di atas:
(a) Bolehkah Abu kemudiannya membatalkan kontrak setelah mengetahui tentang keadaan lembu tersebut?
(12.5 markah)
(b) Adakah jawapan anda berbeza sekiranya Ahmad adalah bapa Abu? (12.5 markah)
29. (a)Nyatakan LIMA (5) perkara yang menjadikan sesuatu kontrak itu boleh dibatalkan?
(5 markah)
(b) Pada 22/10/2005, En. Fahmi telah mengupah En. Gopal untuk memasang penyaman udara di dalam sebuah bilik di rumahnya yang terletak di Taman Sutera, Kajang. Setelah kontrak dibuat antara mereka berdua dengan syarat semua peralatan berfungsi dengan baik, En. Gopal telah datang memasangnya pada 25/10/2005. Setelah kerja itu siap dilaksanakan, En. Fahmi enggan membuat bayaran kerana didapati penyaman udara itu tidak berfungsi dengan baik dan sempurna seperti yang telah dipersetujui dalam kontrak. En. Gopal seterusnya membawa kes ini. Nasihatkan En. Gopal atas tindakannya.
(20 markah)
30. Huraikan perkara-perkara berikut. Sertakan seksyen dan kes undang-undang untuk menyokong hujah-hujah anda.
(a) Bilakah komunikasi penerimaan melalui pos menjadi efektif dan lengkap?
(12.5 markah)
(b) Kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak.
(12.5 markah)
31. Semasa membeli-belah di Pengkalan Kubur, Tumpat, Kelantan, Riaz terpandang sebuah lukisan asli yang dipamerkan di tingkap sebuah kedai yang menjual barang-barang seni. Lukisan yang bercorak batik itu ditandakan dengan label harga berjumlah RM250.
Terpikat dengan kehalusan seni lukisan tersebut, Riaz memasuki kedai tersebut dan menghulurkan wang RM250 untuk membeli lukisan itu. Arash, tuan punya kedai menjelaskan bahawa lukisan tersebut tidak dilabel dengan betul dan harga sebenarnya ialah RM450. Bolehkah Riaz menuntut untuk membelinya dengan harga RM250? Sebagai seorang yang arif dalam bidang undang-undang, nasihatkan Riaz.
(25 markah)
32. (a) Terangkan beserta contoh perbezaan di antara kontrak boleh batal, kontrak batal dan kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan.
(9 markah)
(b) Syukri mewarisi satu kawasan lombong bijih timah ayahnya di Lembah Kinta. Operasi lombong tersebut telah ditutup 20 tahun lalu. Syukri kemudiannya menjual lombong itu kepada Syarikat Majuikan yang bercadang untuk menternak ikan air tawar di situ.
Syukri memberitahu wakil syarikat bahawa lombong itu sesuai untuk habitat ikan air tawar. Sebenarnya Syukri sendiri tidak pernah menternak ikan air tawar di lombong tersebut. Seminggu selepas transaksi jual beli, Syarikat Majuikan mendapati bahawa lombong itu tidak sesuai untuk penternakan ikan air tawar. Syarikat Majuikan ingin mengenepikan kontraknya dengan Syukri. Bincangkan.
(16 markah)
33. Tok Su berkata kepada Tok Mek, “Pada harga berapakah anda sanggup menjual rumah anda yang cantik ini?” Tok Mek menjawab, “Lima ratus ribu ringgit.” Tok Su mendakwa telah wujud kontrak antaranya dengan Tok Mek.Nasihatkan Tok Mek berdasarkan undang-undang kontrak.
(25 markah)
34. Apakah yang dimaksudkan dengan keupayaan berkontrak seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kontrak 1950.
(25 markah)
35. Hanis telah menghadiri jamuan perkahwinan rakan baiknya Nora dan dalam perjalanan pulang, Hanis telah kehilangan dompetnya yang mengandungi wang berjumlah RM10,000 bersama dengan dokumen pengenalan diri
Secara kebetulan, Riaz telah terjumpa dompet tersebut dan telah memulangkannya kepada Hanis. Hanis kemudiannya berjanji akan memberi saguhati sebanyak RM500 kepadanya. Malangnya Hanis tidak menunaikan janji tersebut.
Nasihatkan Riaz akan kedudukannya di sisi undang-undang kontrak sekiranya ada.
(25 markah)
36. Asmah menawarkan untuk menjual mesin fotostatnya kepada Basir. Basir menyatakan yang dia akan menerima tawaran Asmah hanya jika Asmah berjanji menanggung kos memperbaiki sebarang kerosakan mesin itu untuk tiga bulan yang pertama. Asmah membantah. Basir kemudiannya berkata dia sanggup menerima tawaran Asmah tanpa syarat tersebut. Asmah menjawab yang dia sekarang tidak mahu menjual mesin fotostatnya. Nasihatkan pihak yang terlibat.
(25 markah)
37. Persetujuan atau kerelaan bebas dalam memasuki kontrak adalah satu syarat utama di bawah Seksyen 10 Akta Kontrak. Jika sesuatu kontrak dibuat tanpa persetujuan atau kerelaan bebas maka ia akan menjadi kontrak boleh batal. Bincangkan keadaan-keadaan yang dianggap mencacatkan kerelaan seseorang untuk berkontrak.
(25 markah)
38. Dang Wangi berusia 17 tahun tahun merupakan seorang pelukis muda yang berbakat dan semakin dikenali di kalangan peminat seni. Dang Wangi telah ditawarkan oleh Riaz Galeri untuk membuat pameran solonya yang pertama di galerinya dan sebagai balasannya Dang Wangi akan dikenakan bayaran sebanyak 30% daripada hasil keuntungan jualan lukisannya. Setelah berjaya mendapat jualan yang memberangsangkan, Dang Wangi enggan menjelaskan bayaran kepada Riaz Galeri. Nasihatkan Riaz Galeri.
(25 markah)
39. Puan Farhan telah berjanji secara bertulis untuk menyerahkan sebidang tanah yang tertentu kepada anaknya secara percuma. Berdasarkan undang-undang dan menyertakan kes-kes yang berkaitan, bincangkan sama ada kontrak jenis ini mengikat atau tidak.
(25 markah)
40. Sharen bercadang untuk menjual rumahnya kepada Halimah. Dia menulis sepucuk surat kepada Halimah dan menawarkan untuk menjual rumah tersebut pada 18/3/1998.
Halimah kemudiannya telah menulis surat memohon supaya harga rumah tersebut dikurangkan kepada RM110,000 dan surat berkenaan telah sampai kepada Sharen pada 5/5/1998. Halimah bimbang surat tersebut tidak diterima oleh Sharen, lalu pada 3/5/1998 Halimah telah menghantar telegram kepada Sharen menyatakan persetujuannya untuk membeli rumah tersebut pada harga RM120,000 dan membatalkan surat pertama yang telah diposkannya. Telegram tersebut telah sampai pada pukul 6 petang 3/5/1998. Pada 6/6/1998, Sharen membuat perjanjian untuk menjual rumahnya kepada Kumari kerana Kumari menawarkan harga yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM130,000 dan tidak mengendahkan penerimaan Halimah kerana berpendapat surat pertama Halimah adalah tawaran balas dan ini membatalkan tawaran asalnya. Nasihatkan Halimah.
(25 markah)
41. Seksyen 2(h) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa kontrak adalah satu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Huraikan keadaan-keadaan di mana sesuatu perjanjian itu dikatakan telah menyalahi undang-undang.
(25 markah)
42. Syarikat RHHD ingin membuat pementasan teater yang berjudul ‘Awang Lutung Awang Beruntung’ yang akan dipentaskan di Dewan Serbaguna di Bandar Baru Bangi pada 11/8/2002. Pihak syarikat RHHD telah membuat kontrak untuk menyewa dewan.
Malangnya sehari sebelum pementasan dijadualkan bermula, dewan berkenaan telah terbakar akibat litar pintas yang menyebabkan dewan tersebut telah musnah dan tidak dapat digunakan lagi. Pihak RHHD ingin menuntut ganti rugi ke atas wang yang dibelanjakan untuk konsert tersebut daripada Majlis Bandaran Bangi dan kerugian akibat kegagalan untuk mementaskannya sebagaimana yang dirancangkan. Pihak Majlis Bandaran Bangi menyatakan kontrak tersebut dilepaskan dan tidak perlu membayar kepada pihak RHHD. Nasihatkan pihak Majlis Bandaran Bangi.
(25 markah)
43. En. Riaz Mohd Noor telah menempah sebuah bilik di Rumah Tumpangan Sri Kerian, Kubang Kerian, Kota Bharu untuk menyaksikan istiadat pertabalan dan perarakan Puteri Balkis sebagai permaisuri Negeri Darul Naim. Malangnya disebabkan Puteri Balkis kegeringan (sakit), istiadat dan perarakan tersebut terpaksa dibatalkan. Puan Damia selaku pemilik Rumah Tumpangan Sri Kerian ingin menuntut ganti rugi kerana En. Riaz enggan membayar sewa bilik tersebut. Nasihatkan Puan Damia.
(25 markah)
44. Untuk menjadikan sesuatu kontrak itu mengikat, pihak yang berkontrak mestilah memberikan persetujuan mereka secara rela dan bebas. Nyatakan keadaan dimana dikatakan tidak wujud persetujuan yang bebas.
(25 markah)
45. Dua elemen asas dalam kontrak ialah cadangan dan penerimaan. Apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua elemen tersebut.
(25 markah)
46. Pada Mei 1999, Dasuki yang baru kematian isterinya Dalila, bertekad untuk melupakan sejarah pahit hidupnya dengan berhijrah ke bandar. Beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan anaknya Daniel yang berusia 10 tahun kepada ibunya. Jirannya Damia yang bersimpati dengan nasib anak Dasuki secara sukarela membela dan membiayai semua perbelanjaan persekolahan Daniel. Pada Januari 2001, Dasuki kemudiannya kembali untuk mendapatkan semula anaknya dan telah berjanji akan menjelaskan semua perbelanjaan yang ditanggung oleh Damia sepanjang ketiadaannya. Malang bagi Damia apabila janji yang dibuat hanyalah janji kosong. Dasuki kemudiannya membawa anaknya ke bandar tanpa meninggalkan sebarang pesan kepada Damia. Damia yang kecewa dengan tindakan Dasuki ingin mengetahui haknya di sisi undang-undang. Nasihatkan Damia.
(25 markah)
47. Hanim menawarkan rumah kepada Hanis dengan harga RM70,000. Rumah tersebut terletak di kawasan perkampungan yang aman damai. Tawaran dibuat melalui surat dan diterima oleh Hanis pada 1/7/1999. Hanis yang amat menyintai alam semulajadi dan suasana yang damai terus bersetuju untuk membelinya. Pada 9/8/1999, Hanis mengepos surat penerimaan kepada Hanim.
Hanim kemudiannya ingin membatalkan tawaran setelah mendapat tahu rumah tersebut ingin dimiliki oleh seorang jutawan yang bernama Arash Noor yang sanggup membayar rumah tersebut dengan harga tiga kali ganda daripada harga yang ditawarkan kepada Hanis. Hanim telah menulis surat kepada Hanis membatalkan tawarannya dan mengeposnya pada 5/8/1999 dan diterima oleh Hanis pada 10/8/1999.
Nasihatkan Hanis sama ada kontrak sudah terikat atau belum.
(25 markah)
48. Izat adalah pemegang lesen membalak di Kelantan dan lesen ini tidak boleh dipindahmilik tanpa kebenaran bertulis Menteri Besar. Walaubagaimanapun, disebabkan Izat sedang menghadapi masalah kewangan, Izat telah mengambil keputusan untuk membuat perjanjian dengan Boon Hoon untuk memindahmilikan lesennya dengan mengenakan bayaran RM30,000.
Setelah berjaya mendapatkan duit tersebut, Izat menyatakan perjanjian itu tidak sah. Boon Hoon meminta kerjasama anda untuk menjelaskan haknya di sisi undang-undang kontrak sekiranya ada. Nasihatkan Boon Hoon.
(25 markah)
49. Damia merupakan seorang peguam yang sibuk mengendalikan firma guamannya. Beliau telah memohon jasa baik keraninya, Dailami untuk bekerja di luar waktu pejabat bagi menyelesaikan kes pelanggannya. Keadaan ini berterusan selama lima bulan. Damia kemudiannya berjanji akan membayar Dailami RM500 atas kesanggupan Dailami bekerja di luar waktu kerjanya. Damia kemudiannya enggan menunaikan janjinya. Selaku seorang yang arif dalam bidang undang-undang, nasihatkan Dailami.
(25 markah)
50. Baba menulis surat kepada Ummi menyatakan hasratnya ingin menjual kereta Honda Civicnya dengan harga RM53,000. Ummi telah menghubungi Baba dan menyatakan persetujuannya membeli kereta tersebut. Walaubagaimanapun, Ummi telah meletakkan syarat tambahan iaitu kereta tersebut haruslah dicat semula.
Baba tidak bersetuju dengan syarat tersebut dan menawarkan kereta tersebut kepada Hanim dengan harga RM50,000. Ummi mendakwa Baba sudah terikat dengannya dan tidak berhak menjualnya kepada Hanim. Nasihatkan Ummi berdasarkan undang-undang kontrak. (25 markah)
51. Hanim seorang remaja berusia 16 tahun, telah menempah peralatan buku tulis dan buku-buku pelajaran dari Kedai Buku Noor yang berjumlah RM150. Hanim kemudiannya ingin membatalkan kontrak setelah terpikat dengan tawaran murah di Supermarket Pantai Timur. Nasihatkan tuan punya Kedai Buku Noor akan haknya di sisi undang-undang kontrak. (25 markah)
52. Ali mempunyai dua ekor kambing. Seekor berwarna putih dan seekor lagi berwarna hitam. Ali mahu menjual kambing hitamnya. Pada suatu hari, sahabatnya Ah Meng datang kepadanya lalu berkata, “Saya dengar anda ingin menjual kambing anda. Saya sudi membelinya.” Ali bersetuju menjual kambingnya dengan harga RM200. Tanpa diketahui oleh Ali, Ah Meng sebenarnya berniat untuk membeli kambing putihnya. Ah Meng pula tidak tahu bahawa Ali cuma mahu menjual kambing hitamnya. Bincangkan. (25 markah)
53. Puan Dora mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Dollah, Kasim dan Selamat. Pada Mei 1999, beliau kemudiannya bersetuju untuk memberikan sebidang tanah yang bernilai RM55,000 secara percuma kepada Selamat. Perjanjian telah dibuat secara bertulis dan didaftarkan. Pada April 2000, Puan Dora ingin menarik balik pemberiannya dengan alasan perjanjian tersebut tidak sah disebabkan ketiadaan balasan. Nasihatkan Puan Dora.
(25 markah)
54. En. Wan Nordin merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sri Chempaka, Kota Bharu, Kelantan. Semasa menjalankan tugasnya, beliau telah berkenalan dengan seorang wanita tua iaitu Makcik Murni. Makcik Murni berusia 76 tahun dan sedang dirawat di hospital tersebut kerana diserang penyakit tua.
Beliau telah berjaya memujuk Makcik Murni untuk menjual rumah kedai kepunyaan Makcik Murni dengan harga yang murah sebagai tanda penghargaan kepadanya. Setelah keluar dari hospital, Makcik Murni menyesali perbuatannya dan ingin membatalkan penjualan rumah kedai tersebut. Sebagai seorang yang arif dalam bidang undang-undang kontrak, anda dikehendaki menasihatkan Makcik Murni. (25 markah)
55. Bincangkan setakat manakah kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak adalah tidak sah dan pengecualiannya di dalam undang-undang kontrak. (25 markah)
56. Hanim menulis surat kepada Riaz menawarkan untuk menjual rumahnya dengan harga RM180,000 di Kampung Chempaka, Kota Bharu. Dalam suratnya yang bertarikah 10/10/1998, Hanim menyatakan bahawa tawaran terbuka sehingga 1/1/1999.
Riaz menerima surat pada 15/10/1998 dan telah mengepos surat penerimaan beserta cek kepada Hanim pada 28/11/1998. Pada 27/11/1998, Hanim kemudiannya telah menjual rumah kepada Baba dan dengan serta merta mengeposkan surat pembatalan tawaran.
Surat penerimaan telah diterima oleh Hanim pada 1/12/1998 dan surat pembatalan diterima oleh Riaz pada 29/11/1998.
Hanim mendakwa dia tidak terikat dengan Riaz. Nasihatkan Hanim.
(25 markah)
57. Dengan merujuk kepada seksyen-seksyen tertentu dan kes-kes berkaitan, huraikan berkenaan kontrak batal di bawah undang-undang kontrak. (25 markah)
58. Hanim menulis surat kepada Hanis menyatakan hasratnya ingin menjual sebidang tanah dengan harga RM25,000 di Mukim Tapang, Panji, Kota Bharu, Kelantan. Hanis menghubungi Hanim dan menyatakan persetujuannya membeli tanah tersebut. Beliau bagaimanapun telah meletakkan beberapa syarat tambahan yang tidak dipersetujui oleh Hanim. Hanim kemudiannya mengambil keputusan untuk menjual tanah tersebut kepada Riaz yang telah bersetuju untuk membelinya dengan harga RM30,000.
Apabila Hanis mendengar berita tersebut, Hanis kemudiannya bersetuju untuk membelinya dan bersetuju untuk melupakan syarat-syarat baru yang dikemukakan sebelumnya.
Nasihatkan Hanim sama ada beliau sudah terikat untuk menjual tanah tersebut kepada Hanis atau sebaliknya. (25 markah)
59. Huraikan secara ringkas, pemulihan-pemulihan kontrak di bawah:
(a) Ganti rugi am dan ganti rugi khusus. (15markah)
(b) Pelaksanaan spesifik. (10 markah)
60. (a) Terangkan secara ringkas, pemulihan-pemulihan yang boleh dibuat apabila berlaku kemungkiran dalam kontrak.
(15 markah)
(b) Syarikat Kontraktor Lazz telah bersetuju untuk membina sebuah kilang untuk Dann dalam tempoh 1 tahun. Namun, setelah genap setahun, kilang yang dibina belum dapat disiapkan. Dann telah mengalami kerugian akibat daripada kelewatan pembinaan kilang itu. Nasihatkan Dann. (10 markah)
61. Syarikat Masak Sedap Bhd telah bersetuju untuk membeli sebuah dapur yang dapat mengeluarkan haba tidak kurang daripada 2,600 ºF bagi tujuan memasak makanan khasnya dari Syarikat XYZ. Pihak pembekal telah diberitahu dengan jelasnya spesifikasi dan tujuan pembelian dapur ini serta tarikh dapur tersebut mesti sampai ke premis Syarikat Masak Sedap Bhd.
Malangnya, syarikat pembekal XYZ telah gagal untuk menghantar dapur tersebut pada tarikhnya dan juga telah gagal menepati spesifikasi yang telah ditetapkan. Syarikat Masak Sedap Bhd ingin menuntut ganti rugi. Nasihatkan syarikat tersebut. (25 markah)
62. Pada Mei 1999, kereta yang dipandu oleh Riaz telah mengalami kerosakan di sebuah jalan desa yang sunyi. Secara kebetulannya Arash yang melalui jalan yang sama bertanya pada Riaz sama ada beliau memerlukan pertolongannya. Dengan persetujuan kedua belah pihak, mereka telah berjaya menunda kereta itu ke bengkel kereta yang terletak sejauh 20 km dari situ.
Setelah tiba di bengkel tersebut, Riaz telah berjanji akan membayar RM150 kepada Arash sebagai bayaran perkhidmatannya. Arash kemudiannya menuntut Riaz menunaikan janjinya tetapi Riaz mendakwa dia tidak terikat dengan janji tersebut. Nasihatkan Riaz. (25 markah)
63. Hanis telah membuat kontrak untuk menjual sebidang tanahnya di Kampung Chempaka dengan harga RM35,000 kepada Hanim. Hanis kemudiannya berubah fikiran dan menjual tanah tersebut kepada Riaz yang bersetuju membelinya pada harga yang lebih tinggi. Nasihatkan Hanim tindakan yang boleh diambilnya bagi membolehkannya meneruskan kontrak tersebut. (25 markah)
64. Ahmad menulis surat kepada Liza menawarkan untuk menjual keretanya kepada Liza dengan harga RM40,000. Dalam suratnya yang bertarikh 1 Julai, ditulis bahawa ‘tawaran dibuka sehingga 10 Julai’.
Liza menerima surat Ahmad pada 3 Julai dan mengeposkan persetujuannya bersama sekeping cek pada 8 Julai. Tetapi pada 7 Julai, Ahmad telah mengeposkan surat pembatalan cadangannya kepada Liza dan menjual keretanya kepada Chan dengan harga yang lebih tinggi. Surat pembatalan cadangan tersebut diterima oleh Liza pada 9 Julai. Nasihatkan Liza. (25 markah)
65. Hanim menawarkan untuk menjual tanahnya melalui surat kepada Riaz berjumlah RM38,000. Riaz bersetuju menerima tawaran tersebut dan mengepos surat penerimaan pada 10/8/1997. Hanim menerima surat penerimaan daripada Riaz pada 15/8/1997.
Pada 12/8/1997, Riaz ingin membatalkan penerimaan dengan membuat pembatalan pada hari yang sama dan Hanim telah menerima surat pembatalan tersebut pada hari yang sama.
Hanim mendakwa Riaz sudah terikat dengan kontrak tersebut. Nasihatkan Riaz. (25 markah)
66. Huraikan secara ringkas mengenai kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak di bawah undang-undang kontrak. (25 markah)
67. (a)Terangkan secara ringkas remedi-remedi akibat mungkir kontrak (5 markah)
(b) Aini seorang penyanyi bersetuju untuk menyanyi di Kelab Pelangi selama satu bulan dan dibayar RM300 semalam. Pada pertengahan bulan, Aini enggan meneruskan kontrak. Bolehkah pihak pengurusan kelab memansuhkan kontrak. (20 markah)
68. Dalila membuat tawaran melalui surat untuk menjual rumahnya di Taman Bakti kepada Hanim dengan harga RM150,000. Tawaran terbuka sehingga 1/1/1997. Pada 10/10/1996, surat tersebut sampai ke tangan Hanim dan pada 27/11/1996, Hanim mengepos surat penerimaan. Malangnya surat tersebut hanya diterima oleh Dalila pada 2/2/1997.
Dalila setelah menunggu sehingga tempoh tersebut dan masih belum menerima apa-apa jawapan telah membuat tawaran untuk menjual rumahnya kepada Usu dengan harga RM160,000.
Hanim mendakwa kontrak sudahpun wujud antaranya dengan Dalila. Nasihatkan Dalila.
(25 markah)
69. Hanis telah memohon pekerjaan sebagai jurutera di Syarikat Noor Cahaya. Jawatankuasa Perlantikan Syarikat itu telah memutuskan untuk melantik Hanis.
Riaz, salah seorang anggota Jawatankuasa Perlantikan Syarikat secara kebetulan berjumpa dengan Hanis telah memberitahu Hanis bahawa permohonan beliau telah berjaya.
Hanis dengan serta merta meletakkan jawatannya di firma dia bekerja dan membuat majlis kesyukuran di rumahnya. Dua minggu kemudian, Hanis menerima surat yang menyatakan, “Dukacita dimaklumkan permohonan anda ditolak”. Hanis ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas Syarikat Noor Cahaya. Nasihatkan Hanis. (25 markah)
70. Hanim berumur 17 tahun dan tidak mempunyai buku-buku rujukan yang mencukupi bagi membuat persediaan menghadapi peperiksaan SPM pada November 1997. Oleh itu, Hanim telah menempah 15 buah buku yang bernilai RM150 daripada seorang penjual buku bernama Faisal. Akan tetapi, apabila buku-buku tersebut sampai, Hanim telah berubah fikiran dan enggan membayarnya. Sebagai seorang yang arif dalam bidang undang-undang, anda dikehendaki menasihatkan Faisal akan haknya jika ada di dalam undang-undang kontrak. (25 markah)
71. Hanis telah menghadiri jamuan perkahwinan rakan baiknya Nora dan dalam perjalanan pulang, Hanis telah kehilangan beg dompetnya yang mengandungi duit berjumlah RM10,000 beserta dengan kad pengenalan dan lesen memandu. Seminggu kemudian, Riaz yang secara kebetulannya terjumpa dompet tersebut telah memulangkannya. Hanis kemudiannya berjanji kepada Riaz akan memberikannya RM1,000 sebagai membalas jasa baik Riaz. Hanis kemudiannya enggan menunaikan janji tersebut. Nasihatkan Riaz. (25 markah)
72. Hanim telah memasuki sebuah kedai buku dan mengambil sebuah buku yang bertajuk ‘Undang-undang dan Anda’, dan membawanya ke kaunter pembayaran. Semasa hendak membayarnya, Hanim mendapati beliau telah kehilangan dompet duit dan membatalkan niatnya untuk membeli buku tersebut. Arash, penjual buku tersebut menyatakan bahawa Hanim telah terikat dan memaksa Hanim membeli buku tersebut. Nasihatkan Hanim berdasarkan undang-undang kontrak. (25 markah)
73. Bincangkan sejauh manakah seseorang kanak-kanak (remaja) dikatakan tidak layak untuk berkontrak berdasarkan undang-undang kontrak. (25 markah)
74. Pada 1/1/1993, Munah menulis surat kepada Mona dan menawarkan keretanya dengan harga RM15,000 dan seterusnya mengeposkan surat penerimaannya pada 20/1/1993. Mona mengubah fikirannya dan pada 22/1/1993, dia telah menghantar satu telegram membatalkan penerimaannya itu serta menyatakan bahawa dia akan menerima tawaran itu jika harga kereta itu dikurangkan kepada RM12,000. Telegram itu sampai ke tangan Munah pada hari yang sama. Surat penerimaan Mona hanya diterima pada 23/1/1993.
(a) Wujudkah kontrak di sini? (20 markah)
(b) Adakah jawapan anda akan berbeza jika surat penerimaan dan telegram sampai serentak?
(5 markah)
75. Hanis menawarkan kepada Raif tanahnya yang bernilai RM30,000 dengan syarat ianya dibayar secara tunai. Tawaran dibuat melalui surat yang diposkan pada 10/10/1993 dan Raif menerimanya pada 14/10/1993.
Pada 1/11/1993, Raif mengepos surat penerimaan yang mana di dalamnya ia menyatakan beliau bersetuju menerima tawaran tersebut dengan harga RM25,000. Pada 5/11/1993, Hanis telah menawarkan tanahnya kepada Hanim dengan harga RM35,000 dan Hanim menerima tawaran tersebut.
Raif ingin mengambil tindakan ke atas Hanis atas alasan Hanis telah terikat dengannya memandangkan penerimaan telah dibuat sebelum tawaran dibuat kepada Hanim. Nasihatkan Hanis.
(25 markah)
76. Dalila telah menawarkan Hanim sebentuk cincin dengan harga RM1,000. Tempoh tawaran adalah selewat-lewatnya 27/11/1992. Pada 20/11/1992. Dalila telah berjumpa dengan Arash dan menawarkannya dengan harga RM1,200. Tanpa banyak soal, Arash terus menerima tawaran tersebut.
Setelah berita itu sampai ke pengetahuan Hanim, Hanim mendakwa bahawa Dalila telah terikat kontrak dengannya memandangkan tempoh tawaran belum lagi luput. Nasihatkan Hanim. (25 markah)
77. (a) Karim telah menulis surat kepada Kassim kerana bercadang untuk
membeli tanah Kassim dengan harga RM50,000. Kassim telah menghantar surat jawapan bahawa dia bersetuju menjual tanahnya kepada Karim.
Tiba-tiba Kassim telah berubah fikiran dan menghantar telegram untuk membatalkannya dan meminta Karim tidak mengendahkan surat jawapannya.
Berdasarkan kes di atas, adakah wujud kontrak apabila keadaan-keadaan di bawah berlaku.
(i) Telegram sampai sebelum surat jawapan.
(ii) Telegram sampai selepas surat jawapan.
(iii) Telegram dan surat sampai serentak.
(b) Nyatakan TIGA (3) elemen asas dalam mana-mana kontrak mudah. (25 markah)
78. Hanim telah memasuki sebuah kedai buku dan mengambil sebuah buku yang bertajuk ‘Ke arah Wawasan 2020’ dan membawanya ke kaunter pembayaran. Semasa hendak menjelaskan bayaran, Hanim mendapati beliau telah kehilangan dompet duit dan membatalkan niatnya. Arash, penjual kedai tersebut menyatakan bahawa Hanim telah terikat dan memaksa Hanim membeli buku tersebut. Nasihatkan Hanim.(25 markah)