Topik 5: Undang-Undang Jualan Barang-barang
UNDANG-UNDANG JUALAN BARANG-BARANG
PENGENALAN
Undang-undang jualan barang-barang di Malaysia Barat ditadbirkan oleh Akta Jualan Barangan 1957 (AJB 1957).
Sabah dan Sarawak masih menerima pakai prinsip undang-undang Inggeris yang berkaitan dengan jualan barang-barang melalui penguatkuasaan S.5(2) Akta Undang-undang Sivil 1956.
DEFINISI TERMA-TERMA PENTING
Barang
S.2 AJB 1957: Barang = Setiap jenis harta alih selain daripada tuntutan boleh dakwa dan wang; dan termasuklah stok dan saham, tanaman yang hidup, rumput dan benda-benda yang bercantum kepada tanah atau membentuk sebahagian daripada tanah yang diakui keras sebelum jualan atau di bawah kontrak jualan.
Setiap jenis harta alih adalah barang.
Hak untuk mendakwa atas apa jua sebab tidak dianggap barang kerana tidak mempunyai sifat fizikal yang nyata.
Wang bukan barang kerana dalam kontrak jualan barangan, wang berfungsi sebagai balasan daripada pihak pembeli atas kesediaan pihak penjual untuk memindah milikkan barangan kepadanya.
Tanah yang merupakan harta tak alih tidak termasuk dalam definisi barang.
Rumput / tanah, jika telah diasingkan dari tempat asalnya, akan dianggap sebagai barang.
Pokok membentuk sebahagian daripada tanah, tetapi balak adalah barang kerana telah diasingkan daripada tanah.
Pengkelasan barang-barang
S.6(1) AJB 1957: Barang-barang dapat dikelaskan kepada 2 jenis iaitu:
i. barang sedia ada
ii. barang hadapan
Barang sedia ada = Barang yang sudahpun dimiliki / disimpan oleh penjual.
S.2 AJB 1957: Barang-barang hadapan = Barang-barang untuk dikilangkan / dihasilkan / diperolehi oleh penjual selepas kontrak jualan dibuat.
Contoh: Satu persetujuan untuk menjual sebuah komputer tertentu model EX-2100 yang akan dihasilkan oleh penjual adalah contoh jualan barang masa hadapan. Model komputer itu masih belum pernah dikeluarkan lagi dan akan dikeluarkan.
Barang sedia ada boleh jadi
i. barang tertentu
ii. barang yang belum ditentukan
S.2 AJB 1957: Barang-barang tertentu = Barang-barang yang dikenalpasti dan dipersetujui pada masa suatu kontrak jualan dibuat.
Contoh: Puan Mary telah datang sendiri ke kedai Ah Chong untuk membeli 7 botol cuka. Dia telah melihat sendiri Ah Chong memilih 7 botol cuka lalu meletakkannya di atas meja semasa Puan Mary membuat bayaran. 7 botol cuka itu merupakan barang tertentu.
Barang yang belum ditentukan = Barang yang belum dikenalpasti ketika kontrak dibuat tetapi hanya diketahui setelah kontrak dilaksanakan atau barang yang dikenali dengan deskripsi sahaja
Contoh: Puan Kay membuat pesanan menerusi telefon kepada Ah Loh untuk menghantar 6 botol kicap ke rumahnya dengan segera. Ini adalah kontrak jualan berasaskan deskripsi.
Kontrak jualan barang-barang
S.4(1) AJB 1957: Kontrak jualan barang-barang = Kontrak yang mana penjual memindah milik, atau bersetuju untuk memindah milik hak terhadap barangan itu kepada pembeli dengan balasan yang disebut harga.
Kontrak jualan barang-barang boleh dalam bentuk
i. jualan /
ii. perjanjian untuk menjual
S.4(2) AJB 1957: Suatu kontrak jualan boleh jadi mutlak atau bersyarat.
S.4(3) AJB 1957: ‘Jualan’ berlaku apabila hak milik ke atas barangan dipindahkan daripada penjual kepada pembeli tetapi ‘perjanjian untuk menjual’ berlaku apabila hak milik ke atas barangan hanya akan berpindah pada suatu masa hadapan / setelah sesuatu syarat dipenuhi.
S.4(4) AJB 1957: ‘Persetujuan untuk menjual’ akan menjadi ‘jualan’ apabila masa yang ditentukan telahpun luput / syarat-syarat telahpun dipatuhi.
Kes: Lee lwn Griffin
Blackburn J: Ujian yang boleh dipakai untuk menentukan sama ada satu kontrak itu kontrak jualan barang atau kontrak upah ialah tujuan kontrak itu. Jika tujuannya ialah memindahkan hak milik, ia adalah satu kontrak jualan. Dalam kes ini, barang jualan adalah dua set gigi palsu. Mahkamah memutuskan ia adalah satu kontrak jualan.
Harga
S.2 AJB 1957: Harga = Balasan wang bagi suatu jualan barang-barang.
Jika balasan bagi jualan itu bukan dalam bentuk wang, maka kontrak itu dinamakan sebagai kontrak pertukaran dan bukan kontrak jualan.
Sekiranya balasan yang diberikan sebahagiannya adalah wang dan sebahagiannya lagi adalah barang, seperti menukarkan kereta lama dengan kereta baru (lazimnya disertai dengan wang), ia boleh dianggap sebagai kontrak jualan barang-barang sekiranya nilai wang lebih tinggi daripada nilai barangan yang ditukarkan.
PENENTUAN HARGA
S.9(1) AJB 1957: Harga dalam suatu kontrak jualan boleh ditetapkan oleh kontrak / boleh ditinggalkan untuk ditetapkan dalam cara yang dipersetujui / boleh ditentukan melalui perjalanan urusan antara pihak-pihak.
S.9(2) AJB 1957: Jika harga tidak ditetapkan menurut peruntukan yang terdahulu, pembeli hendaklah membayar kepada penjual suatu harga yang berpatutan. Harga yang berpatutan merupakan persoalan fakta dan bergantung kepada hal keadaan setiap kes yang tertentu.
TERMA-TERMA KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
S.12(2) AJB 1957: Syarat = Suatu janji yang penting kepada maksud utama kontrak. Jika syarat dilanggar oleh mana-mana pihak dalam kontrak jualan, ia akan memberi hak kepada pihak yang terkilan untuk menolak kontrak tersebut.
S.12(3) AJB 1957: Waranti = Suatu janji kolateral kepada maksud utama kontrak. Pelanggaran waranti hanya memberi hak kepada pihak yang terkilan untuk menuntut ganti rugi tetapi tiada hak untuk menolak barang-barang / menganggap kontrak sebagai ditamatkan.
S.13(1) AJB 1957: Pihak yang terkilan boleh memilih untuk menganggap kemungkiran syarat sebagai suatu kemungkiran waranti sahaja.
S.13(2) AJB 1957: Pelanggaran syarat boleh dianggap sebagai pelanggaran waranti dengan syarat
i. kontrak itu tidak boleh diasingkan dan pembeli telahpun menerima barang-barang tersebut / sebahagian daripadanya /
ii. barang itu barang tertentu dan hak milik telahpun diserahkan kepada pembeli
Apabila syarat dianggap sebagai waranti, pembeli hanya boleh menuntut ganti rugi sahaja tetapi tidak sehingga membatalkan kontrak tersebut.
Terma-terma tersirat
1. Syarat tersirat mengenai hak milik
S.14(a) AJB 1957: Dalam suatu kontrak jualan, melainkan hal keadaan kontrak adalah bertujuan menunjukkan niat yang berlainan, terdapat suatu syarat tersirat di pihak penjual, bahawa dalam suatu kes jualan, dia mempunyai hak untuk menjual barang-barang dan bahawa dalam kes suatu persetujuan untuk menjual, dia akan mempunyai hak untuk menjual barang-barang pada masa bila milikan itu berpindah.
Syarat tersirat dalam kontrak jualan: Penjual mempunyai hak milik yang sah terhadap barangan yang dijual.
Syarat tersirat dalam perjanjian untuk menjual: Penjual akan mempunyai hak milik yang sah terhadap barangan pada masa barang itu akan berpindah kepada pembeli.
Sekiranya penjual itu tidak mempunyai hak milik ke atas barangan yang dijualnya, dia dianggap telah melanggar syarat tersirat seperti yang diperuntukkan di bawah S.14(a) AJB 1957.
Kes: Rowland lwn Divall
Rowland membeli sebuah kereta daripada Divall dan menggunakannya selama beberapa bulan. Rowland kemudiannya mendapati bahawa Divall tidak mempunyai hak milik yang sah terhadap kereta tersebut dan beliau terpaksa menyerahkan kembali kereta itu kepada tuan punya yang sah. Rowland memohon untuk menamatkan kontrak dan menuntut agar wang yang yang telah dibayar kepada Divall dikembalikan sepenuhnya.
KM: Rowland berhak mendapat kembali wang itu meskipun dia telah menggunakan kereta tersebut selama 4 bulan.
Pelanggaran S.14(a) AJB 1957 memberikan hak kepada pihak pembeli untuk menamatkan kontrak (S.12(2) AJB 1957).
2. Syarat tersirat mengenai jualan mengikut perihalan / deskripsi
Penjualan secara deskripsi / perihalan berlaku apabila pembeli tidak melihat barangan sebenar dan sekadar bergantung kepada deskripsi yang diberikan oleh penjual.
Contoh:
i. Apabila pembeli membuat pesanan barang berpandukan katalog / iklan di akhbar / melalui internet.
ii. Apabila A pergi ke butik B dan menyatakan hasratnya untuk membeli sepasang baju kurung daripada kain sutera korea.
S.15 AJB 1957: Jika terdapat suatu kontrak untuk menjual barang-barang melalui perihalan, terdapat suatu syarat tersirat bahawa barangan sebenar yang dijual hendaklah bersamaan / bertepatan dengan deskripsi yang diberikan.
Kegagalan penjual untuk menyediakan barangan sebenar yang secocok dengan apa yang telah diperihalkan sama ada oleh penjual itu sendiri / oleh pembeli, akan memberi hak kepada pihak pembeli untuk menolak kontrak tersebut (S.12(2) AJB 1957).
Kes: Nagurdas Purshotumdas & Co lwn Mitsui Bussan Kaisha Ltd
Pembeli telah membuat pesanan sejumlah kuantiti tepung dan didapati bahawa tepung itu tidak mempunyai jenama seperti yang diperihalkan.
KM: Barang jualan itu tidak bertepatan dengan deskripsi yang telah diberi.
Kes: Moore & Co lwn Landauer & Co
Pembeli berkontrak untuk mendapatkan bekalan buah-buahan yang ditinkan daripada penjual. Mengikut perjanjian, tin buah-buahan tersebut akan dihantar dalam sebuah bekas yang mengandungi 30 tin setiap satu. Apabila barangan itu dihantar, pembeli mendapati sebahagian bekas mengandungi 30 tin manakala sebahagian bekas pula hanya mengandungi 24 tin.
KM: Oleh kerana barangan yang dihantar tidak menepati deskripsi yang diberikan semasa tempahan dibuat, pembeli berhak menolak keseluruhan barangan tersebut.
Kes: Beale lwn Taylor
Penjual telah mengiklankan keretanya sebagai ‘Herald Convertible, putih, tahun 1961’. Pembeli memeriksa kereta tersebut sebelum membelinya. Selepas itu dia mendapati bahawa kereta itu sebenarnya bukan model 1961. Hanya bahagian belakang kereta itu sahaja model 1961, manaka;a bahagian hadapannya ialah dari model lebih lama.
KM: Walaupun dalam kes ini pembeli telah melihat kereta itu sendiri, penjual dianggap telah melanggar syarat tersirat mengenai deskripsi kerana pembeli masih bergantung kepada deskripsi yang diberikan oleh penjual sewaktu membuat keputusan untuk membeli. Pembeli berhak menamatkan kontrak.
S.15 AJB 1957: Jika jualan dilakukan melalui sampel dan perihalan, barangan sebenar mestilah sama dengan deskripsi yang diberikan dan sampel yang telah ditunjukka
3. Syarat tersirat mengenai mutu / kesesuaian
Caveat emptor = pembeli harus berjaga-jaga.
Prinsip caveat emptor: Adalah menjadi tanggungjawab seseorang pembeli untuk berhati-hati semasa membeli sesuatu barang. Pembeli dikehendaki memeriksa dan memastikan bahawa barangan yang hendak dibelinya itu tidak mengandungi sebarang kecacatan dan menepati citarasanya. Jika pembeli tidak berbuat demikian, dia mestilah menanggung riiskonya dan tidak boleh menyalahkan pihak penjual.
Prinsip caveat emptor ditegaskan lagi dalam S.16(1) AJB 1957.
S.16(1) AJB 1957: Sekiranya sesuatu barangan yang dijual itu tidak bersesuaian dengan kehendak pembeli atau tidak bermutu, pembeli tiada hak untuk mendakwa pihak penjual atas pelanggaran syarat kerana syarat sedemikian tidak wujud.
Pengecualian kepada prinsip caveat emptor / S.16(1) AJB 1957:
(1) S.16(1)(a) AJB 1957: Barang itu hendaklah sesuai / memenuhi maksud pembeli itu
Syarat-syarat yang mesti dipatuhi:-
i. Pembeli mestilah telah memberitahu kepada penjual sama ada secara nyata / tersirat, mengenai maksud / tujuan dia mengkehendaki sesuatu barangan itu.
Jika kelazimannya barangan itu hanya mempunyai satu kegunaan, maka terdapat pemberitahuan tersirat mengenai tujuan barang itu dibeli.
= Pemberitahuan tidak perlu kerana penjual dianggap sudah sedia maklum maksud pembelian tersebut.
Kes: Griffith lwn Peter Conway Ltd
Seorang wanita telah membeli sepasang pakaian yang diperbuat daripda tweed, iaitu sejenis bahan untuk membuat pakaian. Wanita itu sebenarnya alah kepada bahan tersebut dan setelah memakainya dia mengalami gatal kulit.
KM: Memandangkan keadaan alah itu tidak diberitahu kepada penjual dan bahan itu secara umumnya sesuai bagi orang ramai, tidak berlaku pelanggaran syarat tersirat mengenai kesesuaian maksud.
Kes: Priest lwn Last
Plaintif telah membeli bekas air panas daripada defendan. Beberapa hari kemudian, ketika isteri plaintif sedang menggunakan bekas itu, ia tiba-tiba meletup lalu mencederakannya.
KM: Oleh kerana tujuan kegunaan botol itu hanyalah satu, maka syarat pemberitahuan maksud telah dipenuhi.
ii. Pembeli bergantung kepada kepakaran dan penghakiman penjual.
Kes: Baldry lwn Marshall
Pembeli meminta pendapat penjual mengenai kereta yang sesuai digunakan untuk bersiar-siar. Penjual mencadangkan kereta daripada jenama Bugatti dan pembeli bersetuju membelinya. Pembeli kemudiannya mendapati bahawa kereta tersebut tidak sesuai digunakan untuk melancong.
KM: Tindakan pembeli membeli kereta yang dijual mengikut jenama itu tidaklah bermakna bahawa pembeli tidak bergantung kepada kemahiran penjual dalam memilih kereta yang sesuai. Daripada bukti yang ada, pembeli sememangnya menunjukkan kebergantungannya kepada kemahiran penjual dalam membuat pemilihan. Penjual telah melanggar syarat tersirat mengenai kesesuaian maksud.
Kes: Medicon Plastic Industries Sdn Bhd lwn Syarikat Sdn Bhd
Plaintif membeli sejenis mesin acuan dan pengawal suhu untuk membuat botol-botol plastik daripada defendan. Plaintif mendakwa kedua-duanya tidak bersesuaian dengan tujuan ia dikehendaki tetapi defendan menyatakan, oleh kerana barangan itu dijual mengikut paten atau jenama, bukan menjadi tanggungjawab penjual untuk memastikan bahawa barangan tersebut bersesuaian dengan kehendak pembeli. Tambahan pula, plaintif tidak menunjukkan yang dia bergantung kepada kepakaran defendan ketika membuat pembelian.

KM: Memandangkan keadaan alah itu tidak diberitahu kepada penjual dan bahan itu secara umumnya sesuai bagi orang ramai, tidak berlaku pelanggaran syarat tersirat mengenai kesesuaian maksud. Kegagalan pembeli mendedahkan tentang masalah kulit yang dihidapinya kepada penjual menunjukkan bahawa dia tidak bergantung langsung kepada kepakaran dan perhitungan penjual dalam memilih pakaian, sebaliknya hanya bergantung kepada pengetahuannya sendiri.
Kes: Khong Seng lwn Ng Teong Kiat Biscuit Factory Ltd.
Plaintif telah membekalkan 219 tin lelemak kepada defendan pada tahun1961 dengan harga RM13.50 setin. Plaintif menuntut bayaran sebanyak RM2956.50 iaitu harga tin-tin lelemak yang dibekalkan. Defendan menafikan tanggungan dan mendakwa mereka hanya memesan 100 tin dan 119 tin lagi itu adalah bekalan berlebihan yang yang tidak dipesan. Defendan mendakwa lelemak yang dibekalkan itu tidak sesuai untuk membuat biskut, sedangkan plaintif telah memberi jaminan lisan bahawa ia sesuai untuk membuat biskut dan bebas daripada sebarang kecacatan. Defendan menggunakan 15 tin sahaja untuk membuat biskut dan biskut-biskut yang dihasilkan itu tidak terjual.
KM: Plaintif telah melakukan pelanggaran syarat tersirat berkenaan kesesuaian barang bagi maksud.
Kes: Deutz Far East (Pte) Ltd lwn Pacific Navigation Co Pte Ltd
Plaintif merupakan pembuat dan pembekal enjin dan alat-alat ganti kapal Deutz. Plaintif telah menuntut harga alat-alat yang telah dibekalkan untuk enjin utama kapal defendan. Defendan mendakwa bahawa terdapat kecacatan pada alat ganti itu kerana springnya bersaiz besar dan tidak sepadan dengan enjin tersebut. Akibatnya, enjin kapal itu semakin rosak teruk dan terpaksa diperbaiki dengan kos yang lebih tinggi. Defendan seterusnya mendakwa bahawa alat yang dibekalkan oleh plaintif adalah tidak sesuai bagi kegunaannya dan tidak berkualiti dagangan.
KM: Defendan telah bergantung sepenuhnya kepada plaintif sebagai pembekal untuk membekalkannya alat ganti yang sepatutnya boleh digunakan oleh enjin kapal itu. Plaintif telah melanggar syarat tersirat bahawa barang mestilah sesuai untuk kegunaan.
iv. Barang itu adalah daripada jenis yang biasa dibekalkan oleh penjual.
Kes: Ashington Piggeries lwn Christopher Hill Ltd
Penjual adalah seorang pembekal makanan binatang mink. Beliau tidak pernah menjual makanan binatang tersebut daripada jenama ‘X’.
KM: Walaupun penjual tersebut tidak pernah menjual makanan binatang itu daripada jenama berkenaan, menjual makanan binatang adalah urusan biasa perniagaan beliau. Penjual termasuk dalam kategori ini.
v. Sekiranya barang itu merupakan barang tertentu, maka ia tidak dibeli mengikut paten / jenama.
Jika barang itu dijual mengikut paten / jenama, syarat tersirat mengenai kesesuaian tidak terpakai. Bagi barang yang dijual mengikut paten, tanggungjawab untuk memastikan bahawa barangan itu bersesuaian atau tidak, terletak kepada pemegang paten dan bukannya penjual.

(2) S.16(1)(b) AJB 1957: Barangan itu hendaklah mempunyai kualiti boleh dagang
Syarat-syarat yang mesti dipatuhi:
i. Pembeli membeli barangan itu secara deskripsi; dan
ii. Barangan itu dibeli daripada penjual yang biasa menjual barangan itu.
Kes: Bristol Tramways lwn Fiat Motors Ltd.
Sesuatu barangan itu dikatakan mempunyai kualiti boleh dagang sekiranya barangan itu adalah sedemikian mutu dan dalam sedemikian keadaan hinggakan seseorang yang munasabah, bertindak secara munasabah akan, setelah memeriksa barangan itu secukupnya, menerimanya sebagai memenuhi tawarannya untuk membeli.
Kualiti boleh dagang = Sesuatu barangan itu haruslah memiliki kualiti / kebaikan yang sesuai untuk didagangkan, iaitu tidak terdapat padanya sebarang kecacatan yang membuatkannya tidak sesuai untuk dijual.
Kes: Wilson lwn Ricket, Cockerall & Co Ltd
Seorang wanita memesan minyak pembakar atas nama perniagaannya ‘Coalite’. Barangan itu telah dikirimkan tetapi satu letupan telah berlaku di tempat pembakar api.
KM: Kiriman barangan itu pada keseluruhannya tidak bermutu perniagaan. Ia mempunyai kecacatan yang menjadikannya tidak layak untuk pembakaran.
Kes: David Jones lwn Willis
KM: Sepasang kasut yang dipakai tetapi tercabut tumitnya ketika dipakai untuk kali yang ketiga dianggap tidak berkualiti dagangan.

KM: Plaintif telah memungkiri S.16(1)(b) berkaitan dengan kualiti boleh dagang memandangkan alat-alat yang dibekalkannya tidak boleh digunakan malah mendatangkan kerosakan yang lebih serius kepada enjin kapal itu.
Kes: Seng Hin lwn Arathoon Sons Ltd
Penjual telah menjual 10 tan tepung ubi kayu jenama ‘Gold Medal’. Penjual tidak mengetahui tujuan tepung itu dibeli dan tidak dimaklumkan bahawa tepung itu akan dieksport ke Jerman. Penjual telah menandakan karung-karung yang mengandungi tepung itu dengan tulisan Cina dakwat merah. Dakwat merah itu telah meresap ke dalam karung menyebabkan sebahagian tepung itu bertukar warna. Ketika tiba di Jerman, tepung itu telah diisytiharkan sebagai tidak sesuai untuk dimakan oleh manusia.
KM: Pihak pembeli gagal membuktikan bahawa tepung itu tidak berkualiti boleh dagang. Walaupun tidak berada dalam keadaan baik, tepung itu masih boleh dijual sebagai kanji.
Kes: Grant lwn Australian Knitting Mills Ltd
Seorang pembeli telah membeli pakaian dalam yang mengandungi campuran sulfat. Pembeli yang memakai pakaian dalam tersebut tanpa terlebih dahulu mencucinya, telah mengalami sakit kulit (dermatitis).
KM: Pakaian dalam tersebut tidak bermutu dagangan walaupun penjual mengatakan bahawa sulfat itu boleh hilang sekiranya pembeli mencucinya terlebih dahulu sebelum memakainya. Pembeli tidak semestinya boleh dianggap membasuh kesemua pakaian yang baru dibeli. Mahkamah mengandaikan sudah termaklum bahawa setiap pengilang / penjual akan menggunakan kepakaran yang munasabah dalam penyediaan barangan keluarannya dan pengguna boleh bergantung kepada andaian tersebut.
4. Syarat tersirat berkenaan jualan mengikut sampel / contoh
Jualan mengikut sampel adalah suatu jualan yang mana pembeli membeli berdasarkan sampel yang ditunjukkan oleh pihak penjual.
S.17(1) AJB 1957: Suatu kontrak jualan ialah suatu kontrak untuk menjual melalui sampel jika terdapat terma yang jelas / tersirat mengenainya dalam kontrak.
S.17(2) AJB 1957: Sekiranya jualan dibuat secara sampel, syarat-syarat tersirat berikut adalah terpakai:
(a) Keseluruhan barangan sebenar mestilah bersamaan dengan sampel dari segi mutu.
Kes: E & S Ruben Ltd lwn Faire Bros & Co Ltd
Sejenis kain ‘Linatex’ telah dijual dalam keadaan berkedut-kedut, sedangkan sampel yang ditunjukkan sebelumnya adalah licin dan lembut. Penjual mengatakan bahawa kain tersebut boleh menjadi licin dan lembut seperti sampel yang ditunjukkan apabila digosok.
KM: Oleh kerana barangan jualan sebenar tidak sama dengan sampel yang ditunjukkan, penjual telah melanggar syarat tersirat mengenai jualan secara sampel. Pembeli berhak membuat tuntutan.
Kes: Lau Yaw Seng lwn Cooperativa Ceramica D’Imola
Barangan yang dibekalkan adalah rendah dari segi kualitinya dengan sampel yang telah ditunjukkan.
KM: Pembeli wajar menolak barangan tersebut dan menolak untuk membuat bayaran kepada defendan.
(b) Pembeli hendaklah mempunyai peluang yang munasabah untuk membandingkan keseluruhan barangan dengan sampel sebelum membuat penerimaan.
Kes: Polenghi Brothers lwn Dried Milk Co Ltd
Penjual menjual susu tepung kepada pembeli dan mengkehendaki pembeli membuat pembayaran sebaik sahaja barangan tiba sama ada dihantar melalui kapal / kereta api dan dokumen yang berkaitan diserahkan kepada pembeli. Pembeli enggan membayar apabila barangan tiba dan dokumen berkenaan diserahkan kepadanya atas alasan dia berhak untuk memastikan barangan yang dihantar itu sama dengan sampel terlebih dahulu.
KM: Pembeli mesti diberi peluang yang munasabah untuk melakukan perbandingan tersebut. Memandangkan keseluruhan barangan sebenar mestilah sama dengan sampel yang ditunjukkan, maka sekiranya terdapat kecacatan pada sebahagian barangan itu sahaja, pembeli boleh memilih untuk menerima kesemuanya dan menuntut ganti rugi bagi bahagian yang cacat / kurang baik atau menolak kesemua barangan tersebut.
(c) Barangan itu hendaklah terpelihara daripada sebarang kecacatan yang boleh menjadikannya tidak bermutu dagangan, yang mana kecacatan tersebut tidak kelihatan semasa pemeriksaan munasabah ke atas sampel itu.
Kes: Drummond lwn Van Ingen
Kain yang dibekalkan oleh penjual adalah sama dan serupa dengan sampel yang dilihat sebelumnya. Walau bagaimanapun terdapat sedikit kecacatan yang tidak ketara, yang tidak dapat dilihat dengan pemeriksaan biasa / munasabah ke atas kain tersebut.
KM: Penjual telah memungkiri syarat tersirat berkenaan jualan mengikut sampel / contoh.
Kes: Godley lwn Perry
Sebelah mata seorang kanak-kanak telah menjadi buta kerana lastik yang dibeli daripada seorang penjual patah semasa beliau menggunakannya. Lastik itu dibeli oleh penjual secara sampel daripada seorang pemborong, yang mana penjual tersebut telah menguji sampel lastik itu dengan menarik talinya.
KM: Walaupun penjual telah membuat pemeriksaan yang munasabah ke atas lastik tersebut, kecacatannya masih belum ketara atau belum dapat didedahkan pada waktu pemeriksaan itu. Pemborong telah pecah kontrak kerana tidak mematuhi syarat tersirat berkenaan jualan mengikut sampel / contoh.
5. Waranti tersirat mengenai milikan aman barangan
S.14(b) AJB 1957: Dalam suatu kontrak jualan, melainkan hal keadaan kontrak adalah bertujuan menunjukkan niat yang berlainan, terdapat suatu waranti tersirat bahawa pembeli hendaklah mempunyai dan menikmati milikan aman barang-barang itu.
S.12(3) AJB 1957: Pelanggaran waranti hanya memberi hak kepada pihak yang terkilan untuk menuntut ganti rugi tetapi tiada hak untuk menolak barang-barang / menganggap kontrak sebagai ditamatkan.
Kes: Heng Long Motor Co lwn Osman Bin Abdullah
Osman telah membeli sebuah van daripada Heng Long Motor Co secara sewa beli. Osman berjaya menyelesaikan keseluruhan ansuran sewa beli van itu dan buku pendaftaran van itu diserahkan kepadanya. Van tersebut telah dirampas oleh pihak Kastam dan Eksais DiRaja kerana dipercayai terlibat dalam satu penyiasatan kes. Osman dan syarikat kewangan itu mendakwa Heng Long atas kemungkiran waranti berdasarkan S.14(b).
KM: Oleh kerana Heng Long gagal mematuhi waranti tersirat mengenai milikan aman barangan, Osman dan syarikat kewangan tersebut berhak mendapat bayaran ganti rugi.
Kes: Microbeads A. G lwn Vinhurst Road Marking Ltd
Penjual telah menjual sejenis mesin kepada pembeli. Tanpa pengetahuan penjual, semasa penjualan dilaksanakan, terdapat pihak ketiga yang sedang dalam proses mendapatkan hak paten ke atas mesin yang sejenis dengan yang dijual olehnya. Pihak ketiga kemudiannya telah mendakwa pembeli atas alasan mereka adalah pemegang paten mesin tersebut dan pembeli telah menggunakannya tanpa izin mereka. Pembeli mendakwa penjual telah melanggar syarat tersirat mengenai hak milik dan waranti tersirat mengenai milikan aman barangan.
KM: Penjual mempunyai hak untuk menjual mesin tersebut kerana sewaktu penjualan dilakukan, pihak ketiga masih dalam proses untuk mendapatkan hak paten tersebut. Pihak ketiga hanya mendapat hak untuk menguatkuasakan paten itu selepas urus niaga di antara penjual dan pembeli selesai. Penjual telah melanggar waranti tersirat mengenai milikan aman barangan kerana menjadi tanggungjawab penjual untuk memastikan pembeli akan dapat menikmati penggunaan barangan secara aman pada masa depan.
6. Waranti tersirat bahawa barangan bebas daripada sebarang gadaian / bebanan
S.14(c) AJB 1957: Dalam suatu kontrak jualan, melainkan hal keadaan kontrak adalah bertujuan menunjukkan niat yang berlainan, terdapat suatu waranti tersirat bahawa barangan yang dijual hendaklah bebas daripada sebarang gadaian / bebanan yang memihak kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak diketahui oleh pembeli sebelum / pada masa kontrak ditandatangani.

Kes: Steinke lwn Edwards
Defendan telah membeli kereta daripada B yang kemudian menjualkannya kepada plaintif. Tanpa pengetahuan semua pihak yang terbabit, cukai jualan atas kereta tersebut masih belum dijelaskan oleh pemilik kereta terdahulu iaitu A. Oleh itu, kereta berkenaan telah dirampas oleh pihak berkuasa. Plaintif terpaksa membayar cukai tersebut untuk mendapatkan semula kereta itu.
KM: Berlaku pelanggaran waranti tersirat bahawa barangan adalah bebas daripada sebarang gadaian / bebanan. Oleh itu, plaintif berhak mendapatkan kembali sejumlah wang yang telah dibayar kepada pihak berkuasa daripada defendan, yang kemudiannya boleh menuntut daripada B, yang juga boleh menuntut daripada A.
7. Terma tersirat berhubung dengan masa pembayaran
S.11 AJB 1957: Melainkan suatu niat lain didapati daripada terma kontrak, janji mengenai masa bayaran adalah tidak dianggap menjadi asas kontrak jualan. Sama ada apa-apa janji lain mengenai masa menjadi asas kontrak . tidak bergantung kepada terma kontrak.
Terma mengenai masa pembayaran harga tidak menjadi asas bagi kontrak jualan barang melainkan ada peruntukan sebaliknya dalam kontrak tersebut.
Setiap pihak yang berkontrak (penjual dan pembeli), bebas membuat penentuan sama ada masa adalah penting dan mesti dipatuhi ataupun sebaliknya.
Sekiranya pembeli gagal menjelaskan bayaran pada tarikh yang telah dipersetujui, maka ia tidaklah secara automatik membolehkan penjual membatalkan kontrak itu melainkan terdapat terma tertentu di dalam kontrak yang membolehkan dia berbuat demikian.
Contoh:
P. Din (penjual) telah bersetuju dengan Yon (pembeli), bahawa Yon perlu menjelaskan bayaran bagi maksud pembelian barangan tertentu pada 1/11/2009. Jika Yon gagal membuat bayaran pada tarikh itu, P. Din tidak boleh mengambil tindakan membatalkan kontrak kecuali terdapat peruntukan sebaliknya dalam kontrak antara mereka yang menyatakan bahawa P. Din berhak melakukan sedemikian (iaitu tarikh pembayaran adalah penting bagi maksud kontrak itu).
Kes: Bunge lwn Tradax Export
KM: Masa penghantaran adalah prima facie bagi dasar kontrak. Pembeli berhak untuk menolak penghantaran barangan yang lewat diterimanya dan juga boleh mendapatkan kembali harga barangan yang telah dibayar di samping mempunyai hak untuk menuntut ganti rugi atas kerugian dalam rundingan.
Kes: Harrington lwn Browne
KM: Dalam transaksi perdagangan yang melibatkan ternakan, masa penyerahan yang menjadi dasar kontrak adalah sangat penting. Penjual ternakan hendaklah menghimpunkan binatang dan masalah yang timbul adalah meletakkan sekumpulan binatang itu bersama pada masa apabila pembeli hendak menerima penyerahan binatang itu.
KONSEP HAK MILIK (OWNERSHIP) DAN PEMEGANGAN (POSSESSION)
Contoh: Semasa Joji berada di luar negara kerana melanjutkan pelajarannya, keretanya disimpan dan dijaga oleh adiknya Fira. Hak milik kereta itu ada pada Joji, tetapi pemegangannya ada di tangan Fira.
PEMINDAHAN HAK MILIK DALAM BARANGAN
Semasa kontrak jualan berlaku, adalah penting untuk memastikan saat dan ketika hak milik barangan itu berpindah daripada penjual kepada pembeli.
Ini kerana, risiko terhadap barangan itu berpindah pada saat yang sama dengan pemindahan hak milik.
Saat berlakunya pemindahan hak milik adalah berbeza bagi barangan yang belum dikenalpasti dan barangan yang sudah dikenal pasti.
1. Pemindahan hak milik dalam barangan yang belum dikenal pasti
S.18 AJB 1957: Jika terdapat suatu kontrak bagi jualan barang-barang yang tidak ditentukan, tiada milikan dalam barang-barang itu dipindahkan kepada pembeli melainkan dan sehingga barang-barang itu ditentukan.
Bagi kontrak jualan barangan yang belum dikenal pasti, hak milik dalam barangan itu tidak akan berpindah kepada pembeli kecuali apabila barangan itu telah dikenalpasti.
Kes: Re RC Goldcorp Exchange Ltd
Pembeli membeli sejumlah kuantiti jongkong emas daripada RC Goldcorp Exchange Ltd (RCG) untuk dihantar serah pada masa akan datang. Telah dipersetujui bahawa jongkong-jongkong emas itu hendaklah disimpan dengan baik oleh RCG. Jongkong-jongkong itu disimpan bersama-sama dengan jongkong-jongkong emas yang dibeli oleh pembeli-pembeli lain. Pembeli dalam kes ini diberi hak untuk mengarahkan RCG membuat hantar serahan pada bila-bila masa yang dikehendaki pembeli. RCG kemudiannya diisytiharkan bankrap dan pembeli menuntut jongkong-jongkong emas yang telah dibeli itu.
KM: Pembeli gagal dalam tuntutannya kerana jongkong-jongkong emas itu merupakan barangan yang belum dikenal pasti kerana ia masih belum diasingkan daripada longgokan jongkong emas yang terdapat dalam stor RCG. Justeru, hak milik ke atas jongkong emas itu masih belum berpindah kepada pembeli.
2. Pemindahan hak milik dalam barangan yang telah dikenal pasti
S.19 AJB 1957: Pemindahan hak milik berlaku pada masa dan ketika yang dihasratkan oleh kedua-dua pihak yang berkontrak. Hasrat pihak-pihak ini ditentukan dengan melihat kepada terma-terma kontrak yang telah dipersetujui, kelakuan pihak-pihak dan hal keadaan sesuatu kes itu.
Contoh:
K bersetuju untuk membekalkan P 2000 kilogram tepung gandum cap Piala pada harga RM0.50 sekilo. Kedua-dua pihak bersetuju dalam prjanjian mereka bahawa pemindahan hak milik hanya akan berlaku apabila keseluruhan harga tepung gandum itu dibayar. Selagi harga tepung gandum itu tidak habis dibayar, hak milik tidak akan berpindah kepada P walaupun hantar serahan telah dilakukan.
Sekiranya tiada peruntukan yang menyatakan sedemikian, S.20 hingga S.22 AJB 1957 akan terpakai.
(i) Barangan yang telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan boleh hantar serah.
S.20 AJB 1957: Jika kontrak itu adalah suatu kontrak jualan barangan yang telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan boleh dihantar serah, hak milik dalam barangan itu berpindah kepada pembeli semasa kontrak dibuat, tidak kira sama ada masa pembayaran harganya atau masa untuk penghantarserahan atau kedua-duanya ditangguh.
S.2 AJB 1957: Barang-barang adalah dikatakan dalam ‘keadaan yang boleh diserah’ apabila ianya dalam keadaan di mana pembeli terikat di bawah undang-undang untuk membawanya pulang.
Barang dikatakan berada dalam keadaan boleh dihantar serah apabila tiada apa-apa lagi yang perlu dilakukan ke atas barangan tersebut bagi tujuan menyediakannya dalam keadaan terserah. Pembeli adalah terikat untuk menerima penyerahan / mengambil milikan di bawah kontrak jualan berkenaan.
Contoh:
R telah membeli satu set sofa di Kedai Perabot M pada harga RM2000. R meminta supaya penjual berkenaan menghantar set tersebut ke rumahnya dan berjanji akan membayar baki harga perabot berkenaan selepas barangan dihantar. Tiada sebarang peruntukan dalam perjanjian antara mereka menyatakan secara khusus mengenai saat berlakunya pemindahan hak milik ke atas set sofa itu. Set sofa itu pula merupakan barangan yang telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan boleh hantar serah. Justeru, hak milik berpindah kepada R semasa kontrak jualan berlaku walaupun harga masih belum dibayar sepenuhnya dan hantar serahan masih belum dilakukan.
Kes: Guthrie Sdn Bhd lwn Trans-Malaysian Leasing Corpn. Sdn Bhd.
D, pembeli telah membeli 2 buah kenderaan daripada A Sdn Bhd. D kemudiannya menyewakan kedua-dua kenderaan itu kepada B Sdn Bhd. P, pembekal tunggal kenderaan jenis itu, enggan membekalkan kedua-dua kenderaan itu kepada D atas alasan bahawa mereka belum dibayar dan berdasarkan hak lien penjual yang belum dibayar. D membuat tuntutan terhadap P untuk mendapatkan kenderaan-kenderaan itu.
KM: Mengikut keadaan kes tersebut, nyata kedua-dua pihak berhasrat supaya pemilikan barangan itu berpindah pada masa kontrak dibuat.
Kes: Underwood Ltd lwn Burgh Castle Brick and Cement Syndicate
Penjual menjual jentera seberat 30 tan yang melekat secara tetap di lantai kilangnya. Bagi tujuan penyerahan, jentera itu perlu ditanggalkan dari lantai kilang dan dinaikkan ke atas gerabak kereta api. Jentera itu rosak sewaktu kerja-kerja ini dilakukan. Pembeli enggan menerima penyerahan. Penjual mendakwa atas alas an hak milik ke atas jentera tersebut telahpun berpindah dan pembeli mestilah menjelaskan harga jentera itu.
KM: Oleh kerana jentera itu telahpun rosak apabila tiba ke tangan pembeli, jentera itu tidak berada dalam keadaan boleh hantar serah. Justeru, hak milik tidak berpindah kepada pembeli dan masih kekal pada penjual.
(ii) Barangan yang telah dikenal pasti tetapi tidak berada dalam keadaan boleh hantar serah.
S.21 AJB 1957: Apabila berlaku kontrak jualan barangan yang telah dikenal pasti tetapi penjual perlu melakukan sesuatu untuk menjadikan barangan itu berada dalam keadaan boleh dihantar serah, hak milik dalam barangan itu tidak akan berpindah kecuali sesuatu itu dilakukan dan pembeli mengetahui tentangnya.
Contoh:
B bersetuju untuk membeli sebuah motosikal terpakai daripada G pada harga RM2,000. Walau bagaimanapun, B telah meminta G supaya membetulkan terlebih dahulu paip ekzosnya yang longgar sebelum beliau mengambil serahan. Dalam kes ini, pemindahan hak milik hanya akan berlaku setelah G membetulkan ekzos berkenaan dan memberitahu B mengenainya.
Kes: Chop Why Joo Hak Lee lwn Official Assignee
Perayu menjual 102 beg lada pada harga 99.25 sen sepikul. Beg-beg lada itu telah disimpan di gudang X setelah diturunkan dari kapal perayu. Malangnya, X telah dijatuhkan hukuman bankrap dan hartanya termasuklah beg-beg lada apellan yang berada digudangnya telah diambil alih oleh Official Assignee. Perayu menuntut beg-beg lada itu diserahkan kepadanya semula atas alasan hak milik masih kekal padanya kerana lada-ladam itu belum diperiksa oleh merinyu kerajaan bagi tujuan menentukan tahap kelembapannya sebelum satu sijil pengesahan boleh dikeluarkan.
KM: Memandangkan pemeriksaan itu belum dilakukan, hak milik tidak berpindah kepada pembeli. Justeru, perayu berhak mendapatkan kembali beg-beg lada berkenaan.
(iii) Barangan yang telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan boleh hantar serah tetapi harga belum ditentukan.
S.22 AJB 1957: Sekiranya berlaku kontrak jualan barangan yang telah dikenal pasti dan sedia boleh dihantar serah tetapi pihak penjual harus menimbang, menyukat, menguji atau melakukan perbuatan-perbuatan lain bagi maksud menentukan harganya, hak milik dalam barangan itu tidak akan berpindah kecuali perbuatan-perbuatan itu telah dilakukan dan pembeli diberitahu mengenainya.
Contoh:
M bersetuju untuk menjual satu tong beras kepada S pada harga RM1.60 sekilo. Untuk menentukan harga keseluruhan beras tersebut, M perlu menimbang / menyukat kesemua beras yang terdapat dalam tong itu terlebih dahulu. Hanya setelah jumlah kilogram diketahui, barulah pengiraan harga dapat dilakukan. Di sini, selagi penjual tidak menimbang dan mengira harga sebenar beras berkenaan dan pembeli masih belum diberitahu tentangnya, tiada pemindahan hak milik berlaku.

Fakta kes.
KM: Memandangkan pemeriksaan itu belum dilakukan, hak milik tidak berpindah kepada pembeli. Justeru, perayu berhak mendapatkan kembali beg-beg lada berkenaan. Lada-lada tersebut tidak boleh ditimbang dan harganya tidak dapat ditentukan selagi pemeriksaan merinyu tidak dilakukan. Oleh itu, hak milik tidak berpindah selagi semua perkara itu belum dilakukan.
3. Pemindahan hak milik dalam barangan yang dihantar atas persetujuan atau “untuk dijual atau dikembalikan”
S.24(a) AJB 1957: Jika barangan dihantar serah kepada pembeli atas persetujuan atau “untuk dijual / dikembalikan,” hak milik hanya akan berpindah kepada pembeli apabila pembeli menyatakan persetujuannya / penerimaannya / melakukan apa-apa tindakan yang melambangkan penerimaannya.
Kes: Kirkham lwn Attenborough
Plaintif telah menyerahkan barangan kemas kepada X atas urus niaga “untuk dijual / dikembalikan.” X, walaupun tidak menyatakan penerimaannya, telah menggadaikan barangan kemas tersebut kepada defendan.
KM: Perbuatan menggadaikan barangan kemas itu oleh X menunjukkan bahawa X bersetuju untuk membelinya. Justeru, hak milik berpindah kepada X dan kemudiannya berpindah kepada defendan.
S.24(b) AJB 1957: Hak milik akan berpindah kepada pembeli jika dia tidak menunjukkan persetujuan / penerimaannya tetapi menyimpan barangan tersebut tanpa memberi sebarang notis penolakan, maka jika suatu masa telah ditetapkan bagi pemulangan barangan itu, atas keluputan masa itu dan jika tiada masa ditetapkan, atas luputnya masa yang munasabah.
Kes: Poole lwn Smith’s Car Sales (Balham) Ltd
Seorang peniaga kereta kereta telah membekalkan dua buah kereta ‘atas jualan atau pemulangan’ kepada Smith’s Car Sales (Balham) Ltd (SCSB) yang juga seorang peniaga kereta. Salah satu kereta telah dijual tetapi kereta yang tidak dijual telah dikembalikan oleh SCSB kira-kira tiga bulan kemudian dalam keadaan yang teruk dan akibatnya peniaga pertama telah enggan menerima kereta itu dan menuntut harga kereta itu.
KM: Masa yang munasabah telah tamat dan kereta itu masih tidak dikembalikan. Oleh itu, harta dipindah milik kepada SCSB yang sepatutnya membayar harga kereta tersebut.
PEMINDAHAN RISIKO
S.26 AJB 1957: Melainkan sebaliknya dipersetujui, risiko terhadap barangan masih terletak pada penjual selagi hak milik dalam barangan itu tidak berpindah kepada pembeli. Apabila hak milik berpindah, risiko juga berpindah kepada pembeli tidak kira sama ada hantar serahan telah dilakukan ataupun tidak. Jika hantar serahan lewat disebabkan oleh salah laku penjual / pembeli, maka risikonya terletak pada pihak yang melakukan salah laku tersebut dan dia dikehendaki menanggung kerugian yang berlaku akibat salah lakunya itu.
Contoh:
A bersetuju membeli sebuah motosikal terpakai daripada B pada harga RM3,000. A meminta supaya B menggantikan terlebih dahulu kedua-dua tayar motosikal berkenaan. Apabila kedua-dua tayar tersebut telah diganti, B memberitahu A mengenainya. Kedua-dua pihak bersetuju hantar serahan akan dibuat pada hari Selasa. Walau bagaimanapun, pada hari Rabu, motosikal itu masih tidak dihantar serah kepada A. Sementara itu, bengkel B telah dicerobohi pencuri dan motosikal A telah dibawa lari oleh pencuri berkenaan. Apabila tayar diganti dan A diberitahu mengenainya, hak milik dan risiko berpindah kepada A berdasarkan S.21. Kecurian motosikal berkenaan berpunca daripada kelewatan menghantar serah oleh B. Mengikut S.26, risiko dan kerugian ke atas motosikal itu ditanggung oleh B.
Kes: Demby Hamilton & Co Ltd lwn Barden
Penjual bersetuju menjual 30 tan jus epal yang mana hantar serahan dibuat pada setiap minggu. Hantar serahan dijangka selesai pada Februari 1946 tetapi pada Disember 1945, pembeli telah meminta penjual menangguhkan hantar serahan. Penjual patuh dan kemudiannya menghantar semula pada Januari dan April 1946. Selepas itu pembeli tidak dapat menerima hantar serahan lagi sehinggalah November 1946 yang mana baki jus yang ada tidak lagi berada dalam keadaan baik.
KM: Kerugian yang dialami adalah berpunca daripada pihak pembeli. Hantar serahan lewat disebabkan kesalahan pembeli mengarahkan penangguhan tersebut. Justeru, risiko terletak pada pembeli dan pembeli dikehendaki menanggung kerugian berkenaan.
Dalam urus niaga “untuk dijual / dikembalikan,” risiko berada pada penjual sehinggalah hak milik dalam barangan berpindah kepada pembeli melainkan jika kerosakan / kemusnahan barangan itu disebabkan oleh kecuaian pihak pembeli.
PEMINDAHAN HAK MILIK DALAM BARANGAN OLEH PENJUAL BUKAN PEMILIK DAN PENGECUALIANNYA
S.27 AJB 1957: Secara amnya, apabila seseorang pembeli membeli barangan daripada seorang penjual yang bukan pemilik sebenar, pembeli tidak boleh memperolehi hak yang lebih baik daripada hak yang ada pada penjual tersebut.
Kaedah am ini menegaskan kedudukan common law yang terkandung dalam maxim:
nemo dat quod non habet = Tiada siapa yang boleh memberi hak yang lebih baik daripada apa yang dia sendiri miliki.
Kes: Lim Chui Lai lwn Zeno Ltd
Seorang kontraktor telah ditugaskan membina pembentungan bagi pihak berkuasa Petaling Jaya. Untuk tujuan tersebut, kontraktor itu telah mendapatkan bekalan bahan-bahan pembinaan daripada Zeno Ltd. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh masalah tertentu, pihak berkuasa kemudiannya telah membatalkan kontrak dengan kontraktor tersebut. Dengan pembatalan ini, Zeno Ltd menuntut daripada pihak berkuasa bahawa barang-barang yang ada di tempat pembinaan adalah kepunyaan mereka. Apabila Zeno Ltd cuba menjual barang-barang itu, didapati barang-barang tersebut telah dijual oleh kontraktor berkenaan kepada Lim Chui Lai. Lim Chui Lai merayu dalam tuntutan hak milik ke atas barangan tersebut.
KM: Kontraktor tersebut hanyalah penerima / baili dan bukannya pemilik barangan itu semasa menjualnya kepada Lim Chui Lai. Oleh kerana dia tidak mempunyai hak ke atas barangan / kuasa untuk menjual barangan itu, maka dia tidak boleh memindah milik apa-apa hak kepada Lim Chui.
Kaedah am di bawah S.27 AJB 1957 tertakluk kepada beberapa pengecualian:-
1. Estopel / persekatan
2. Jualan oleh wakil perdagangan
3. Jualan oleh pemilik bersama
4. Jualan oleh pemilik boleh batal
5. Jualan barangan yang masih dalam pegangan penjual
6. Jualan oleh pembeli yang memegang barangan / dokumen hak milik barangan
Dalam keadaan-keadaan di atas, walaupun penjual bukan pemilik sebenar barangan, pembeli masih boleh mendapat hak milik yang sempurna ke atas barangan yang dibeli itu.
1. Estopel / persekatan
S.27 AJB 1957: Apabila pemilik sebenar melalui tingkah lakunya sendiri memberi gambaran kepada pembeli bahawa orang yang menjual barangan itu mempunyai kuasa / diberi keizinan untuk berbuat demikian, pemilik sebenar disekat daripada menafikan bahawa penjual itu mempunyai kuasa / diberi izin menjual barangan berkenaan kepada pembeli.
Kes: Syarikat Batu Sinar Bhd & Ors lwn UMBC Finance Berhad & Ors
Sebuah syarikat pajakan, Supreme Leasing telah membeli sebuah traktor pada 18 Julai 1984 daripada seorang penjual traktor. Kad pendaftaran mengesahkan hak milik traktor itu dituntut oleh Supreme Leasing. Supreme Leasing kemudiannya telah menyewakan traktor berkenaan kepada Syarikat Batu Sinar yang merupakan plaintif pertama dalam kes ini.Di luar pengetahuan pihak-pihak berkenaan, pada 25 Februari 1984, traktor yang sama sebenarnya telah dijual kepada UMBC Finance yang kemudiannya telah menyewakan traktor itu kepada defendan kedua dalam kes ini. Semasa traktor itu dibeli oleh UMBC, tidak ada kad pendaftaran bagi traktor itu dan trakor itu juga telah ditinggalkan dalam pegangan penjual traktor. Apabila defendan kedua menghilangkan diri kerana tidak menjelaskan ansuran sewaan, UMBC Finance cuba menjejakinya tetapi kemudiannya menemui traktor tersebut berada dalam pegangan Syarikat Batu Sinar.
KM: Kegagalan UMBC mendaftarkan tuntutan hak milik mereka terhadap traktor itu, telah memberi gambaran kepada Supreme Leasing bahawa traktor itu bebas daripada sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak. Oleh yang demikian, UMBC disekat daripada menafikan bahawa penjual itu berhak menjual traktor tersebut kepada orang lain. Justeru, Supreme Leasing mendapat hak yang sempurna ke atas traktor berkenaan.
Kes: N. Z. Securities & Finance Ltd lwn Wrightcars Ltd
A bersetuju menjual kereta kepada B yang membelinya melalui pembayaran cek. Mereka telah bersetuju bahawa pemindahan hak milik kenderaan tidak akan berlaku sehinggalah bayaran diterima. B kemudiannya telah menjual kereta itu kepada C. Sebelum jualan itu selesai, C telah menghubungi pejabat A bagi memastikan kedudukan kereta itu dan dia telah diberitahu bahawa B telahpun melangsaikan pembayaran kereta itu. A kemudiannya mendapati bahawa cek B itu tidak laku lalu membuat milikan semula terhadap kereta itu.
KM: A telah disekat daripada menafikan kewujudan kuasa B untuk menjual kerana ketika C menghubungi pejabat A, dia telah diberitahu bahawa segala bayaran telah dijelaskan. Oleh yang demikian, hakmilik berpindah kepada C secara sah.
2. Jualan oleh wakil perdagangan
S.27 AJB 1957: Apabila seseorang wakil perdagangan diberi keizinan untuk menyimpan sesuatu barangan / dokumen hak milik barangan berkenaan oleh pemiliknya, dan wakil itu menjualnya dalam perjalanan biasa kerjanya sebagai wakil, penjualan itu adalah sah seolah-olah wakil itu diberi kuasa secara nyata untuk berbuat demikian oleh pemiliknya. Pembeli akan mendapat hak milik yang sempurna ke atas barangan itu dengan syarat pembeli membeli dengan iktikad baik tanpa mengetahui bahawa hakikatnya wakil itu tidak mempunyai kuasa untuk menjual. Pembeli tidak akan mendapat hak milik yang sah sekiranya pembeli mengetahui bahawa wakil itu sebenarnya tidak ada kuasa untuk melakukan penjualan.
S.2 AJB 1957: Agen persaudagaran / wakil perdagangan = Seseorang yang kelazimannya mempunyai kuasa sama ada untuk menjual barangan, mengkonsain barangan bagi tujuan penjualan, membeli barangan / mendapatkan wang atas jaminan bagi barangan, bagi pihak orang yang diwakilinya.
Contoh-contoh wakil perdagangan:
i. Broker
ii. Pelelong
iii. Peniaga kereta terpakai
‘Dokumen milikan kepada barang-barang’ termasuklah bil muatan, waran limbungan, sijil penjaga gudang, sijil pendermaga, resit kereta api, waran / perintah untuk menyerahkan barang-barang dan apa-apa dokumen lain yang digunakan dalam perjalanan biasa urusan sebagai bukti milikan / kawalan bagi barang-barang / pemberian kuasa / bertujuan untuk memberi kuasa, sama ada melalui pengendorsan / melalui penyerahan, pemilik dokumen untuk dipindahkan / atau penerimaan barang-barang yang dengan itu diwakili.
Syarat-syarat jualan oleh wakil perdagangan:
(a) Penjual itu mestilah seorang wakil perdagangan sebagaimana yang ditakrifkan.
(b) Barang / dokumen hak milik mestilah berada dalam milikan / simpanan wakil perdagangan ketika penjualan berlaku.
(c) Penyimpanan barang / dokumen itu mestilah atas keizinan pemilik sebenar.
(d) Penjualan itu mesti dilakukan ketika dalam perjalanan biasa kerjanya sebagai wakil perdagangan.
(e) Pembeli mestilah bertindak secara suci hati dan jujur
Kes: Lowther lwn Harris
L, pemilik tapestry, telah menyerahkan tapestry tersebut kepada P bagi tujuan penjualan. P memiliki kedainya sendiri, mengeluarkan resit dan cek atas nama perniagaannya sendiri. Walaupun beliau tiada hak menyempurnakan penjualan tanpa keizinan L, P telah menjualkan tapestry itu kepada H. L kemudiannya membuat tuntutan ke atas H.
KM: H memperolehi hak milik yang sempurna ke atas tapestry tersebut kerana P memenuhi syarat sebagai seorang wakil perdagangan. Justeru, L gagal dalam tuntutannya.
Kes: Folkes lwn King
F telah mengarahkan H, seorang wakil perdagangan, untuk menjual keretanya pada harga tidak kurang daripada £575. Tanpa mematuhi arahan F, H telah menjual kereta itu dengan harga £340 kepada K, yang membelinya dengan iktikad baik, tanpa mengetahui ketiadaan kuasa H untuk menjual pada harga berkenaan. H menghilangkan diri bersama-sama dengan wang itu dan kini F membuat tuntutan terhadap K untuk mendapatkan kembali kereta tersebut.
KM: Memandangkan H memegang kereta itu dengan keizinan F bagi tujuan penjualan dan K pula membeli dengan iktikad baik, maka K mendapat hak milik yang sah. Oleh itu, F tidak berhak menuntut kereta itu daripada K.
Kes: Oppenheimer lwn Attenborough & Son
Attenborough, seorang pengedar berlian, telah membenarkan seorang pengedar berlian yang lain mengambil sebahagian berliannya untuk dijual kepada pelanggan. Walau bagaimanpun, agen itu (pengedar berlian) telah menggunakan berlian itu bagi mendapatkan pinjaman.
KM: Pemberi pinjaman itu mendapat hak milik ke atas berlian tanpa mengira sama ada agen itu mempunyai kuasa untuk membuat gadaian terhadap berlian itu ataupun tidak. Mahkamah juga berpendapat ‘dalam perjalanan urusan biasa’ bermaksud wakil perdagangan itu mestilah bertindak / bekerja dalam masa bekerjanya, di tempat yang sepatutnya dia menjalankan perniagaan itu dan dalam tindakannya itu, pihak ketiga (pembeli) tidak mempunyai apa-apa syak wasangka terhadap tindakannya yang boleh dianggap sebagai tidak mempunyai kuasa.
Kes: Pearson lwn Rose & Young
Mahkamah berpendapat, persoalan yang lebih penting adalah sama ada barang itu berada dalam simpanan wakil perdagangan dengan mendapat keizinan pemiliknya yang sebenar terlebih dahulu dan bukannya persoalan sama ada wakil perdagangan itu mendapat pemilikan secara menipu / sebaliknya
3. Jualan oleh pemilik bersama
S.28 AJB 1957: Sekiranya sesuatu barangan itu dimiliki secara bersama oleh beberapa orang, jika salah seorang daripada pemilik bersama ini menjual keseluruhan barangan itu (iaitu bahagian miliknya dan juga bahagian pemilik-pemilik lain) kepada pembeli, pembeli boleh memperolehi hak milik sempurna ke atas barangan itu walaupun pemilik atau pemilik-pemilik yang lain tidak memberi kuasa / izinnya, dengan syarat:
i. barang itu disimpan keseluruhannya oleh pemilik yang menjual dengan izin pemilik atau pemilik-pemilik yang lain; dan
ii. pembeli bertindak dengan iktikad baik tanpa mengetahui bahawa penjual tidak mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menjual barangan itu.
Contoh:
R dan S memiliki secara bersama sebuah komputer riba. Memandangkan R telahpun menamatkan pengajiannya di universiti dan tidak begitu memerlukan komputer tersebut, beliau bersetuju komputer itu disimpan dan digunakan oleh S yang masih berada dalam tahun akhir pengajian. S kemudiannya menjual komputer berkenaan kepada F yang tidak mengetahui bahawa komputer itu adalah milik bersama R dan S. Di sini penjualan yang dilakukan oleh S itu adalah sah kerana memenuhi kedua-dua syarat yang dinyatakan di atas, walaupun R tidak mengetahuinya dan tidak pernah memberi keizinan kepada S untuk menjualnya. Justeru, F boleh mendapat hak milik yang sempurna ke atas komputer tersebut sungguhpun S tidak mempunyai kuasa penuh untuk berbuat demikian.
4. Jualan oleh pemilik boleh batal
S.29 AJB 1957: Sekiranya penjual barangan telah mendapat milikan terhadap sesuatu barang melalui kontrak boleh batal di bawah S.19 / S.20 A. K. 1950, tetapi kontrak itu masih belum dibatalkan pada masa jualan, maka pembeli akan mendapat hak milik yang sah terhadap barang itu, dengan syarat dia membelinya dengan suci hati tanpa mengetahui apa-apa kecacatan terhadap hak milik itu.
Sekiranya seorang penjual yang memiliki hak milik boleh batal telah menjual barangan kepada seorang pembeli yang tidak mengetahui kecacatan pada hak milik penjual itu, pembeli boleh mendapatkan hak milik yang sempurna jika pada ketika kontrak jualan itu dibuat, pemilik sebenar masih belum mengambil apa-apa langkah untuk membatalkan hak milik penjual.
Sekiranya sewaktu penjualan dilakukan, hak milik penjual telahpun dibatalkan oleh pemilik sebenar, pembeli tidak akan mendapat hak milik yang sempurna ke atas barangan yang dibeli dan pemilik sebenar berhak mendapatkan kembali barangannya itu.
Kes: Car & Universal Finance Co Ltd lwn Caldwell
A, seorang pelicik telah berjaya memperdaya C untuk menjual kereta Jaguarnya. A memberi C sebuah kereta lain dan cek sebagai balasan. Cek itu sebenarnya tidak laku. C lantas membuat laporan polis dan meminta pihak polis mendapatkan kembali kereta Jaguar berkenaan. Setelah berpindah tangan beberapa kali, kereta itu akhirnya dibeli oleh Car & Universal Finance yang membelinya dengan iktikad baik.
KM: Tindakan C membuat laporan polis menunjukkan bahawa C telah membatalkan kontrak itu dengan segera. Oleh yang demikian, Car & Universal Finance tidak memperolehi hak milik yang sempurna kerana hak milik A telahpun dibatalkan sewaktu penjualan seterusnya dilakukan oleh A.

S.30(1) AJB 1957: Jika selepas kontrak jualan dibuat, barang yang dijual masih lagi berada dalam milikan penjual, penjual atau wakil perdagangannya menjual kali yang kedua barang yang sama kepada pembeli kedua, pembeli kedua boleh mendapat hak milik yang sempurna jika dia membeli dengan iktikad baik tanpa mengetahui bahawa barangan tersebut hakikatnya telahpun dijual kepada orang lain.
= Sekiranya sesuatu barang itu masih lagi bersama penjual walaupun jualan telahpun dilaksanakan dan penjual itu telah menjualnya (kali yang kedua) kepada pihak ketiga, maka pihak ketiga akan mendapat hak milik secara sah terhadap barangan itu sekiranya dia membelinya secara suci hati tanpa mengetahui kecacatan hak milik itu.
Syarat-syarat pemakaian S.30(1) AJB 1957:
(a) Penjual telahpun menjual barang itu dan hak milik telah dilepaskan kepada pembeli pertama.
(b) Selepas jualan, barang / dokumen hak milik masih di dalam simpanan penjual.
(c) Barang itu telah dihantar / dipindahkan kepada pembeli kedua sama ada oleh penjual / agen penjual dengan kebenarannya.
(d) Pembeli kedua membeli secara suci hati tanpa mengetahui penjualan yang pertama.
Pembeli pertama akan kehilangan hak miliknya, tetapi dia masih boleh membuat tuntutan ganti rugi terhadap penjual atas kegagalan penjual menyediakan barangan yang telah dipersetujui di bawah kontrak jualan itu.
Kes: Pacific Motor Auctions Pty Ltd lwn Motor Credits (Hire Finance) Ltd
Plaintif telah membeli beberapa buah kereta daripada Motordom yang merupakan agen penjual kereta, bagi tujuan menyewakannya kepada pelanggan-pelanggan Motordom atas urusan sewa-beli. Kereta-kereta itu terus berada dalam pegangan Motordom yang bertindak sebagai baili dengan kuasa untuk menjual. Plaintif kemudiannya membatalkan kuasa Motordom tersebut tetapi pada hari yang sama Motordom telah menjual sebahagian daripada kereta-kereta berkenaan kepada defendan yang membeli dengan iktikad baik. Plaintif menuntut kereta-kereta itu dikembalikan kepadanya dan sejumlah ganti rugi.
KM: Tuntutan plaintif gagal kerana defendan memperolehi hak milik sempurna memandangkan kereta-kereta itu ditinggalkan dalam pegangan Motordom secara berterusan.

S.30(2) AJB 1957: Pembeli yang telah membeli barang-barang / bersetuju membeli barang-barang, memperoleh milikan barang-barang / dokumen hak milik dengan persetujuan penjual, boleh memindahkan hak milik yang sempurna dengan syarat pembeli kedua membeli dengan iktikad baik tanpa mngetahui kedudukan sebenar.
= Jika pembeli, setelah membeli / bersetuju untuk membeli sesuatu barang, mendapat persetujuan penjual untuk menyimpan barang itu / dokumen hak miliknya dan dia kemudiannya telah menjual pula kepada pihak ketiga yang membelinya secara suci hati, maka pihak ketiga itu berhak mendapat hak milik terhadap barang itu, walaupun pada hakikatnya pembeli itu sendiri masih belum mendapat hak milik terhadap barangan itu.
Kes: Newtons of Wembley Ltd lwn Williams
Plaintif telah menjual kereta kepada A yang membuat bayaran dengan cek. Walaupun A dibenarkan mengambil kereta itu, telah dipersetujui bahawa ha milik ke atas kereta itu tidak akan berpindah sehingga cek ditunaikan. Cek itu tidak dapat ditunaikan tetapi A telah menjual semula kereta itu kepada B yang tidak mengetahui tentang perkara sebenar. B kemudiannya menjual kereta tersebut kepada defendan. Plaintif menuntut defendan memulangkan kereta itu kepada mereka.
KM: Oleh kerana A memegang kereta itu dengan persetujuan plaintif, apabila A menjualkannya kepada B yang seterusnya memindahmilikkannya kepada defendan, defendan mendapat hak milik yang sah terhadap kereta tersebut.
Kes: Dujardin lwn Beadman
Pembeli bersetuju untuk membeli sebuah kereta daripada seorang penjual. Penjual itu mengetahui bahawa pembeli berkenaan akan menjual semula kereta tersebut kepada pembeli lain. Untuk tujuan menunjukkan kereta tersebut kepada pembeli kedua, penjual bersetuju menyerahkan kereta itu bersama-sama dengan dokumen pendaftarannya kepada pembeli pertama. Pembeli pertama itu walau bagaimanapun telah menjual kereta itu terus kepada pembeli kedua tersebut yang membeli tanpa mengetahui perkara sebenar.
KM: Memandangkan pembeli pertama mendapat pegangan kereta itu dan dokumen pendaftarannya dengan izin penjual, pembeli pertama boleh memindahkan hak milik yang sempurna kepada pembeli kedua yang telah membeli dengan iktikad baik.
Walaupun penjual yang terkilan tidak berhak mendapatkan kembali barang daripada pembeli kedua, penjual masih boleh membuat tuntutan ke atas pembeli pertama supaya menjelaskan harga barang berkenaan ataupun menuntut ganti rugi daripadanya.
PELAKSANAAN KONTRAK
Pelaksanaan kontrak = penyerahan barangan oleh penjual dan penerimaan barangan serta pembayaran harga oleh pembeli.
Penyerahan
S.31 AJB 1957: Adalah menjadi kewajipan penjual menghantar barangan itu dan pembeli membayar harganya mengikut terma-terma kontrak yang telah mereka persetujui bersama.
S.32 AJB 1957: Melainkan sebaliknya dipersetujui, penyerahan barangan dan pembayaran harganya adalah syarat-syarat yang bersama. Penjual hendaklah bersedia dan sanggup menyerahkan barangan itu dan pembeli hendaklah bersedia menerima dan membayar harganya.
S.33 AJB 1957: Cara penyerahan barang-barang terpulang kepada pihak-pihak yang berkontrak untuk menentukannya.
S.35 AJB 1957: Penjual juga tidak terikat untuk menyerahkan barang-barang sehingga pembeli meminta hantar serahan dilakukan, melainkan terdapat peruntukan yang menyatakan sebaliknya dalam kontrak antara mereka.
Tempat penyerahan
S.36(1) AJB 1957: Sama ada pembeli yang harus mengambil barangan itu daripada penjual / penjual yang harus menghantarnya kepada pembeli bergantung kepada apa yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam kontrak mereka. Jika kontrak tidak menyentuh perkara-perkara ini, maka kaedah yang terpakai adalah:
i. Barangan yang dijual hendaklah dihantar serah di tempat barangan itu berada semasa kontrak dibuat.
ii. Barangan yang dijanjikan untuk dijual hendaklah dihantar serah di tempat barangan itu berada semasa perjanjian untuk menjual dibuat / jika belum lagi wujud, di tempat barangan itu dikilang / dihasilkan.
Masa penyerahan
S.36(2) AJB 1957: Sekiranya di bawah kontrak jualan barangan, penjual terikat untuk menghantar barang-barang kepada pembeli, tetapi masa penghantarannya tidak ditetapkan, maka penjual mesti menghantarnya dalam tempoh yang munasabah.
S.36(4) AJB 1957: Tuntutan penyerahan juga haruslah dibuat pada masa yang munasabah dan masa yang munasabah itu adalah suatu persoalan fakta.
Kos penyerahan
S.36(5) AJB 1957: Melainkan sebaliknya dipersetujui, kos untuk menyediakan barangan itu supaya berada dalam keadaan boleh dihantar serah hendaklah ditanggung oleh pihak penjual.
Salah hantar
S.37(1) AJB 1957: Sekiranya penjual menghantar serah kepada pembeli kuantiti barangan yang kurang daripada apa yang dikontrakkan, pembeli berhak menolak kesemua barangan tersebut. Jika pembeli menerima barangan itu, dia dikehendaki membayar harga barangan tersebut pada kadar kontrak.
S.37(2) AJB 1957: Jika kuantiti barangan yang dihantar serah lebih daripada jumlah yang dikontrakkan, pembeli boleh menerima jumlah yang dikontrakkan dan menolak bakinya. Jika pembeli menerima kesemua barangan yang dihantar serah, maka dia harus membayar harga barangan tersebut pada kadar kontrak.
S.37(3) AJB 1957: Jika penjual menghantar serah kepada pembeli barangan yang dikontrakkan bercampur dengan barangan yang berlainan perihalan yang tidak termasuk dalam kontrak, pembeli berhak menerima barangan yang menurut kontrak dan menolak yang selainnya, ataupun boleh menolak kesemua barangan tersebut.
S.37(4) AJB 1957: Prinsip-prinsip di atas tertakluk kepada apa-apa amalan perniagaan, perjanjian khas / perjalanan urusan antara pihak-pihak yang berkontrak.
Penyerahan secara ansuran / berperingkat
S.38(1) AJB 1957: Melainkan dipersetujui oleh pihak-pihak, pembeli adalah tidak terikat untuk menerima serahan barangan yang dibuat secara ansuran.
S.38(2) AJB 1957: Jika terdapat kontrak bagi jualan barangan yang memerlukan serahan secara ansuran yang ditetapkan dan yang dibayar secara berasingan, dan penjual gagal membuat penyerahan sekali atau lebih ansuran, atau pembeli gagal mengambil barangan itu, atau gagal membayar satu atau lebih ansuran, perkara ini merupakan persoalan tafsiran, iaitu sama ada kemungkiran berkenaan boleh menamatkan keseluruhan kontrak / pelanggaran kontrak secara terasing yang membolehkan suatu tuntutan pampasan tetapi bukan hak untuk menganggap kontrak itu sebagai ditamatkan.
Penerimaan
S.41(1) AJB 1957: Sekiranya barangan yang dihantar serah tidak pernah diperiksa oleh pembeli, pembeli tidak boleh dianggap sebagai telah menerima melainkan sehingga pembeli diberi peluang yang munasabah untuk melakukan pemeriksaan bagi memastikan barangan itu menepati apa yang dikontrakkan.
S.42 AJB 1957: Pembeli dianggap menerima barangan apabila dia memberitahu penjual bahawa dia menerimanya, atau apabila barangan itu diserahkan kepadanya, dia melakukan apa-apa perbuatan yang tidak konsisten dengan hak milik penjual, atau apabila dia menyimpan barangan itu sehingga tamat tempoh yang munasabah tanpa memberitahu penjual bahawa dia menolaknya.
Implikasi kemusnahan barangan
S.7 AJB 1957: Jika terdapat suatu kontrak bagi penjualan barang-barang khusus, kontrak itu tidak sah jika barang-barang itu tanpa pengetahuan penjual telah, pada masa kontrak itu dibuat, musnah atau menjadi rosak sehingga tidak dapat dijelaskan tentang perihalnya dalam kontrak itu.
S.8 AJB 1957: Jika terdapat suatu perjanjian untuk menjual suatu barang-barang khusus dan yang kemudiannya barang-barang itu, tanpa apa-apa kesilapan pada pihak penjual atau pembeli, musnah atau menjadi rosak sehingga tidak dapat dijelaskan perihalnya dalam perjanjian itu, sebelum risikonya berpindah kepada pembeli, perjanjian itu adalah terbatal.
Kes: Couturier lwn Hastie
Dua pihak telah mengikat kontrak penjualan jagung. Kedua-dua pihak menyangkakan pada masa membuat kontrak itu, jagung-jagung tersebut berada dalam pelayaran dari Salonica ke England. Tanpa diketahui oleh mereka, beberapa hari sebelum kontrak terbentuk, jagung-jagung tersebut telah dijual oleh ketua kapal di Pelabuhan Tunis memandangkan jagung-jagung itu mula rosak akibat disimpan di tempat yang panas.
KM: Kontrak tersebut tidak sah kerana mereka telah khilaf tentang kewujudan perkara kontrak itu.
Lien = Hak penjual tak berbayar untuk terus menyimpan barang yang ada dalam milikannya sehinggalah dia menerima harga barang itu daripada pembeli.
2. Hak penahanan dalam transit (S.46 AJB 1957)
Boleh digunakan hanya apabila pembeli menjadi tidak solven dan pada ketika itu barang sudah tidak ada lagi dalam milikan penjual.
Penahanan boleh dibuat dengan 2 cara:
i. Mengambil semula barang itu secara fizikal
ii. Dengan memberi notis kepada pengangkut / baili di mana barang itu berada tentang tindakannya menahan barang itu. Apabila pengangkut / baili menerima notis itu, dia dikehendaki menyerahkan barang itu kepada penjual atau kepada pihak lain mengikut arahan penjual.
3. Hak menjual semula (S.46 AJB 1957)
Jika penjual menjual barang itu kepada pihak ketiga yang membelinya dengan ikhlas, pembeli baru ini boleh mendapat hak milik yang sempurna.
4. Hak penjual untuk menuntut harga barangan dan menuntut ganti rugi
i. S.55 AJB 1957: Penjual boleh membawa tindakan bagi mendapatkan harga barangan itu; atau
ii. S.56 AJB 1957: Penjual boleh membawa tindakan bagi menuntut ganti rugi kerana pembeli enggan menerima barang tersebut.
Hak pembeli yang tidak dihantar serah barangan
1. Pembeli boleh menuntut ganti rugi (S.57 AJB 1957)
2. Pembeli boleh memohon arahan pelaksanaan spesifik (S.58 AJB 1957)