Topik 4: Undang-Undang Agensi
UNDANG-UNDANG AGENSI
PENGENALAN
Undang-undang agensi di Malaysia ditadbirkan oleh Bahagian X Akta Kontrak 1950.
Undang-undang Inggeris yang berkaitan dengan agensi boleh diterima pakai bagi mengisi kekosongan Akta. Ini dibenarkan melalui penguatkuasaan S.5 Akta Undang-undang Sivil 1956.
Kontrak agensi wujud antara prinsipal dan agen.
Agensi = Perhubungan yang wujud di antara prinsipal dan agen, di mana agen diberi kuasa untuk bertindak bagi pihaknya atau mewakilinya dalam urusan dengan pihak lain.
S.135 AK 1950: Seorang “agen” ialah seorang yang diambil kerja untuk membuat sesuatu tindakan bagi pihak seseorang atau untuk mewakili seseorang dalam urusan-urusan dengan orang-orang ketiga. Seseorang yang untuknya tindakan itu dibuat, atau yang diwakili demikian adalah dipanggil “prinsipal”.
· Agen / wakil / orang tengah = Orang yang diambil bekerja untuk membuat sebarang kerja bagi orang lain / mewakili orang yang lain dalam urusan dengan pihak ketiga.
· Prinsipal / ketua
= Orang yang mana kerja itu dibuat baginya / yang diwakilinya; atau
= Seseorang yang melantik dan mengarahkan seseorang agen untuk bertindak bagi pihaknya dalam melaksanakan sesuatu urusan kerja.
Terdapat 2 kontrak yang wujud hasil daripada perhubungan agensi:
(a) Kontrak antara prinsipal dengan agen yang mana agen mendapat kuasanya untuk bertindak untuk dan bagi pihak prinsipal; dan
(b) Kontrak antara prinsipal dengan pihak ketiga melalui kerja agen.
S.136 AK 1950: Seseorang yang berumur dewasa mengikut undang-undang yang mana dia terikat, dan seseorang yang berakal sempurna, boleh mengambil kerja seorang agen.
· Seorang prinsipal mestilah dewasa dan waras.
S.137 AK 1950: Seperti di antara prinsipal dan orang-orang ketiga, seseorang boleh menjadi seorang agen, tetapi seseorang yang bukan berumur dewasa dan berakal sempurna tidak boleh menjadi seorang agen, supaya akan bertanggungjawab kepada prinsipalnya mengikut peruntukan-peruntukan urusan tersebut yang terkandung dalam Akta ini.
· Sesiapa sahaja boleh menjadi agen di antara prinsipal dengan pihak ketiga. Seseorang prinsipal tidak boleh menuntut apa-apa ganti rugi daripada agen yang belum berumur dewasa dan tidak berakal sempurna sekiranya berlaku kecuaian / kerugian semasa menjalankan urusannya sebagai agen.
Kes: Chan Yin Tee lwn William Jacks & Co. (Malaya) Ltd
Chan dan Yong (seorang kanak-kanak) didaftarkan sebagai pekongsi dalam satu perniagaan. Chan telah memberitahu wakil Syarikat William bahawa Yong adalah rakan kongsinya. Apabila Syarikat William membekalkan barang-barang kepada Yong, harganya tidak dijelaskaKM: Apabila Chan memaklumkan bahawa Yong adalah rakan kongsinya dan mempunyai kuasa bertindak bagi pihaknya, maka Chan bertanggungjawab terhadap tindakan Yong tidak kira sama ada dia dewasa atau remaja.
CARA-CARA AGENSI DIWUJUDKAN
1. Agensi secara perjanjian nyata
S.140 AK 1950: Suatu kuasa adalah dikatakan nyata apabila diberi oleh perkataan-perkataan yang disebut atau bertulis. Suatu kuasa adalah dikatakan termaklum apabila diambil kesimpulan daripada hal keadaan kes, dan benda-benda yang disebut atau bertulis, atau perjalanan biasa urusan, boleh diambil kira hal keadaan kes tersebut.
· Agensi secara perjanjian nyata boleh wujud apabila seorang agen dilantik sama ada melalui perjanjian bertulis / lisan oleh seorang prinsipal.
· Kes: Bank Bumiputra Malaysia Bhd lwn Henry Ginai Anak Langgie
KM: Agen yang dilantik melalui Surat Wakil Kuasa dan telah melebihi bidang kuasa yang diberikan oleh prinsipalnya, tidak akan mengikat prinsipal kecuali prinsipal menerima / mengesahkan tindakan agen yang melebihi kuasanya itu.
2. Agensi secara pelantikan tersirat / termaklum
i. S.140 AK 1950: Suatu kuasa adalah dikatakan nyata apabila diberi oleh perkataan-perkataan yang disebut atau bertulis. Suatu kuasa adalah dikatakan termaklum apabila diambil kesimpulan daripada hal keadaan kes, dan benda-benda yang disebut atau bertulis, atau perjalanan biasa urusan, boleh diambil kira hal keadaan kes tersebut.
Contoh:
A tinggal di Shah Alam dan mempunyai sebuah kedai di Kuala Lumpur. Kedai tersebut diuruskan oleh Y yang sentiasa memesan barang-barang daripada B atas nama A untuk keperluan kedai dan B sentiasa membuat bayaran atas nama A untuk urusan-urusan tersebut. B mempunyai kuasa tersirat daripada A sebagai agen dalam transaksi jual beli barangan tersebut. A akan terikat dengan tindakan Y itu sekiranya Y tidak membuat pembayaran harga barang-barang tersebut kepada B.

Chan dan Yong (seorang kanak-kanak) didaftarkan sebagai pekongsi dalam satu perniagaan. Chan telah memberitahu wakil Syarikat William bahawa Yong adalah rakan kongsinya. Apabila Syarikat William membekalkan barang-barang kepada Yong, harganya tidak dijelaskan.
KM: Chan telah mengemukakan Yong sebagai agennya yang mempunyai kuasa untuk berkontrak bagi pihaknya. Chan bertanggungan di atas perbuatan Yong dan mestilah menjelaskan hutang kepada Syarikat William. Chan melalui tutur kata dan kelakuannya telah mengemukakan Yong sebagai agennya. Oleh itu, Chan terikat di sisi undang-undang untuk bertanggungjawab atas perbuatan Yong itu. Yong seolah-olah telah diberi kuasa oleh Chan untuk melakukan urusan perniagaan dengan Syarikat William.
ii. Perhubungan antara rakan-rakan kongsi dalam sesebuah firma perkongsian.
S.7 Akta Perkongsian 1961: Tiap-tiap pekongsi ialah agen firma dan pekongsinya yang lain bagi maksud urusan perkongsian itu.
Sekiranya seseorang pekongsi melakukan apa-apa tindakan atau urusan dalam menjalankan perniagaan dan tindakan atau urusan itu dilakukan dalam lingkungan bidang kuasa yang ada padanya, tindakan atau urusan tersebut akan mengikat firma atau pekongsi-pekongsi yang lain.
iii. Common law: Hubungan agensi boleh wujud di antara suami dan isteri.
Anggapan di sisi undang-undang: Jika suami dan isteri tinggal bersama, isteri mempunyai kuasa untuk berhutang atas nama suaminya untuk membeli barang-barang keperluan yang sesuai dengan taraf hidup mereka.
Anggapan ini boleh disangkal oleh suami dengan membuktikan bahawa:
(a) suami secara nyata melarang isterinya berhutang atas namanya; atau
(b) suami secara nyata melarang peniaga supaya tidak membekalkan barang-barang atau memberi hutang kepada isterinya; atau
(c) isterinya telah dibekalkan dengan barang-barang keperluan yang memadai; atau
(d) isterinya telah diberikan elaun yang memadai bagi membeli barang-barang tanpa perlu berhutang atas nama suaminya; atau
(e) barang-barang yang dipesan oleh isterinya walaupun satu keperluan, tetapi tidak sepadan dengan pendapatan suami pada masa itu.
Walaupun suami melarang isteri daripada terus berhutang dan telah memberitahu secara nyata dia tidak akan terikat dengan hutang yang dibuat oleh isterinya dengan penjual, namun jika menjadi kelaziman bagi suami untuk terus membayar hutang-hutang isterinya itu, suami tetap terikat.
Kes: Miss Gray lwn Catcard
Si isteri telah membeli pakaian berharga £215 dan suami enggan membayarnya. Apabila dituntut oleh pekedai, si suami membuktikan bahawa dia telah memberi elaun sebanyak £960 setahun kepada isterinya.
KM: Suami tidak bertanggungan atas hutang isteri itu.
3. Agensi secara pengesahan / ratifikasi
Ratifikasi = Pengesahan atau penerimaan oleh prinsipal atas sesuatu tindakan yang dilakukan oleh agen tanpa arahan daripada prinsipal atau kalau arahan diberi, agen telah melampaui kuasa yang diberi oleh prinsipal itu.
Agensi secara ratifikasi wujud jika berlaku salah satu daripada keadaan berikut:
i. Apabila seseorang yang tidak pernah dilantik sebagai agen bertindak seorang-olah dia ada kuasa sebagai agen; atau
ii. Apabila agen yang dilantik bertindak di luar kuasa yang diberikan.
Sekiranya berlaku mana-mana keadaan di atas, prinsipal diberi pilihan sama ada hendak menerima atau menolak kontrak tersebut. Sekiranya prinsipal mengesahkan kontrak tersebut, penerimaan atau pengesahan ini dikenali sebagai ratifikasi. Ratifikasi menjadikan prinsipal terikat dengan kontrak tersebut seolah-olah agen telah diberi kuasa dengan sempurna sebelumnya.
S.149 AK 1950: Jika tindakan-tindakan dibuat oleh seseorang bagi pihak seorang lain tanpa pengetahuan atau kuasanya, dia boleh memilih untuk meratifikasi atau untuk tidak mengakui tindakan-tindakan itu. Jika dia meratifiasi tindakan-tindakan itu, natijah yang sama akan menyusuli seolah-olah tindakan-tindakan itu telah dilaksanakan oleh kuasanya.
S.188 AK 1950: Seseorang dengan tidak jujur mewakili dirinya sebagai seorang agen yang di beri kuasa oleh seorang lain, dan dengan itu mendorong seorang ketiga berurus dengannya sebagai agen tersebut, jika majikannya yang dikatakan itu tidak mengesahkan tindakannya itu, dia hendaklah memberi pampasan kepada orang ketiga itu tentang apa-apa kerugian atau ganti rugi yang dialaminya akibat membuat urusan dengannya.
S.150 AK 1950: Ratifikasi boleh dinyatakan atau boleh termaklum dalam kelakuan seseorang bagi pihaknya tindakan-tindakan dibuat.
· Ratifikasi boleh dilakukan sama ada secara nyata atau tersirat.
Kes: Muthuchellapa Chettiar lwn Indian Overseas Bank Ltd
KM: Pembayaran sebahagian bayaran oleh prinsipal atas overdraf yang disediakan oleh agennya, walaupun tanpa kuasa yang diberikan oleh prinsipal, merupakan ratifikasi secara tersirat.
Ratifikasi bersifat retrospektif (mempunyai kesan kuat kuasa ke belakang)
= Kontrak yang dibuat oleh agen itu dianggap sah / efektif pada tarikh kontrak itu dibuat oleh agen dan bukannya pada tarikh kontrak itu diratifikasi oleh prinsipal.
Kes: Bolton & Partners Ltd lwn Lambert
Pada 1 Mei, L membuat tawaran untuk membeli tanah daripada A (seorang pengurus dan agen kepada B). Pada 2 Mei, A menerima tawaran tersebut bagi pihak B sungguhpun A tidak mempunyai kuasa nyata ataupun zahir untuk berbuat demikian. Pada 4 Mei, L menarik balik tawaran itu. Pada 10 Mei, B meratifikasi tindakan A.
KM: Ratifikasi tersebut telah mengesahkan perbuatan A pada 2 Mei seolah-olah pada tarikh itu A berkuasa menerima tawaran bagi pihak B. Penerimaan sah berlaku pada 2 Mei dan L tidak boleh menarik balik tawarannya.
Agensi secara ratifikasi hanya boleh wujud jika syarat-syarat berikut dipenuhi:
i. Apabila agen bertindak melampaui kuasa yang diberikan oleh prinsipal (S.149 AK 1950) atau apabila seseorang bertindak seolah-olah dia ada kuasa sebagai agen (S.188 AK 1950) .
ii. Perbuatan yang dilakukan itu meskipun tidak dibenarkan atau tanpa kuasa, ianya tidaklah sesuatu yang melanggar undang-undang.
Kes: Brook lwn Hook
KM: Seorang prinsipal tidak boleh meratifikasikan tandatangannya yang telah dipalsukan.
iii. Pada masa kontrak itu dibuat, agen mestilah secara nyata bertindak bagi pihak prinsipal dan bukan di atas namanya sendiri.
Kes: Keighly Maxted & Co. lwn Durant
Seorang agen, iaitu Robert, telah diberi kuasa oleh perayu (prinsipal) bagi membeli gandum pada harga yang tertentu. Agen itu telah melampaui kuasanya dan membelinya pada harga yang lebih tinggi daripada kuasa yang ada padanya dengan menggunakan namanya sendiri tetapi dimaksudkan bagi perayu. Perayu bersetuju untuk mengambil gandum pada harga tersebut tetapi gagal mengambilnya semasa penyerahan.
KM: Tindakan agen yang membeli gandum pada harga yang lebih tinggi daripada yang diarahkan oleh prinsipal dengan menggunakan namanya sendiri, menjadikan prinsipal tidak terikat dengan tindakan tersebut.
iv. Semasa kontrak dibuat dan semasa ratifikasi dilakukan, agen mestilah mempunyai prinsipal yang sebenarnya wujud atau boleh ditentukan.
Kes: Kelner lwn Baxter
Suatu kontrak untuk membeli sebuah hotel yang dibuat oleh seorang agen bagi pihak syarikatnya yang akan ditubuhkan, tidak boleh diratifikasikan oleh syarikat kerana ia tidak wujud pada masa itu. Syarikat itu tiada keupayaan berkontrak untuk membuat kontrak.
KM: Agen bertanggungjawab bagi kontrak itu melainkan pihak ketiga bersetuju melepaskannya.
v. Prinsipal mestilah mempunyai keupayaan berkontrak pada masa kontrak itu dibuat dan pada masa membuat ratifikasi (S.136 AK 1950).
Kes: Boston Deep Sea Fishing & Ice Co. lwn Farnham
KM: Sekiranya prinsipal ialah musuh asing pada masa kontrak dibuat, secara jelasnya dia tidak boleh mengesahkan.
vi. Prinsipal mesti mengetahui segala urusan yang hendak diratifikasinya melainkan terdapat bukti bahawa beliau tidak peduli apa jua maklumat atau fakta dan dia memang berhasrat meratifikasikannya (S.151 AK 1950).
Kes: Fitzmaurice lwn Bayley
Seorang agen yang bertindak bagi pihak prinsipal membeli sebidang tanah untuknya, tetapi prinsipal kurang pasti apakah sebenarnya yang telah dipersetujui oleh agen dalam kontrak tersebut tetapi merasakan perlu untuk menyokong tindakan agen itu.
KM: Prinsipal telah meratifikasikan apa sahaja yang telah dipersetujui di antara agennya dan pihak ketiga.
vii. Prinsipal mesti meratifikasi keseluruhan kontrak atau tindakan agen (S.152 AK 1950).
viii. Ratifikasi mestilah tidak memudaratkan, merugikan atau menamatkan sebarang hak dan kepentingan pihak ketiga (S.153 AK 1950).
ix. Ratifikasi mestilah dilakukan dalam tempoh yang munasabah.
Kes: Metropolitan Asylum Board lwn Kingham & Sons
KM: Ratifikasi yang dibuat oleh prinsipal seminggu selepas kontrak pembelian telur ayam yang dibuat oleh agen tanpa kuasa itu, dianggap lewat dan tidak dibuat dalam waktu munasabah.
Kes: Grover & Grover lwn Mathews
KM: Polisi insurans kebakaran yang diratifikasi selepas kebakaran berlaku adalah tidak efektif.
x. Perbuatan atau kontrak yang disahkan oleh prinsipal itu hendaklah perkara-perkara yang sah di sisi undang-undang dan bukan satu penipuan atau ultra vires.
Syarat-syarat yang dinyatakan di atas mesti dipenuhi secara serentak. Apabila semua syarat dipenuhi, prinsipal yang mengesahkan tindakan agen itu akan bertanggungan atas segala tindakan agen.
4. Agensi secara keperluan / kecemasan
Agensi secara keperluan boleh timbul apabila seseorang yang diamanahkan dengan barangan orang lain terpaksa oleh keadaan melakukan sesuatu demi memelihara atau melindungi barangan itu, meskipun dia tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
S.142 AK 1950: Seseorang agen ada kuasa, dalam darurat, untuk melakukan semua tindakan yang berkenaan untuk tujuan melindung ketuanya daripada kerugian sebagaimana akan dilakukan oleh seseorang berhemat biasa, dalam kesnya sendiri, di bawah hal keadaan yang sama.
· Seorang agen berkuasa melakukan apa sahaja dalam masa kecemasan untuk mengelakkan kerugian kepada prinsipalnya. Tindakan agen dalam keadaan kecemasan ini adalah dalam keadaan seseorang yang berhemat biasa di mana sesiapa sahaja yang berada dalam kedudukan tersebut akan bertindak sama.
Kes: Great Northern Railway Co. lwn Swaffield
Syarikat kereta api membawa kuda defendan ke destinasi yang diarah. Apabila tiba di tempat tersebut, tiadasiapa yang datang untuk mengambilnya . Ketua stesen itu tidak mengetahui alamat defendan dan agennya dan mengarahkan supaya kuda itu diletakkan di kandang kuda. Syarikat kereta api kemudiannya menuntut bayaran bagi kandang kuda itu. Defendan enggan membayarnya.
KM: Plaintif bertindak sebagai agen kecemasan kepada defendan dan patut dibayar.
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum agensi secara keperluan boleh diwujudkan:
i. Mestilah wujud satu kecemasan yang sebenarnya.
Kes: Prager lwn Blatspiel Stamp & Heacock Ltd
Kulit binatang dibeli oleh S, seorang agen, bagi tujuan untuk dihantar kepada P. Oleh kerana peperangan berlaku, penghantaran tidak dapat dilakukan dan P pula tidak dapat dihubungi. S, lantas menjual kulit itu.
KM: Kulit binatang bukanlah barangan yang mudah rosak dan akan terpelihara jika disimpan di tempat yang sesuai. Tidak wujud keadaan kecemasan yang memaksa ianya dijual. S (agen) bertanggungan terhadap P (prinsipal).
Kes: Sachs lwn Milkos
Agen telah menjual perabot tanpa pengetahuan prinsipal atas alasan tiada tempat untuk menyimpan.
KM: Agensi kecemasan tidak wujud jika barang yang terlibat adalah jenis tahan lama dan bukan mudah rosak. Tujuan penjualan ialah untuk keselesaan, kecuali agen dapat membuktikan tempat simpanannya telah terbakar dan jika barang itu dibiarkan, boleh mengakibatkan kerosakan.
ii. Barang-barang prinsipal berada di bawah jagaan agen dan agen mestilah bertindak bagi maksud menyelamatkan atau melindungi prinsipal daripada sebarang kerugian.
Kes: Jebarra lwn Ottoman Bank
KM: Agensi secara keperluan hanya wujud apabila agen telah diarahkan untuk menjaga barang-barang kepunyaan prinsipal atau diarahkan menghantarkan barang-barang itu ke satu destinasi tertentu di mana kecemasan berlaku semasa barang-barang tersebut berada di bawah jagaan agen. Dengan itu, telah wujud satu kontrak agensi antara prinsipal dan agen secara termaklum.
iii. Agen mestilah menghubungi prinsipal terlebih dahulu (S.167 AK 1950). Jika prinsipal gagal dihubungi, baharulah agen boleh bertindak mengikut budi bicaranya (S.142 AK 1950).
Kes: Springer lwn Great Western Railway Company
Pihak plaintif meminta syarikat kereta api defendan menghantar buah-buah tomatonya dari Jersey ke pasar Covent Garden. Kapal yang mengangkut buah-buah tomato itu sampai lewat 3 hari di Weymouth kerana cuaca buruk. Pekerja defendan pula telah mengadakan mogok dan ini mnyebabkan buah-buah tomato itu telah busuk dan syarikat defendan mengambil keputusan menjualkan buah-buah tomato itu di pasaran setempat dengan harga yang lebih murah berbanding harga di pasar Covent Garden. Tindakan tersebut walau bagaimanapun dilakukan tanpa menghubungi pihak plaintif terlebih dahulu. Ini kerana, jika syarikat defendan memaklumkan keadaan tersebut kepada mereka, mereka pasti akan meminta buah-buah tomato itu dihantar serah menggunakan jalan raya.
KM: Tidak wujud agensi secara keperluan kerana syarikat defendan sepatutnya mestilah menghubungi pihak plaintif terlebih dahulu untuk mendapatkan arahan selanjutnya. Justeru, syarikat defendan bertanggungan.
iv. Tindakan agen itu dilakukan secara suci hati (bona fide) demi kepentingan prinsipalnya semata-mata tanpa sebarang niat atau tujuan lain.
v. Agen dan prinsipal telah menjalin hubungan agensi dari awal.
Syarat-syarat yang dinyatakan di atas mesti dipenuhi secara serentak. Apabila semua syarat dipenuhi, prinsipal akan bertanggungan atas segala tindakan agen perlu itu.
Kesan agen bertindak dalam kecemasan
i. Agen akan dilindungi daripada sebarang tuntutan oleh prinsipal.
ii. Agen berhak mendapat upah tambahan di atas usaha menyelamatkan harta prinsipal dan membuat tugas lebih daripada yang diarah.
iii. Wujud kontrak di antara prinsipal dan pihak ketiga.
5. Agensi secara persekatan (estopel)
Agensi secara persekatan boleh berlaku
i. apabila prinsipal itu sendiri yang telah mendorong pihak ketiga untuk mempercayai bahawa seseorang itu mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu bagi pihaknya, seolah-olah orang itu ialah agennya, maka prinsipal disekat oleh undang-undang daripada menafikan kuasa agen itu.
S.190 AK 1950: Apabila seorang agen, tanpa kuasa, melakukan tindakan-tindakan atau melakukan obligasi kepada pihak ketiga, bagi pihak prinsipalnya, prinsipal itu adalah terikat dengan tindakan-tindakan atau obligasi itu jika dia dengan perkataan atau kelakuan, mendorong pihak ketiga itu mempercayai bahawa tindakan-tindakan dan obligasi itu adalah dalam bidang kuasa agen.
Contoh:
A memberitahu X di hadapan P bahawa dia ialah agen P dan mempunyai kuasa untuk membuat kontrak bernilai RM20,000 bagi pihak P dan P pula tidak menafikan kenyataan itu. Hakikatnya, A hanya berkuasa memasuki kontrak yang bernilai tidak melebihi RM15,000. Prinsipal kemudiannya tidak boleh menafikan yang A ialah agennya sekiranya X menjual barang-barang bernilai RM18,000 kepada A dengan mempercayai bahawa A ialah agen P. X boleh mendakwa P bagi mendapatkan harga barang-barang itu kerana P disekat daripada menafikan kewujudan kuasa A.
ii. apabila prinsipal tidak memberitahu kepada pihak ketiga bahawa agennya tidak ada kuasa atau kuasa agen itu telah ditamatkan, tetapi agen terus bertindak mewakili prinsipal.
Prinsipal terikat dengan kontrak yang dibuat oleh agen tanpa mengira sama ada agen telah bertindak dengan atau tanpa pengetahuan prinsipal.
Agensi secara persekatan hanya berlaku apabila prinsipal, sama ada melalui tutur kata atau perbuatanya, telah menyebabkan pihak ketiga mempercayai bahawa seseorang itu mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu bagi pihaknya.
Agensi secara persekatan tidak berlaku, sekiranya pihak ketiga telah didorong oleh agen seorang sahaja.
Kes: Freeman & Lockyer lwn Buckhurst Park Properties Ltd
Terdapat 4 orang pengarah dalam sebuah syarikat. Salah seorang daripada pengarah, iaitu A, telah membuat kontrak bagi pihak syarikat dengan T (pihak ketiga) sedangkan A tiada kuasa untuk berbuat demikian. Pengarah-pengarah lain yang mengetahui hal tersebut tidak pula memberitahu kepada T tentang hal sebenar ataupun menghalang kontrak itu daripada dibuat. Ini membuatkan T terdorong untuk mempercayai A memang diberi kuasa untuk berkontrak dengannya.
KM: Syarikat tersebut disekat atau dihalang daripada menafikan bahawa A adalah agen syarikat dan tidak mempunyai kuasa untuk membuat kontrak itu.
Kes: Armagas lwn Mundagos, The Ocean Frost
KM: Agensi secara estopel tidak wujud seandainya agen yang telah menunjukkan kepada umum (pihak ketiga) bahawa dia adalah agen kepada prinsipal dan bukan daripada perbuatan atau tindakan prinsipal sendiri.
TANGGUNGJAWAB AGEN DAN PRINSIPAL
Segala tanggungjawab prinsipal dan agen akan bergantung kepada syarat-syarat kontrak agensi, sama ada secara nyata atau tersirat.
Jika tidak terdapat sebarang peruntukan mengenai tanggungjawab prinsipal dan agen dalam kontrak agensi tersebut, peruntukan yang terkandung dalam S.164 hingga S.178 AK 1950 akan diterima pakai.
Tanggungjawab agen terhadap prinsipal
1. Mematuhi arahan prinsipal.
2. Menjalankan urusan mengikut kelaziman sekiranya tiada arahan daripada prinsipal.
3. Melaksanakan tugas dengan berhati-hati, tekun dan mahir.
4. Mengemukakan akaun dengan betul.
5. Menyerahkan kepada prinsipal segala wang yang diterima.
6. Menghubungi prinsipal untuk mendapatkan arahan lanjut.
7. Tidak mewakilkan tugas atau kuasa kepada orang lain.
8. Tidak mendedahkan maklumat rahsia atau dokumen sulit prinsipal.
9. Tidak menerima untung rahsia.
10. Agen mestilah bertindak dengan suci hati dan tidak membiarkan kepentingan peribadi bercanggah dengan kepentingan prinsipal.
1. Mematuhi arahan prinsipal.
S.164 AK 1950: Seorang agen adalah terikat untuk menguruskan perniagaan prinsipalnya mengikut arahan yang diberi oleh prinsipal, atau, jika sekiranya tidak ada apa-apa arahan tersebut, mengikut adat biasa yang diamalkan dalam urusan perniagaan jenis sama di tempat di mana agen itu menguruskan perniagaannya. Apabila agen bertindak sebaliknya, jika apa-apa kerugian dialami, agen itu mesti membayar ganti rugi kepada prinsipalnya, dan, jika apa-apa keuntungan diperolehi, dia mesti membuat perkiraan mengenainya.
· Agen adalah terikat untuk menjalankan urusan mengikut arahan prinsipalnya. Kegagalan agen mematuhi arahan prinsipal merupakan suatu kemungkiran kontrak dan agen bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang dialami oleh prinsipal ekoran kegagalannya itu.
Agen tidak perlu patuh pada arahan prinsipal yang menyalahi undang-undang.
Kes: Turpin lwn Bilton
Seorang agen telah gagal membeli insrurans untuk kapal prinsipalnya apabila diarah berbuat demikian. Kapal tersebut kemudiannya hilang.
KM: Agen itu bertanggungan terhadap kerugian yang dialami oleh prinsipalnya.
Kes: Bostock lwn Jardine
Agen telah membuat tempahan barang melebihi daripada apa yang diarahkan oleh prinsipal.
KM: Agen bertanggungan ke atas tempahan yang lebih itu.

· Jika tiada arahan daripada prinsipal, agen mestilah bertindak mengikut kelaziman dalam menjalankan urusan prinsipalnya. Kegagalan agen berbuat demikian akan menjadikan agen bertanggungan atas segala kerugian yang dialami oleh prinsipalnya.
Misalan (b) S.164 AK 1950: B, seorang broker, dalam urusan perniagaannya tidak menjadi adat untuk menjual secara kredit, telah menjual barang-barang A kepada C secara kredit. Kredit C pada ketika itu adalah sangat tinggi. C, sebelum membuat bayaran, menjadi tidak solven. B mesti membayar ganti rugi kepada A.

S.165 AK 1950: Seorang agen adalah terikat untuk menguruskan perniagaan agensi dengan cukup kemahiran yang amnya ada pada orang-orang yang dilantik dalam urusan perniagaan yang sama, kecuali prinsipal mendapat notis tentang kurang kemahiran agen itu. Agen sentiasa terikat untuk bertindak dengan kerajinan yang berpatutan, dan menggunakan kemahiran yang ada padanya, dan membuat pampasan kepada prinsipal mengenai akibat secara langsung kecuaiannya sendiri, kurang mahir, atau salah laku, tetapi tidak mengenai kehilangan atau kerosakan yang mana telah berlaku secara tidak langsung atau jauh daripada itu yang disebabkan oleh kecuaian, kurang mahir atau salah laku.
Agen bertanggungjawab melaksanakan tugasnya dengan berhati-hati dan penuh usaha serta menggunakan kemahiran yang ada padanya.
Jika agen itu merupakan seorang profesional yang mempunyai kemahiran tertentu, dia mestilah melaksanakan tugasnya selaras dengan kemahiran yang sepatutnya ada pada orang yang berada dalam kerjaya sepertinya melainkan prinsipal telah mengetahui mengenai kekurangannya itu.
Jika agen melakukan kecuaian atau gagal melaksanakan urusan prinsipalnya dengan cekap, agen akan bertanggungan atas kerugian yang dialami oleh prinsipal ekoran kecuaian atau ketidakcekapannya itu.
Kes: Keppel lwn Wheeler
Keppel telah mengupah Wheeler untuk menjual sebuah rumah. Pada 29 Mei, E membuat tawaran, melalui Wheeler, untuk membeli rumah tersebut pada harga £6150. Tawaran ini telah diterima oleh Keppel ‘tertakluk kepada kontrak’. Pada 3 Jun pula, D menawarkan untuk membeli rumah tersebut pada harga £6750 tetapi tawaran ini telah tidak dimaklumkan oleh Wheeler kepada Keppel. Akibatnya, suatu kontrak bertulis antara Keppel dan E telah ditandatangani.
KM: Wheeler bertanggungan kepada Keppel untuk perbezaan harga antara dua tawaran tersebut.
4. Mengemukakan akaun dengan betul.
S.166 AK 1950: Seorang agen adalah terikat untuk memberi akaun-akaun yang sempurna kepada prinsipalnya apabila dituntut.
Agen dikehendaki memberi akaun-akaun yang betul kepada prinsipalnya berkenaan wang atau harta atau barang-barang yang diterima bagi pihak prinsipalnya.
Barang-barang prinsipal tidak sepatutnya dicampur dengan barang atau harta agen.
Kes: Lyell lwn Kennedy
KM: Agen yang telah diamanahkan dengan wang prinsipal adalah sama kedudukannya dengan seorang pemegang amanah dan terikat untuk menyimpan wang atau harta prinsipal itu berasingan daripada hartanya sendiri.

S.171 AK 1950: Tertakluk kepada potongan-potongan yang ditentukan dalam S.170, seorang agen adalah terikat untuk membayar kepada prinsipalnya semua jumlah wang yang diterima atas akaun prinsipalnya.
Agen mesti menyerahkan kepada prinsipal segala wang yang diterimanya bagi pihak prinsipal.
S.170 AK 1950: Seseorang agen boleh menyimpan, dari jumlah yang diterima atas akaun prinsipal dalam perniagaan agensi, semua wang yang terhutang kepadanya berkaitan dengan pendahuluan yang telah dibuat atau perbelanjaan wajar yang telah dibuat olehnya dalam urusan perniagaan itu, dan juga apa-apa saran yang boleh dibayar kepadanya kerana bertugas sebagai agen.
S.170 memberi hak kepada agen untuk menolak jumlah wang yang diterimanya bagi pihak prinsipal itu untuk pembayaran perkara-perkara berikut:
i. Semua wang yang terhutang padanya berkaitan dengan pendapatan atau perbelanjaan wajar yang telah dibuatnya dalam menjalankan tugas.
ii. Komisen atau ganjaran yang sepatutnya diterima oleh agen setelah selesai menjalankan tugas sebagai agen.
S.174 AK 1950: Agen berhak untuk menyimpan harta-harta atau dokumen-dokumen penting kepunyaan prinsipal sehinggalah dibayar upah atau ganjaran untuk tugas yang dilaksanakannya.
Hak agen untuk menyimpan atau menahan barang prinsipal ini disebut sebagai hak lien.
Kes: Parker (Harry) Ltd lwn Mason
KM: Untung yang diperoleh melalui pertaruhan lumba hendaklah diserahkan kepada prinsipal sekiranya kontrak agensi antara agen dan prinsipal tidak menyalahi undang-undang (Inggeris).

S.167 AK 1950: Adalah menjadi kewajipan seorang agen, dalam masa kesusahan, menggunakan segala usaha yang munasabah untuk berhubung dengan prinsipalnya, dan dalam soal untuk mendapatkan arahan-arahannya.
Agen mesti berusaha sedaya mungkin untuk menghubungi prinsipal dan untuk mendapatkan arahan lanjut daripada prinsipal apabila berlaku kesukaran atau kecemasan.
Jika agen telahpun berusaha sedaya mungkin, tetapi tidak dapat menghubungi prinsipal dan atas tujuan untuk menyelamatkan harta / brang-barang prinsipal yang berada di bawah jagaannya (terutamanya barang-barang yang mudah rosak), maka agen bolehlah bertindak mengikut budi bicara / kebijaksanaannya sendiri.

Prinsip ini selari dengan maxim delegatus non potest delegare.
Seseorang agen tidak boleh mewakilkan tugasnya atau kuasanya kepada orang lain. Agen yang dilantik itu sendiri mesti melaksanakan tugas yang diserahkan kepadanya.
S.143 AK 1950: Seseorang agen tidak boleh menggaji menurut undang-undang seorang agen lain untuk melaksanakan tindakan-tindakan yang mana dia sudah dengan nyata dan termaklum sanggup melaksanakannya sendiri, melainkan mengikut adat biasa perdagangan seorang agen kecil boleh, atau, dari segi kedudukan agensi itu, seorang agen kecil mesti diambil bekerja.
Keadaan-keadaan yang membenarkan sub agen dilantik:
i. Apabila prinsipal sendiri memberikan persetujuan untuk agen mewakilkan kuasanya kepada orang lain.
Kes: De Bussche lwn Alt
Prinsipal telah melantik seorang agen di China supaya menjual kapal pada harga yang tertentu. Agen tersebut tidak dapat menjual kapal itu dan dia mendapat kelulusan prinsipal bagi melantik sub agen untuk menjual kapal itu di Jepun.
KM: Perwakilan itu dibenarkan kerana terdapat persetujuan nyata oleh prinsipal.
ii. Sekiranya tindakan pihak-pihak menyebabkan anggapan bahawa agen perlu mempunyai kuasa mewakilkan kuasanya.
iii. Apabila timbul keadaan darurat atau kecemasan yang tidak dijangkakan.
iv. Jika tindakan yang hendak dilakukan itu adalah semata-mata tugas pengurusan atau perkeranian yang tidak melibatkan kebijaksanaan atau budi bicara.
Kes: John Mc Cann & Co lwn Pow
Seorang agen telah mewakilkan kuasanya kepada sub agen dalam penjualan rumah prinsipalnya.
KM: Agen tersebut tidak berhak mendapat komisen. Perwakilan kuasa itu tidaklah atas bidang tugas pengurusan semata-mata, tetapi tugas penjualan rumah itu bergantung kepada kebolehan peribadi seseorang bagi mendapatkan harga paling baik untuk prinsipalnya.

Agen bertanggungjawab untuk memastikan maklumat rahsia dan dokumen sulit prinsipal tidak didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga terutamanya mereka yang merupakan pesaing kepada pihak prinsipal.
Kegagalan agen untuk mematuhi kewajipan ini merupakan suatu pecah amanah.
Kes: L.S Harris Trustees Ltd lwn Power Packing Services (Hermit Road) Ltd
Kebakaran telah berlaku di gudang kepunyaan defendan. Defendan mengarahkan plaintif untuk menyediakan tuntutan di bawah polisi insurans kebakaran. Defendan telah menyerahkan beberapa dokumen yang mengandungi maklumat rahsia tentang polisi insurans kebakaran itu. Defendan melarang plaintif daripada mengemukakan maklumat tersebut kepada pelanggan defendan. Pengarah plaintif telah mengingkari larangan dan membocorkan maklumat rahsia kepada pelanggan defendan.
KM: Perbuatan plaintif sebagai agen yang membocorkan maklumat-maklumat rahsia mengenai polisi insurans kebakaran milik defendan, memberikan hak kepada defendan untuk menamatkan kontrak dan menuntut ganti rugi.
9. Tidak menerima untung rahsia.
Agen tidak boleh menggunakan kedudukannya untuk menerima untung rahsia.
Untung rahsia adalah merujuk kepada rasuah atau apa-apa faedah kewangan yang diterima oleh agen selain daripada komisen atau ganjaran-ganjaran yang sepatutnya diterima dalam kontrak agensi itu.
Kes: Industries and General Mortgage Co lwn lewis
Untung rahsia = Pembayaran komisen atau ganjaran atau apa-apa faedah kewangan selain daripada yang diterima oleh agen daripada pihak prinsipal.
S.168 AK 1950: Jika agen memaklumkan mengenai penerimaan tersebut kepada prinsipal dan prinsipal membenarkan agen mengambil untung berkenaan, agen bolehlah menyimpan untung itu kerana ia sudah tidak menjadi rahsia lagi.
Sekiranya agen didapati menerima untung rahsia, dan prinsipal tidak bersetuju mengenainya, prinsipal mempunyai remedi berikut:
i. Prinsipal berhak membatalkan atau menolak kontrak yang dimasuki oleh agen tersebut dengan pihak ketiga sekiranya dia merasakan bahawa kontrak itu tidak mendatangkan faedah baginya (S.168 AK 1950).
ii. Prinsipal boleh menuntut jumlah untung rahsia yang telah diterima oleh agen itu (S.169 AK 1950).
iii.
Kes: Tan Kiong Hwa lwn Andrew S.H. Chong
Plaintif membeli sebuah flat daripada sebuah syarikat. Defendan adalah pengarah dalam syarikat itu. Plaintif mengarahkan defendan sebagai agen untuk menjual flat itu pada harga RM45,000 tetapi defendan dapat menjualkannya pada harga RM54,000. Untung sebanyak RM9,000 dikreditkan ke dalam akaun syarikat. Syarikat itu kemudiannya telah bankrap dan dibubarkan.
KM: Plaintif berhak menuntut RM9,000 daripada defendan kerana defendan telah melanggar kewajipannya sebagai agen.
iv. Prinsipal berhak untuk tidak membayar komisen agen atau ganjaran lain.
Kes: Andrews lwn Ramsay & Co
Plaintif telah mengarahkan defenden menjualkan hartanya dan berjanji akan membayar komisen sebanyak £50 jika defendan berjaya menjualkan harta tersebut. Defendan kemudiannya berjaya mendapatkan pembeli yang kemudiannya membayar £100 sebagai deposit. Defendan menyerahkan kepada plaintif £50 dan menyimpan £50 lagi sebagai pembayaran komisennya atas persetujuan plaintif. Plaintif kemudiannya mendapat tahu bahawa defendan telah menerima £20 lagi daripada pihak pembeli sebagai komisen. Plaintif menuntut defendan mengembalikan komisen £50 yang telah dibayar itu bersama-sama dengan £20 yang didakwa plaintif sebagai untung rahsia.
KM: Plaintif berhak menuntut kedua-dua jumlah wang tersebut.
v. Prinsipal boleh memecat agen.
Kes: Boston Deep Sea Fishing & Ice Co. lwn Ansel
KM: Agen dipecat daripada tugasnya kerana menerima rasuah.
vi. Prinsipal boleh mendakwa agen dan pihak ketiga yang memberi untung rahsia tersebut dan menuntut ganti rugi bagi sebarang kerugian yang dialami daripada kontrak itu.
Kes: Mahesan lwn Malaysian Government Officers Co-Operat Housing Society Ltd
Perayu (agen) adalah seorang pengarah dan setiausaha syarikat kerjasama responden (prinsipal). Syarikat responden telah membeli tanah pada harga RM944,000 daripada seorang penjual yang terdahulu daripada itu membeli tanah tersebut pada harga RM456,000. Pihak perayu mengetahui perkara ini, tetapi gagal memberitahu syarikat responden. Selepas penjualan diselesaikan, syarikat responden mendapat tahu hal tersebut dan juga fakta bahawa pihak perayu telah menerima RM122,000 sebagai rasuah atau komisen rahsia daripada penjual bagi penjualan tanah tersebut.
KM: Syarikat perumahan itu boleh menuntut sama ada rasuah itu, atau jumlah kerugian sebenar yang dialami olehnya sebagai hasil daripada memasuki kontrak tersebut.
vii. Prinsipal boleh mengambil tindakan di bawah undang-undang jenayah ke atas agen dan pihak ketiga yang memberi rasuah itu.

Agen tidak boleh membiarkan kepentingan peribadi bercanggah dengan kepentingan prinsipal.
Agn mesti bertindak semata-mata untuk kepentingan prinsipalnya, bukan untuk kepentingannya.
Bertindak dengan suci hati merujuk kepada keadaan-keadaan berikut:
i. Agen bukanlah pihak yang berurusniaga dengan prinsipalnya.
Kes: Armstrong lwn Jackson
Agen telah diarahkan membeli saham oleh prinsipalnya. Agen telah menjualkan sahamnya sendiri kepada prinsipal tanpa memberitahunya terlebih dahulu.
KM: Agen tidak boleh menjadi pihak yang membuat transaksi dengan prinsipalnya.
Kes: Wong Mun Wai lwn Wong Tham Fatt & SL
KM: Defendan pertama telah gagal melaksanakan tugas sebagai agen kepada plaintif kerana dua sebab:
i. Dia telah menjual sebahagian tanah plaintif dengan harga yang rendah daripada pasaran
ii. Dia menjualkannya kepada defendan kedua (isterinya sendiri), tanpa memberitahu plaintif.
Defendan pertama mempunyai tanggungjawab untuk bertindak dengan suci hati dalam menjaga kepentingan plaintif dan tidak sepatutnya menggunakan kedudukannya untuk mengaut keuntungan daripada plaintif.
Kes: McPherson lwn Watt
Seorang peguam telah diarahkan oleh prinsipalnya untuk menjual hartanah miliknya. Peguam tersebut telah menggunakan nama abangnya untuk membeli hartanah tersebut.
KM: Transaksi jual beli hartanah tersebut adalah tidak sah kerana peguam berkenaan telah bertindak untuk kepentingan dirinya sendiri dan bukannya untuk kepentingan prinsipalnya. Fakta bahawa hartanah itu dibeli pada harga yang berpatutan adalah tidak relevan.
S.168 AK 1950: Sekiranya prinsipal mendapat tahu hal ini dan dia tidak bersetuju mengenainya, prinsipal mempunyai hak untuk membatalkan transaksi itu meskipun agen telah bertindak dengan tidak mendapat apa-apa keuntungan dalam penjualan tersebut.
ii. Agen tidak sepatutnya bertindak sebagai wakil kepada 2 orang prinsipal sekali gus tanpa mendapat kebenaran dari kedua-duanya.
Kes: Fullwood lwn Hurley
Agen telah menjadi wakil kepada dua pihak, iaitu plaintif dan pihak ketiga. Agen telah menuntut bayaran komisen daripada kedua-dua pihak tanpa pengetahuan dan kebenaran mereka.
KM: Agen tersebut telah melanggar tanggungjawab terhadap prinsipal dengan tidak bertindak dengan suci hati.
iii. Agen dikehendaki memberitahu prinsipal semua perkara yang berkaitan dalam perniagaan agensi tersebut dan tidak mendedahkan maklumat-maklumat sulit kepada orang lain.
Agen tidak akan membocorkan rahsia yang diamanahkan oleh prinsipal kepadanya.
iv. Segala wang atau apa-apa keuntungan yang diterima mesti dimasukkan ke dalam akaun prinsipal.
Agen tidak boleh mencampurkannya dengan wangnya sendiri.

S.169 AK 1950: Prinsipal berhak menuntut apa-apa faedah daripada agen yang telah diperolehi daripada transaksi yang dibuat, meskipun tiada apa-apa kerugian dialami oleh prinsipal.
Tanggungjawab prinsipal terhadap agen
1. Membayar komisen atau lain-lain ganjaran yang telah dipersetujui dalam kontrak agensi setelah agen selesai menjalankan tugasnya.
S.172 AK 1950: Jika sekiranya tidak ada apa-apa kontrak khas, bayaran bagi pelaksanaan sesuatu tindakan belum boleh dibayar kepada agen sehingga selesai tindakan itu, tetapi seorang agen boleh menyimpan wang yang diterimanya mengenai barang-barang yang telah dijual, walaupun semua barang-barang yang diserahkan kepadanya untuk dijual mungkin belum lagi dijual, ataupun walaupun jualan belum sebenarnya selesai.
Jumlah upah, ganjaran atau komisen yang perlu dibayar adalah tertakluk kepada persetujuan yang dibuat dalam kontrak agensi.
Jika tiada jumlah yang telah dipersetujui, prinsipal mesti membayar agen jumlah yang munasabah berdasarkan prinsip quantum meruit.
S.173 AK 1950: Seorang agen yang didapati bersalah kerana salah laku dalam perniagaan agensi tidak berhak menerima apa-apa saraan berkaitan dengan bahagian perniagaan yang dia telah salah lakukan.
· Agen tidak berhak menuntut bayaran upah apabila dia telah
membuat salah laku ketika menjalankan tugasnya.
Kes: Andrews lwn Ramsay & Co
KM: Prinsipal tidak perlu membayar komisen kepada agen yang telah menerima rasuah atau untung rahsia dalam menjalankan tugasnya.
2. Prinsipal tidak akan menyekat atau menghalang agen dengan sengaja daripada mendapatkan komisennya.
Mendapat komisen merupakan hak agen.
Contoh-contoh keadaan di mana prinsipal menyekat atau menghalang agen dengan sengaja daripada mendapatkan komisennya:
i. Prinsipal menolak kontrak yang dibuat oleh agen.
ii. Prinsipal mengupah agen lain untuk melakukan kerja yang sama dengan agen asal, semata-mata untuk menghalang agen asal daripada mendapat komisen.
iii. Apabila agen telah dilantik untuk mendapatkan pembeli kepada harta atau barang prinsipal, tetapi prinsipal sendiri telah mendapatkan pembeli itu.
Kes: Christie, Owen & Davies lwn Rapaciol
Prinsipal melantik agen untuk mendapatkan pembeli bagi hartanya. Agen berjaya menghubungkan pembeli (pihak ketiga) dengan prinsipal. Pembeli membuat tawaran untuk membeli dan membuat bayaran pendahuluan serta menandatangani satu salinan kontrak. Prinsipal enggan meneruskan kontrak, sedangkan pembeli benar-benar mengharapkan prinsipal bersetuju menjualkan hartanya itu. Agen menuntut bayaran komisen daripada prinsipal.
KM: Agen berhak mendapat komisen itu.
3. Prinsipal akan membayar semua ganti rugi kepada agen di atas tindakan-tindakan yang dilakukan oleh agen dalam menjalankan tugasnya dalam bidang kuasa yang diberi oleh prinsipal.
Hak-hak agen untuk menuntut bayaran ganti rugi wujud dalam situasi-situasi berikut:
i. Apabila agen telah menanggung perbelanjaan dan kerugian dalam pelaksanaan tugasnya.
S.175 AK 1950: Majikan kepada seorang agen adalah terikat untuk menanggung rugi kepadanya akibat semua tindakan menurut undang-undang yang dilakukan oleh agen dalam menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya.
Kes: Hichens, Harrison, Woolston & Co. lwn Jackson & Sons
KM: Agen berhak untuk dibayar ganti rugi di atas segala perbelanjaan yang telah ditanggungnya dalam menjalankan tugas yang diberi dan prinsipal hendaklah membayar semula wang yang telah didahulukan oleh agen dan menanggung apa-apa kerugian.
ii. Apabila agen telah menyebabkan pihak ketiga mengalami bencana meskipun menjalankan tugasnya dengan suci hati.
S.176 AK 1950: Apabila seseorang mengambil kerja seorang lain untuk melakukan suatu tindakan, dan agen itu melakukan tindakan itu dengan niat baik, pihak majikan akan dikenakan tanggungan rugi kepada agen akibat tindakan itu, walaupun tindakan itu akan menyebabkan kecederaan kepada hak-hak orang ketiga.
Kes: Yeo Tin Sang lwn Lim Choo kee
KM: Prinsipal adalah bertanggungjawab bersama-sama sekiranya agen telah bertindak dalam bidang kuasanya tetapi telah menyebabkan kerugian kepada pihak ketiga, meskipun tugasnya dijalankan dengan niat yang baik.
iii. Agen berhak mendapat pampasan atau ganti rugi sekiranya mengalami kecederaan disebabkan kecuaian prinsipal atau kurang kemahirannya.
S.178 AK 1950: Prinsipal mesti memberi pampasan kepada agennya sekiranya berlaku kecederaan kepada agen itu disebabkan oleh pengabaian prinsipal atau kurang kemahiran.
Misalan S.178 AK 1950: A mengambil kerja B, sebagai pemasang batu-bata untuk membina sebuah rumah dan memasang scaffolding sendiri. Scaffolding itu dipasang tanpa kemahiran. Akibatnya B tercedera. A mesti memberi pampasan kepada B.
Pengecualian:
S.177 AK 1950: Apabila seseorang mengambil kerja seorang lain untuk melakukan suatu tindakan yang berupa jenayah, majikan itu tidak boleh dikenakan tanggungan kepada agen itu, sama ada atas suatu perjanjian nyata atau termaklum, untuk menanggung rugi agen itu daripada akibat tindakan itu.
Agen tidak perlu patuh kepada arahan prinsipal yang berunsur jenayah. Sekiranya agen patuh, agen akan bertanggungan sendiri atas perbuatannya itu. Prinsipal tidak akan bertanggungjawab, sama ada secara nyata atau tersirat, untuk menjamin agen akan akibat perbuatannya itu.
KUASA-KUASA AGEN
Prinsipal hanya akan terikat terhadap tindakan yang dibuat oleh agen sekiranya tindakan agen itu adalah dalam bidang kuasa yang diberikan oleh prinsipal.
Kuasa agen boleh dibahagikan kepada dua kategori:
1. Kuasa sebenar (actual authority)
= Kuasa yang diberi oleh prinsipal kepada agen secara perjanjian.
S.139 AK 1950: Kuasa seseorang agen boleh dinyatakan atau termaklum.
Jenis-jenis kuasa sebenar:
i. Kuasa sebenar nyata
= Kuasa sebenar yang diberi oleh prinsipal kepada agen secara nyata sama ada melalui lisan atau tulisan.

(a) Dalam perjanjian bertulis antara A dan B, A sebagai prinsipal melantik B sebagai agennya bagi memasarkan barangan syarikatnya di Kuala Lumpur. B dikatakan telah dilantik oleh A secara bertulis iaitu dalam perjanjian, sebagai agen pemasarannya.
(b) A berkata kepada B, “Tolong jualkan kereta Proton Iswara saya ini kepada sesiapa yang berminat dengan harga tidak kurang daripada RM17,000”. A melantik B secara lisan sebagai agen jualan keretanya.
ii. Kuasa sebenar termaklum / tersirat
= Kuasa sebenar yang boleh diandaikan daripada keadaan-keadaan yang berkaitan atau perlakuan pihak-pihak atau disimpul daripada benda-benda yang disebut atau bertulis.

Kuasa sebenar boleh disiratkan daripada keadaan-keadaan berikut:
(a) Dalam menjalankan kuasa nyata yang diberikan oleh prinsipal, agen boleh bertindak dengan menggunakan semua kuasa yang munasabah dan sepatutnya perlu dalam menjalankan tugas itu.
Contoh:
Prinsipal melantik agen bagi menjual keretanya dan menyerahkan kereta tersebut untuk disimpan oleh agen.
Kuasa sebenar tersirat: Mana-mana pembeli boleh memandu uji kereta tersebut sebelum membuat keputusan sama ada ingin membelinya atau tidak.
(b) Berpandukan kepada keadaan-keadaan kes tertentu.
Contoh:
Prinsipal melantik agen untuk membuka kilang kain di Kelantan dengan kos sebanyak RM250,000.
Kuasa sebenar tersirat: Agen boleh membeli mana-mana kilang kain yang sedia wujud di Kelantan pada harga yang kurang atau bersamaan dengan RM250,000.
(c) Kelaziman atau adat resam perniagaan.
Contoh:
Bank (prinsipal) yang ingin melelong satu hartanah telah melantik pelelong (agen) bagi tugas itu.
Kuasa sebenar tersirat: Pelelong lazimnya berhak mengeluarkan notis lelong di dalam akhbar, menampalkan notis atau iklan lelong di pejabat tanah dan balai raya serta menghubungi pembeli-pembeli yang berminat.
(d) Keadaan dan situasi serta kelakuan pihak-pihak berkenaan.
Contoh:
Prinsipal mengupah agen mengecat rumahnya dengan cat warna putih. Oleh kerana tidak cukup cat putih, agen menggunakan cat warna kuning air dan prinsipal tidak mempertikaikan warna cat tersebut apabila kerja mengecat selesai dibuat.
Kuasa sebenar tersirat: Agen berhak menukar warna cat kepada kuning air berdasarkan perbuatan prinsipal yang menyetujui tindakan agen.
2. Kuasa zahir (apparent authority / ostensible authority
= Kuasa yang diandaikan oleh pihak ketiga yang berurusan dengan agen itu, sungguhpun pada hakikatnya agen tersebut tidak mempunyai kuasa itu. Undang-undang menganggap prinsipal terikat walaupun prinsipal tidak memberikan kuasa kepada agen untuk melakukan tindakan tersebut.
Kuasa zahir boleh wujud dalam 2 keadaan:
i. Apabila prinsipal melalui perkataan yang diucapkannya atau tindakannya mendorong untuk pihak ketiga mempercayai bahawa agennya diberi kuasa untuk membuat kontrak tertentu bagi pihaknya.

Perbuatan atau kelakuan prinsipal yang diperlihatkan kepada pihak ketiga itu telah mewujudkan kuasa zahir.
Kuasa zahir adalah berdasarkan kepada representasi yang dibuat oleh prinsipal kepada pihak ketiga.
Contoh:
A memberitahu B di hadapan C bahawa dia (A) ialah agen C dan C tidak menafikan kenyataan itu. Sekiranya B menjual barang-barang kepada A, dengan mempercayai bahawa A ialah agen C, maka B boleh mendakwa C bagi mendapatkan harga barang-barang itu.
(ii) Apabila agen sebelum ini mempunyai kuasa untuk mewakili prinsipal tetapi kuasa itu telah ditamatkan oleh prinsipal dan perkara ini tidak diberitahu atau diketahui oleh pihak ketiga.
Prinsipal bertanggungan bagi semua perbuatan agen yang tergolong di bawah kuasa sebenar dan kuasa zahir.
KATEGORI PRINSIPAL
1. Prinsipal yang dinamakan (named principal) = Prinsipal yang namanya telah didedahkan kepada pihak ketiga oleh agen.
2. Prinsipal yang diberitahu (disclosed principal) = Prinsipal yang kewujudannya diberitahu kepada pihak ketiga oleh agen tetapi pengenalannya tidak didedahkan.
3. Prinsipal yang tidak diberitahu (undisclosed principal) = Prinsipal yang kewujudan dan pengenalannya tidak didedahkan kepada pihak ketiga semasa kontrak dilakukan. Pihak ketiga hanya mengetahui pengenalan prinsipal setelah kontrak dibuat.
KESAN KONTRAK YANG DIBUAT OLEH AGEN
1. Agen yang membuat kontrak bagi pihak prinsipal yang dinamakan.
Kaedah am:
S.183 AK 1950: Jika sekiranya tidak ada apa-apa kontrak yang bermaksud sedemikiannya, seseorang agen tidak boleh dengan sendirinya menguatkuasa kontrak-kontrak yang dibuat olehnya bagi pihak prinsipalnya, dan tidak juga dia sendiri terikat dengan kontrak-kontrak itu.
· Agen yang bertindak bagi pihak prinsipal yang dinamakan tidak
akan menanggung apa-apa tanggungan dan tidak memperolehi apa-apa hak.
S.179 AK 1950: Kontrak-kontrak yang dibuat melalui seorang agen, dan obligasi yang berbangkit daripada tindakan-tindakan yang dilakukan oleh seorang agen, boleh dikuatkuasakan dalam cara yang sama, dan akan mempunyai akibat-akibat di sisi undang-undang yang sama seolah-olah kontrak-kontrak itu telah dibuat dan tindakan-tindakan itu telah dilakukan oleh prinsipal itu sendiri.
Pengecualian:
Agen boleh secara peribadi bertanggungjawab dalam keadaan-keadaan berikut:
i. Agen sendiri bersetuju untuk bertanggungjawab di atas kontrak yang dibuat bagi pihak prinsipalnya.
Kes: Ching Yuen Tung lwn Bep Aketik
Responden dan pihak perayu sememangnya pernah berurusan sebelumnya di mana perayu meminta responden untuk membuat laporan penilaian berkenaan tanah. Pihak perayu meminta responden membuat laporan penilaian sebidang tanah yang terletak di Sandakan. Atas permintaan pihak perayu, satu salinan laporan itu dihantar oleh responden kepada sebuah syarikat di New York (prinsipal kepada perayu). Apabila responden menuntut bayaran di atas tugas itu, pihak perayu menyatakan bahawa mereka hanyalah bertindak sebagai agen luar negera pihak syarikat di New York itu.
KM: Adalah munasabah bagi pihak responden menuntut bayaran daripada pihak perayu. Pihak perayu telah menyatakan cara pembayaran atas tugas yang dilaksanakan adalah sama seperti urus niaga sebelumnya iaitu pembayaran dibuat oleh pihak perayu. Tidak pula terdapat kenyataan bahawa bayaran itu akan dibuat oleh syarikat di New York.
ii. Apabila agen telah membuat perjanjian di atas namanya sendiri.
iii. Apabila agen menandatangani instrumen boleh niaga di atas namanya sendiri tanpa menjelaskan bahawa dia hanya menandatanganinya sebagai seorang agen.
iv. Apabila agen bertindak melampaui bidang kuasa yang diberikan oleh prinsipal dan kontrak yang dibuatnya tidak diratifikasikan oleh prinsipal.
v. Sekiranya amalan perdagangan menjadikan agen itu bertanggungjawab.
2. Agen membuat kontrak dengan pihak ketiga tetapi hanya mendedahkan kewujudan prinsipalnya tanpa memberitahu namanya.

· Agen yang bertindak bagi pihak prinsipal yang diberitahu tidak

Agen akan bertanggungjawab bersendirian
i. apabila kontrak dibuat oleh agen untuk jualan atau belian barang-barang bagi pedagang yang bermastautin di luar negara. (S.183(a) AK 1950).
ii. apabila agen tidak mendedahkan nama prinsipalnya di dalam situasi di mana prinsipal tidak boleh didakwa. (S.183(b) & (c) AK 1950).
iii. apabila prinsipal, walaupun namanya didedahkan, tidak boleh didakwa.
Contoh: Prinsipal ialah orang yang tidak sempurna akal / kanak-kanak / duta luar negara.
S.186 AK 1950: Dalam hal apabila seorang agen sendiri bertanggung, seseorang membuat urusan dengannya boleh menganggap sama ada agen atau prinsipalnya, atau kedua-duanya sekali, bertanggung.
3. Agen membuat kontrak dengan pihak ketiga dan kewujudan atau identiti prinsipal langsung tidak diberitahu kepada pihak ketiga.
Pihak ketiga yang membuat kontrak dengan agen yang disangkakan oleh pihak ketiga sebagai prinsipal, adalah terikat dengan kontrak itu, meskipun selepas kontrak dibuat, pihak ketiga itu mengetahui perkara sebenar iaitu agen mewakili seorang prinsipal dalam kontrak itu.
i. Hak pihak ketiga

Beberapa bahan kimia dan baja telah dipesan oleh responden untuk mereka dan bukannya bagi pihak prinsipal. Apabila perayu menuntut baki harga barang itu, responden telah menafikan tanggungan dengan alasan bahawa barang-barang itu dipesan bagi pihak orang lain.
KM: Responden berkontrak bagi pihak mereka dan sekiranya mereka adalah agen kepada prinsipal, mereka telah berkontrak dalam cara yang menjadikan mereka bertanggungjawab secara peribadi.
ii. Hak prinsipal
S.184(a) AK 1950: Jika seorang agen mengikat suatu kontrak dengan seseorang yang tidak tahu atau tidak ada sebab mengesyaki, bahawa orang itu seorang agen, prinsipalnya mungkin memerlukan pelaksanaan kontrak itu, tetapi pihak yang lagi satu kepada kontrak itu, seperti juga prinsipal, mempunyai hak-hak yang sama sebagaimana yang dipunyai oleh agen itu sekiranya agen itu seorang prinsipal.
S.185 AK 1950: Apabila seseorang membuat suatu kontrak dengan seorang lain, tidak tahu atau tidak mempunyai alasan munasabah mengesyaki yang seorang lagi itu seorang agen, pihak prinsipal, jika dia memerlukan pelaksanaan kontrak itu, hanya boleh dapat pelaksanaannya tertakluk kepada hak-hak dan obligasi yang ada di antara agen dengan pihak yang lagi satu kepada kontrak.
· Hak-hak prinsipal bagi pelaksanaan oleh pihak ketiga, adalah tertakluk kepada hak dan obligasi yang wujud di antara agen dan pihak ketiga.
Contoh:
A = Penghutang / agen kepada C / penjual perabot milik C
B = Pemiutang / pembeli perabot
C = Prinsipal kepada A
A berhutang sebanyak RM1,500 daripada B. A telah menjual perabot yang bernilai RM2,000 kepada B. B tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa A adalah seorang agen. C tidak boleh memaksa B untuk membeli perabot itu tanpa menolak hutang A terhadap B.
S.184(b) AK 1950: Jika seorang prinsipal mengenalkan dirinya demikian sebelum kontrak itu selesai, pihak yang lagi satu kepada kontrak itu mungkin enggan mematuhi kontrak, jika dia boleh tunjukkan bahawa, jika dia telah tahu siapa prinsipal dalam kontrak, atau jika dia telah tahu bahawa agen itu bukan prinsipal, dia tidak akan memasuki kontrak itu.
Contoh:
(a) Sekiranya pihak ketiga mengetahui siapa prinsipal itu sebelumnya, dia mungkin tidak mahu meneruskan kontrak tersebut.
(b) Jika pihak ketiga mengetahui bahawa agen itu bukan prinsipal, dia tidak akan membuat kontrak itu.
iii. Hak agen terhadap pihak ketiga
Apabila agen telah bertindak dalam semua transaksi dengan pihak ketiga seolah-olah dia adalah pihak yang berkontrak dengan pihak ketiga, agen mempunyai hak untuk mendakwa pelaksanaannya seolah-olah apa yang dilakukan adalah untuk dirinya.
S.189 AK 1950: Seseorang dengannya suatu kontrak sudah dibuat berlaku sebagai seorang agen adalah tidak berhak memerlukan pelaksanaan kontrak itu jika dia sebenarnya berlagak, bukan sebagai agen, tetapi atas tindakannya sendiri.
· Sekiranya seseorang dengan salahnya berkontrak dengan seseorang yang lain sebagai agen, yang mana dalam keadaan yang sebenarnya dia bertindak bagi dirinya sendiri, maka orang itu adalah tidak berhak menguatkuasakan kontrak itu.
SUB AGEN / AGEN KECIL

S.144 AK 1950: Seseorang ‘agen kecil’ ialah seorang diambil kerja oleh, dan bertindak di bawah kawalan agen asal dalam urusan perniagaan agensi itu.
· Orang yang dilantik oleh agen disebut sub agen / agen kecil.
Di antara sub agen dan prinsipal, tidak terdapat pertalian kontrak kerana sub agen bukanlah bertindak di bawah kawalan prinsipal.
Perhubungan di antara agen dan sub agen adalah seperti prinsipal dan agen.
Agen bertanggungan terhadap prinsipalnya dan juga bertanggungan kepada sub agen.
Prinsipal hanyalah mempunyai hak-hak dan tanggungan terhadap agen.
Sekiranya pelantikan sub agen tidak dipersetujui oleh prinsipal, maka agen sendiri yang akan bertanggungjawab kepada prinsipal dan pihak ketiga bagi segala perbuatan dan salah laku sub agen. Prinsipal tidak akan dipertanggungjawabkan di atas perbuatan-perbuatan sub agen itu melainkan prinsipal meratifikasikannya.
Kesan lantikan sub agen:
1. S.145(1) AK 1950: Jika seorang agen kecil dilantik dengan sempurna, prinsipal adalah diwakilkan oleh agen kecil setakat mengenai orang-orang ketiga, dan adalah terikat dan bertanggungjawab terhadap tindakan-tindakan seolah-olah dia adalah seorang agen yang pada mulanya telah dilantik oleh prinsipal.
Sekiranya pelantikan sub agen dipersetujui oleh prinsipal, pihak ketiga adalah terikat dengan tindakan sub agen, seolah-olah sub agen itu adalah agen prinsipal yang asal. Dengan itu, agen yang telah melantik sub agen tidak akan bertanggungjawab kepada pihak ketiga bagi apa-apa perbuatan salah yang dilakukan oleh sub agen itu, kerana prinsipal yang dipertanggungjawabkan, kecualilah agen itu adalah pihak yang terlibat dalam perbuatan tipuan atau kesalahan yang disengajakan.
2. S.145(2) AK 1950: Seseorang agen adalah bertanggungjawab kepada prinsipal kerana tindakan-tindakan agen kecil itu.
3. S.145(3) AK 1950: Seseorang agen kecil adalah bertanggungjawab atas tindakan-tindakannya kepada agen, tetapi tidak kepada prinsipal, melainkan dalam perkara frod atau salah sengaja.
· Sub agen hanya bertanggungan kepada agen. Dalam
perkara-perkara yang dilakukan
olehSub agen yang melibatkan tipuan atau kesalahan-kesalahan yang disengajakan, prinsipal boleh mendakwa sama ada agen atau sub agen atau kedua-duanya sekali di atas perbuatan itu.
Kes: Hedley Byrne lwn Heller & Partners Ltd
KM: Prinsipal boleh mengambil tindakan di bawah undang-undang tort ke atas sub agen yang telah membuat kenyataan yang cuai mengakibatkan kerugian pada prinsipal.
AGEN GANTI
S.147 AK 1950: Jika seorang agen, mempunyai kuasa yang nyata dan termaklum untuk menamatkan seorang lain untuk mewakili prinsipal dalam perniagaan agensi, menamakan seorang lain demikian, orang itu bukanlah seorang agen kecil, tetapi seorang agen prinsipal bagi bahagian tertentu perniagaan agensi yang diamanahkan kepadanya.
· Apabila agen asal diberi kuasa untuk melantik orang lain sebagai agen kepada prinsipal bagi sesuatu urusan tertentu sahaja, agen lain itu dinamakan agen ganti. Agen ganti dianggap sebagai agen kepada prinsipal dan bukannya sub agen kepada agen asal untuk bahagian kerja yang diamanahkan kepadanya.
Misalan (a) S.147 AK 1950: A mengarahkan B, peguambelanya, untuk menjual estetnya secara lelong dan mengambil kerja seorang pelelong untuk tujuan tersebut. B, menamakan C, seorang pelelong untuk menguruskan jualan. C bukanlah seorang agen kecil, tetapi agen A, untuk menguruskan jualan.
S.148 AK 1950: Dalam pemilihan seorang agen tertentu untuk prinsipalnya, seorang agen adalah terikat untuk menjalankan nilai budi bicara yang sama sebagaimana yang dijalankan oleh seorang yang berhemat biasa dalam kesnya sendiri. Jika dia berbuat demikian, dia tidak bertanggungjawab kepada prinsipal bagi tindakan-tindakan atau kecuaian agen yang telah dipilih itu.
Misalan (a) S.148 AK 1950: A mengarahkan B, seorang saudagar, membeli untuknya sebuah kapal. B mengambil kerja juru ukur kapal yang terkenal untuk memilih sebuah kapal untuk A. Juru ukur itu membuat pilihan secara cuai dan kapal itu didapati tidak sesuai untuk laut dan tenggelam. Juru ukur itu adalah bertanggungjawab kepada A dan bukannya kepada B.
PENAMATAN HUBUNGAN AGENSI
1. Penamatan agensi melalui tindakan pihak-pihak yang berkenaan
(a) Apabila pihak yang berkenaan (prinsipal dan agen) bersama-sama bersetuju untuk menamatkan agensi itu.
(b) Apabila prinsipal menamatkan kuasa agen.
S.154 AK 1950: Agensi adalah ditamatkan oleh prinsipal membatalkan kuasanya; atau oleh agen melepaskan perniagaan agensi; atau oleh perniagaan agensi yang sudah selesai; atau oleh prinsipal atau agen yang menghadap mati atau menjadi tidak sempurna akal; atau oleh prinsipal yang dihukum atau diisytiharkan bankrap atau tidak solven.
S.156 AK 1950: Prinsipal boleh, melainkan sebagaimana yang diperuntukkan sebaliknya oleh seksyen akhir yang terdahulu, membatalkan kuasa yang diberi kepada agennya pada bila-bila masa sebelum kuasa itu sudah dijalankan supaya prinsipal terikat dengannya.
S.160 AK 1950: Pembatalan dan pelepasan hendaklah ternyata atau termaklum dalam kelakuan prinsipal atau agen, berasingan.
S.159 AK 1950: Notis munasabah mesti diberi tentang pembatalan atau pelepasan. Jika tidak, kerugian yang akan dialami oleh prinsipal atau agen, yang mana yang berkenaan, mestilah dibayar ganti rugi oleh salah seorang kepada seorang yang lain.
Kes: Sohrabji lwn Oriental Security Assurance Co
KM: Dalam perhubungan agensi yang hampir 50 tahun diwujudkan, notis penamatan 3½ bulan dianggap tidak memadai. Notis 2 tahun adalah munasabah dan berpatutan.
Ukuran ganti rugi bagi penamatan kuasa agen yang dibuat tanpa notis yang munasabah adalah satu jumlah yang mungkin diperoleh oleh agen seandainya dia tidak dihalang daripada meneruskan urusannya.
S.158 AK 1950: Jika ada kontrak nyata atau termaklum bahawa agensi hendaklah diteruskan urusannya bagi apa-apa tempoh masa, prinsipal mesti membuat pampasan kepada agen, atau agen membuat pampasan kepada prinsipal, yang mana yang berkenaan, untuk apa-apa pembatalan atau pelepasan agensi sebelumnya tanpa cukup balasan.
Dalam keadaan-keadaan tertentu, penamatan kuasa agen oleh prinsipal boleh disekat atau dikecualikan:
i. Apabila agen mempunyai kepentingan dalam harta yang berkaitan dengan perkara pokok dalam hubungan agensi itu.
S.155 AK 1950: Jika seorang agen sendiri ada kepentingan dalam harta yang berkaitan dengan hal perkara agensi, agensi itu tidak boleh, jika sekiranya tidak ada suatu kontrak ternyata, ditamatkan dan menjadi mudarat kepada kepentingan itu.
Kes: Smart lwn Sanders
Seorang faktor (agen) diamanahkan untuk menjual barang-
barang prinsipal, telah membuat pembayaran kepada prinsipal terlebih dahulu dengan mendapat jaminan barang-barang yang ada dalam pemilikannya.
KM: Agensi tidak boleh ditamatkan oleh prinsipal kerana faktor mempunyai kepentingan dalam barang-barang tersebut apabila telah membuat pembayaran atas jaminan barang-barang itu.
Kes: Firth lwn Firth
KM: Kuasa am seorang faktor (agen) yang mempunyai pemilikan barang-barang prinsipal untuk jualan kemudian menjual barang-barang itu dengan harga yang sebaik mungkin, maka kuasa faktor ini tidak boleh dibatalkan Selagi bayaran pendahuluan yang dibuatnya atas jaminan barang-barang itu masih tidak dibayar.
ii. Apabil agen telahpun menjalankansebahagian daripada tugasnya bagi pihak prinsipal.
S.157 AK 1950: Prinsipal tidak boleh membatalkan kuasa yang diberi kepada agennya selepas kuasa itu sudah separuh dijalankan, setakat mana berkaitan dengan tindakan-tindakan dan obligasi-obligasi yang berbangkit dari tindakan-tindakan yang sudah dibuat dalam agensi.
Kes: Read lwn Anderson
Defendan (prinsipal) telah mengarahkan plaintif (agen komisen lumba kuda), membuat pertaruhan bagi pihaknya. Plaintif telah membuat pertaruhan dan mengalami kerugian. Secara amalannya, agen komisen selalu bertaruh atas nama sendiri dan hanya menjadi bertanggungjawab kepada orang yang membuat pertaruhan dengannya. Sekiranya dia diisytiharkan ingkar disebabkan kegagalan membayar wang pertaruhan yang kalah itu, dia adalah tertakluk kepada pnyingkiran yang tertentu yang akan memberikan kesan yang serius kepada perniagaannya.
KM: Defendan tidak boleh membatalkan kuasa plaintif selepas hilang taruhan itu. Defendan perlulah menanggung rugi plaintif bagi amaun yang telah dibayar, iaitu kepada orang yang telah membuat pertaruhan dengannya.
iii. Penamatan kuasa agen berkuatkuasa apabila penamatan itu diketahui oleh agen dan pihak ketiga yang berurusan dengannya.
iv.
S.161 AK 1950: Penamatan kuasa agen tidak, setakat mana berkaitan dengan agen, beri kesan sebelum penamatan itu diketahui olehnya, atau setakat mana berkaitan dengan orang-orang ketiga, sebelum penamatan diketahui oleh mereka.
Kes: Pichappa Chitty lwn Haji Lah
KM: Pihak ketiga yang telah membayar wang kepada agen yang dilantik melalui Surat Wakil Kuasa, tetapi tidak mengetahui kuasa agen itu telah ditamatkan, boleh mengemukakan tuntutan kepada prinsipal.
Kes: Trueman lwn Loder
KM: Pihak ketiga yang telah berurusan dengan agen tanpa mengetahui tentang pembatalan kuasanya, berhak untuk menuntut kepada prinsipal atas barang-barang yang telah dibekalkannya.
(c) Apabila agen sendiri yang melakukan penolakan kuasanya.

· Sekiranya agensi itu tempohnya tidak ditetapkan, agen boleh menamatkan agensi dengan memberikan notis penamatan yang munasabah kepada prinsipal. Kegagalan agen memberikan notis yang munasabah boleh dijadikan alasan oleh prinsipal untuk menuntut ganti rugi daripada agen.

2. Penamatan hubungan agensi melalui kuat kuasa undang-undang
(a) Pelaksanaan kontrak agensi.
(b)

(c) Tamatnya tempoh yang ditetapkan dalam kontrak agensi.
Apabila tempoh suatu kontrak agensi itu ditetapkan, sama ada secara nyata atau tersirat, maka perhubungan agensi ditamatkan apabila sampai tempohnya, meskipun perniagaan agensi belum selesai, kecuali terdapat peruntukan sebaliknya.
(c) Kematian prinsipal atau agen.

· Perhubungan agensi ditamatkan dengan kematian sama ada prinsipal atau agen.
Pengecualian:
i. Kematian prinsipal tidak menjejaskan hubungan agensi itu jika agen mempunyai kepentingan dalam harta berkaitan kontrak agensi itu.

ii. Penamatan disebabkan kematian prinsipal berkuatkuasa apabila kematian itu diketahui oleh agen.

iii. Apabila prinsipal mati, agen mestilah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi dan memelihara harta dan kepentingan yang telah diamanahkan kepadanya.
S.162 AK 1950: Apabila berlaku penamatan agensi disebabkan oleh prinsipal menghadapi mati atau menjadi tidak sempurna akal, agen itu adalah terikat unruk mengambil, bagi pihak wakil-wakil bekas prinsipalnya, semua langkah berpatutan untuk perlindungan dan pemeliharaan kepentingan-kepentingan yang telah diamanahkan kepadanya.
(d) Ketidakwaran prinsipal atau agen.

Kes: Yonge lwn Toynbee
KM: Agen adalah bertanggungjawab terhadap pihak ketiga apabila agen bertindak tanpa kuasa disebabkan prinsipalnya telah manjadi tidak waras.
(e) Kebankrapan atau ketidakmampuan prinsipal untuk menyelesaikan hutang.

(a) Berlakunya kejadian yang menjadikan kontrak agensi sebagai tidak sah.
(b)
Contoh:
i. Berlakunya pindaan ke atas undang-undang yang mengakibatkan tujuan agensi menyalahi undang-undang.
a. Apabila prinsipal menjadi musuh disebabkan perang yang meletus
Kes: Oxford Realty Ltd lwn Annette
KM: Agensi ditamatkan apabila perkara utama kontrak agensi itu telah musnah atau lenyap.
Kesan kepada pihak ketiga

· Penamatan kuasa agen berkuatkuasa apabila penamatan itu diketahui oleh pihak ketiga yang berurusan dengannya.

- Kuasa yang diberikan kepada agen itu untuk bertindak bagi pihak

- Jika agen menjalankan tugas berdasarkan bidang kuasa yang ada

- Prinsipal mempunyai hak dan tanggungan dalam kontrak yang
Pengecualian:
Agen akan bertanggungjawab bersendirian
i. apabila kontrak dibuat oleh agen untuk jualan atau belian barang-barang bagi pedagang yang bermastautin di luar negara. (S.183(a) AK 1950).
ii. apabila agen tidak mendedahkan nama prinsipalnya di dalam situasi di mana prinsipal tidak boleh didakwa. (S.183(b) & (c) AK 1950).
iii. apabila prinsipal, walaupun namanya didedahkan, tidak boleh didakwa.
Contoh: Prinsipal ialah orang yang tidak sempurna akal / kanak-kanak / duta luar negara.
S.186 AK 1950: Dalam hal apabila seorang agen sendiri bertanggung, seseorang membuat urusan dengannya boleh menganggap sama ada agen atau prinsipalnya, atau kedua-duanya sekali, bertanggung.
- Dalam keadaan apabila seorang agen sendiri yang menanggung
3. Agen membuat kontrak dengan pihak ketiga dan kewujudan atau identiti prinsipal langsung tidak diberitahu kepada pihak ketiga.
Pihak ketiga yang membuat kontrak dengan agen yang disangkakan oleh pihak ketiga sebagai prinsipal, adalah terikat dengan kontrak itu, meskipun selepas kontrak dibuat, pihak ketiga itu mengetahui perkara sebenar iaitu agen mewakili seorang prinsipal dalam kontrak itu.
i. Hak pihak ketiga
S.186 AK 1950: Dalam hal apabila seorang agen sendiri bertanggung, seseorang membuat urusan dengannya boleh menganggap sama ada agen atau prinsipalnya, atau kedua-duanya sekali, bertanggung.
- Pihak ketiga boleh mendakwa sama ada agen atau prinsipal atau kedua-duanya sekali.
Beberapa bahan kimia dan baja telah dipesan oleh responden untuk mereka dan bukannya bagi pihak prinsipal. Apabila perayu menuntut baki harga barang itu, responden telah menafikan tanggungan dengan alasan bahawa barang-barang itu dipesan bagi pihak orang lain.
KM: Responden berkontrak bagi pihak mereka dan sekiranya mereka adalah agen kepada prinsipal, mereka telah berkontrak dalam cara yang menjadikan mereka bertanggungjawab secara peribadi.
ii. Hak prinsipal
S.184(a) AK 1950: Jika seorang agen mengikat suatu kontrak dengan seseorang yang tidak tahu atau tidak ada sebab mengesyaki, bahawa orang itu seorang agen, prinsipalnya mungkin memerlukan pelaksanaan kontrak itu, tetapi pihak yang lagi satu kepada kontrak itu, seperti juga prinsipal, mempunyai hak-hak yang sama sebagaimana yang dipunyai oleh agen itu sekiranya agen itu seorang prinsipal.
- Prinsipal yang tidak diberitahu boleh meminta pelaksanaan kontrak
S.185 AK 1950: Apabila seseorang membuat suatu kontrak dengan seorang lain, tidak tahu atau tidak mempunyai alasan munasabah mengesyaki yang seorang lagi itu seorang agen, pihak prinsipal, jika dia memerlukan pelaksanaan kontrak itu, hanya boleh dapat pelaksanaannya tertakluk kepada hak-hak dan obligasi yang ada di antara agen dengan pihak yang lagi satu kepada kontrak.
· Hak-hak prinsipal bagi pelaksanaan oleh pihak ketiga, adalah tertakluk kepada hak dan obligasi yang wujud di antara agen dan pihak ketiga.
Contoh:
A = Penghutang / agen kepada C / penjual perabot milik C
B = Pemiutang / pembeli perabot
C = Prinsipal kepada A
A berhutang sebanyak RM1,500 daripada B. A telah menjual perabot yang bernilai RM2,000 kepada B. B tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa A adalah seorang agen. C tidak boleh memaksa B untuk membeli perabot itu tanpa menolak hutang A terhadap B.
S.184(b) AK 1950: Jika seorang prinsipal mengenalkan dirinya demikian sebelum kontrak itu selesai, pihak yang lagi satu kepada kontrak itu mungkin enggan mematuhi kontrak, jika dia boleh tunjukkan bahawa, jika dia telah tahu siapa prinsipal dalam kontrak, atau jika dia telah tahu bahawa agen itu bukan prinsipal, dia tidak akan memasuki kontrak itu.
- Prinsipal yang memperkenalkan dirinya sebelum kontrak yang
Contoh:
(a) Sekiranya pihak ketiga mengetahui siapa prinsipal itu sebelumnya, dia mungkin tidak mahu meneruskan kontrak tersebut.
(b) Jika pihak ketiga mengetahui bahawa agen itu bukan prinsipal, dia tidak akan membuat kontrak itu.
iii. Hak agen terhadap pihak ketiga
Apabila agen telah bertindak dalam semua transaksi dengan pihak ketiga seolah-olah dia adalah pihak yang berkontrak dengan pihak ketiga, agen mempunyai hak untuk mendakwa pelaksanaannya seolah-olah apa yang dilakukan adalah untuk dirinya.
S.189 AK 1950: Seseorang dengannya suatu kontrak sudah dibuat berlaku sebagai seorang agen adalah tidak berhak memerlukan pelaksanaan kontrak itu jika dia sebenarnya berlagak, bukan sebagai agen, tetapi atas tindakannya sendiri.
· Sekiranya seseorang dengan salahnya berkontrak dengan seseorang yang lain sebagai agen, yang mana dalam keadaan yang sebenarnya dia bertindak bagi dirinya sendiri, maka orang itu adalah tidak berhak menguatkuasakan kontrak itu.
SUB AGEN / AGEN KECIL
S.143 AK 1950: Seseorang agen tidak boleh menggaji menurut undang-undang seorang agen lain untuk melaksanakan tindakan-tindakan yang mana dia sudah dengan nyata dan termaklum sanggup melaksanakannya sendiri, melainkan mengikut adat biasa perdagangan seorang agen kecil boleh, atau, dari segi kedudukan agensi itu, seorang agen kecil mesti diambil bekerja.
S.144 AK 1950: Seseorang ‘agen kecil’ ialah seorang diambil kerja oleh, dan bertindak di bawah kawalan agen asal dalam urusan perniagaan agensi itu.
· Orang yang dilantik oleh agen disebut sub agen / agen kecil.
Di antara sub agen dan prinsipal, tidak terdapat pertalian kontrak kerana sub agen bukanlah bertindak di bawah kawalan prinsipal.
Perhubungan di antara agen dan sub agen adalah seperti prinsipal dan agen.
Agen bertanggungan terhadap prinsipalnya dan juga bertanggungan kepada sub agen.
Prinsipal hanyalah mempunyai hak-hak dan tanggungan terhadap agen.
Sekiranya pelantikan sub agen tidak dipersetujui oleh prinsipal, maka agen sendiri yang akan bertanggungjawab kepada prinsipal dan pihak ketiga bagi segala perbuatan dan salah laku sub agen. Prinsipal tidak akan dipertanggungjawabkan di atas perbuatan-perbuatan sub agen itu melainkan prinsipal meratifikasikannya.
Kesan lantikan sub agen:
1. S.145(1) AK 1950: Jika seorang agen kecil dilantik dengan sempurna, prinsipal adalah diwakilkan oleh agen kecil setakat mengenai orang-orang ketiga, dan adalah terikat dan bertanggungjawab terhadap tindakan-tindakan seolah-olah dia adalah seorang agen yang pada mulanya telah dilantik oleh prinsipal.
Sekiranya pelantikan sub agen dipersetujui oleh prinsipal, pihak ketiga adalah terikat dengan tindakan sub agen, seolah-olah sub agen itu adalah agen prinsipal yang asal. Dengan itu, agen yang telah melantik sub agen tidak akan bertanggungjawab kepada pihak ketiga bagi apa-apa perbuatan salah yang dilakukan oleh sub agen itu, kerana prinsipal yang dipertanggungjawabkan, kecualilah agen itu adalah pihak yang terlibat dalam perbuatan tipuan atau kesalahan yang disengajakan.
2. S.145(2) AK 1950: Seseorang agen adalah bertanggungjawab kepada prinsipal kerana tindakan-tindakan agen kecil itu.
3. S.145(3) AK 1950: Seseorang agen kecil adalah bertanggungjawab atas tindakan-tindakannya kepada agen, tetapi tidak kepada prinsipal, melainkan dalam perkara frod atau salah sengaja.
· Sub agen hanya bertanggungan kepada agen. Dalam
perkara-perkara yang dilakukan
olehSub agen yang melibatkan tipuan atau kesalahan-kesalahan yang disengajakan, prinsipal boleh mendakwa sama ada agen atau sub agen atau kedua-duanya sekali di atas perbuatan itu.
Kes: Hedley Byrne lwn Heller & Partners Ltd
KM: Prinsipal boleh mengambil tindakan di bawah undang-undang tort ke atas sub agen yang telah membuat kenyataan yang cuai mengakibatkan kerugian pada prinsipal.
AGEN GANTI
S.147 AK 1950: Jika seorang agen, mempunyai kuasa yang nyata dan termaklum untuk menamatkan seorang lain untuk mewakili prinsipal dalam perniagaan agensi, menamakan seorang lain demikian, orang itu bukanlah seorang agen kecil, tetapi seorang agen prinsipal bagi bahagian tertentu perniagaan agensi yang diamanahkan kepadanya.
· Apabila agen asal diberi kuasa untuk melantik orang lain sebagai agen kepada prinsipal bagi sesuatu urusan tertentu sahaja, agen lain itu dinamakan agen ganti. Agen ganti dianggap sebagai agen kepada prinsipal dan bukannya sub agen kepada agen asal untuk bahagian kerja yang diamanahkan kepadanya.
Misalan (a) S.147 AK 1950: A mengarahkan B, peguambelanya, untuk menjual estetnya secara lelong dan mengambil kerja seorang pelelong untuk tujuan tersebut. B, menamakan C, seorang pelelong untuk menguruskan jualan. C bukanlah seorang agen kecil, tetapi agen A, untuk menguruskan jualan.
S.148 AK 1950: Dalam pemilihan seorang agen tertentu untuk prinsipalnya, seorang agen adalah terikat untuk menjalankan nilai budi bicara yang sama sebagaimana yang dijalankan oleh seorang yang berhemat biasa dalam kesnya sendiri. Jika dia berbuat demikian, dia tidak bertanggungjawab kepada prinsipal bagi tindakan-tindakan atau kecuaian agen yang telah dipilih itu.
Misalan (a) S.148 AK 1950: A mengarahkan B, seorang saudagar, membeli untuknya sebuah kapal. B mengambil kerja juru ukur kapal yang terkenal untuk memilih sebuah kapal untuk A. Juru ukur itu membuat pilihan secara cuai dan kapal itu didapati tidak sesuai untuk laut dan tenggelam. Juru ukur itu adalah bertanggungjawab kepada A dan bukannya kepada B.
PENAMATAN HUBUNGAN AGENSI
1. Penamatan agensi melalui tindakan pihak-pihak yang berkenaan
(a) Apabila pihak yang berkenaan (prinsipal dan agen) bersama-sama bersetuju untuk menamatkan agensi itu.
(b) Apabila prinsipal menamatkan kuasa agen.
S.154 AK 1950: Agensi adalah ditamatkan oleh prinsipal membatalkan kuasanya; atau oleh agen melepaskan perniagaan agensi; atau oleh perniagaan agensi yang sudah selesai; atau oleh prinsipal atau agen yang menghadap mati atau menjadi tidak sempurna akal; atau oleh prinsipal yang dihukum atau diisytiharkan bankrap atau tidak solven.
- Agensi boleh ditamatkan oleh prinsipal dengan cara
S.156 AK 1950: Prinsipal boleh, melainkan sebagaimana yang diperuntukkan sebaliknya oleh seksyen akhir yang terdahulu, membatalkan kuasa yang diberi kepada agennya pada bila-bila masa sebelum kuasa itu sudah dijalankan supaya prinsipal terikat dengannya.
- Prinsipal bebas menarik balik kuasa agen pada bila-bila masa sebelum kuasa tersebut mula dilaksanakan.
S.160 AK 1950: Pembatalan dan pelepasan hendaklah ternyata atau termaklum dalam kelakuan prinsipal atau agen, berasingan.
- Pembatalan kuasa agen ini boleh dilakukan oleh prinsipal
S.159 AK 1950: Notis munasabah mesti diberi tentang pembatalan atau pelepasan. Jika tidak, kerugian yang akan dialami oleh prinsipal atau agen, yang mana yang berkenaan, mestilah dibayar ganti rugi oleh salah seorang kepada seorang yang lain.
- Sekiranya prinsipal hendak membatalkan kuasa agen, notis yang munasabah perlu diberikan. Kegagalan prinsipal memberikan notis yang munasabah boleh dijadikan alasan oleh agen untuk menuntut ganti rugi daripada prinsipal.
Kes: Sohrabji lwn Oriental Security Assurance Co
KM: Dalam perhubungan agensi yang hampir 50 tahun diwujudkan, notis penamatan 3½ bulan dianggap tidak memadai. Notis 2 tahun adalah munasabah dan berpatutan.
Ukuran ganti rugi bagi penamatan kuasa agen yang dibuat tanpa notis yang munasabah adalah satu jumlah yang mungkin diperoleh oleh agen seandainya dia tidak dihalang daripada meneruskan urusannya.
S.158 AK 1950: Jika ada kontrak nyata atau termaklum bahawa agensi hendaklah diteruskan urusannya bagi apa-apa tempoh masa, prinsipal mesti membuat pampasan kepada agen, atau agen membuat pampasan kepada prinsipal, yang mana yang berkenaan, untuk apa-apa pembatalan atau pelepasan agensi sebelumnya tanpa cukup balasan.
- Jika prinsipal menamatkan kontrak agensi sebelum tamat
Dalam keadaan-keadaan tertentu, penamatan kuasa agen oleh prinsipal boleh disekat atau dikecualikan:
i. Apabila agen mempunyai kepentingan dalam harta yang berkaitan dengan perkara pokok dalam hubungan agensi itu.
S.155 AK 1950: Jika seorang agen sendiri ada kepentingan dalam harta yang berkaitan dengan hal perkara agensi, agensi itu tidak boleh, jika sekiranya tidak ada suatu kontrak ternyata, ditamatkan dan menjadi mudarat kepada kepentingan itu.
Kes: Smart lwn Sanders
Seorang faktor (agen) diamanahkan untuk menjual barang-
barang prinsipal, telah membuat pembayaran kepada prinsipal terlebih dahulu dengan mendapat jaminan barang-barang yang ada dalam pemilikannya.
KM: Agensi tidak boleh ditamatkan oleh prinsipal kerana faktor mempunyai kepentingan dalam barang-barang tersebut apabila telah membuat pembayaran atas jaminan barang-barang itu.
Kes: Firth lwn Firth
KM: Kuasa am seorang faktor (agen) yang mempunyai pemilikan barang-barang prinsipal untuk jualan kemudian menjual barang-barang itu dengan harga yang sebaik mungkin, maka kuasa faktor ini tidak boleh dibatalkan Selagi bayaran pendahuluan yang dibuatnya atas jaminan barang-barang itu masih tidak dibayar.
ii. Apabil agen telahpun menjalankansebahagian daripada tugasnya bagi pihak prinsipal.
S.157 AK 1950: Prinsipal tidak boleh membatalkan kuasa yang diberi kepada agennya selepas kuasa itu sudah separuh dijalankan, setakat mana berkaitan dengan tindakan-tindakan dan obligasi-obligasi yang berbangkit dari tindakan-tindakan yang sudah dibuat dalam agensi.
Kes: Read lwn Anderson
Defendan (prinsipal) telah mengarahkan plaintif (agen komisen lumba kuda), membuat pertaruhan bagi pihaknya. Plaintif telah membuat pertaruhan dan mengalami kerugian. Secara amalannya, agen komisen selalu bertaruh atas nama sendiri dan hanya menjadi bertanggungjawab kepada orang yang membuat pertaruhan dengannya. Sekiranya dia diisytiharkan ingkar disebabkan kegagalan membayar wang pertaruhan yang kalah itu, dia adalah tertakluk kepada pnyingkiran yang tertentu yang akan memberikan kesan yang serius kepada perniagaannya.
KM: Defendan tidak boleh membatalkan kuasa plaintif selepas hilang taruhan itu. Defendan perlulah menanggung rugi plaintif bagi amaun yang telah dibayar, iaitu kepada orang yang telah membuat pertaruhan dengannya.
iii. Penamatan kuasa agen berkuatkuasa apabila penamatan itu diketahui oleh agen dan pihak ketiga yang berurusan dengannya.
iv.
S.161 AK 1950: Penamatan kuasa agen tidak, setakat mana berkaitan dengan agen, beri kesan sebelum penamatan itu diketahui olehnya, atau setakat mana berkaitan dengan orang-orang ketiga, sebelum penamatan diketahui oleh mereka.
Kes: Pichappa Chitty lwn Haji Lah
KM: Pihak ketiga yang telah membayar wang kepada agen yang dilantik melalui Surat Wakil Kuasa, tetapi tidak mengetahui kuasa agen itu telah ditamatkan, boleh mengemukakan tuntutan kepada prinsipal.
Kes: Trueman lwn Loder
KM: Pihak ketiga yang telah berurusan dengan agen tanpa mengetahui tentang pembatalan kuasanya, berhak untuk menuntut kepada prinsipal atas barang-barang yang telah dibekalkannya.
(c) Apabila agen sendiri yang melakukan penolakan kuasanya.
S.154 AK 1950: Agensi adalah ditamatkan oleh prinsipal membatalkan kuasanya; atau oleh agen melepaskan perniagaan agensi; atau oleh perniagaan agensi yang sudah selesai; atau oleh prinsipal atau agen yang menghadap mati atau menjadi tidak sempurna akal; atau oleh prinsipal yang dihukum atau diisytiharkan bankrap atau tidak solven.
- Sekiranya agen mepaskan perniagaan agensi itu, maka tamatlah perhubungan agensi tersebut.
S.160 AK 1950: Pembatalan dan pelepasan hendaklah ternyata atau termaklum dalam kelakuan prinsipal atau agen, berasingan.
- Pembatalan kuasa agen ini boleh dilakukan oleh agen sama ada dengan cara yang nyata atau termaklum melalui tindakannya.
S.159 AK 1950: Notis munasabah mesti diberi tentang pembatalan atau pelepasan. Jika tidak, kerugian yang akan dialami oleh prinsipal atau agen, yang mana yang berkenaan, mestilah dibayar ganti rugi oleh salah seorang kepada seorang yang lain.
· Sekiranya agensi itu tempohnya tidak ditetapkan, agen boleh menamatkan agensi dengan memberikan notis penamatan yang munasabah kepada prinsipal. Kegagalan agen memberikan notis yang munasabah boleh dijadikan alasan oleh prinsipal untuk menuntut ganti rugi daripada agen.
S.158 AK 1950: Jika ada kontrak nyata atau termaklum bahawa agensi hendaklah diteruskan urusannya bagi apa-apa tempoh masa, prinsipal mesti membuat pampasan kepada agen, atau agen membuat pampasan kepada prinsipal, yang mana yang berkenaan, untuk apa-apa pembatalan atau pelepasan agensi sebelumnya tanpa cukup balasan.
- Sekiranya agensi itu adalah bagi tempoh yang ditetapkan, agen tidak boleh menamatkan agensi sebelum tamat tempoh tersebut. Jika agen berbuat demikian, agen akan bertanggungan terhadap prinsipal bagi segala kerugian yang timbul akibat penamatan tersebut.
2. Penamatan hubungan agensi melalui kuat kuasa undang-undang
(a) Pelaksanaan kontrak agensi.
(b)
S.154 AK 1950: Agensi adalah ditamatkan oleh prinsipal membatalkan kuasanya; atau oleh agen melepaskan perniagaan agensi; atau oleh perniagaan agensi yang sudah selesai; atau oleh prinsipal atau agen yang menghadap mati atau menjadi tidak sempurna akal; atau oleh prinsipal yang dihukum atau diisytiharkan bankrap atau tidak solven.
- Hubungan agensi ditamatkan apabila selesai tugas-tugas agen atau setelah kontrak agensi itu terlaksana.